blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

ANDA SEDANG MEMBUNUH ANAK SENDIRI


Assalamualikum WBKT dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman.

Minggu lepas kita digemparkan sekali lagi dengan berita kematian seorang bayi akibat kelemasan di dalam kereta kerana dikatakan ibunya terlupa akan kehadiran bayinya di dalam kereta sejak awal pagi sehingga tengahari.


Kejadian terkini ini berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan bukanlah lagi satu rahasia.

Ia menjadi berita hangat dada akhbar dan media sosial minggu lepas. Ramai yang bersimpati dengan kes berkenaan dan tidak kurang juga dikalangan netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu mangsa.

Mahu cakap apa pun tiada gunanya. 

Bagi saya kecuaian ibu adalah punca segalanya!!!

Justeru, hari ini saya ingin berkongsi bagaimana anak kecil boleh meninggal di dalam kereta ketika kereta yang tidak bergerak?

Punca utamanya adalah disebabkan kekurangan oksigen.

Persoalannya bagaimana pula oksigen boleh berkurangan?

Okay berikut adalah sikit keterangan bagaimana oksigen boleh jadi berkurangan.


OKSIGEN KETIKA KERETA BERGERAK

Ketika kereta bergerak dan tingkap kereta tertutup kerana anda menggunakkan penyaman udara ataupun 'aircond', oksigen akan memasuki kenderaan melalui ruang-ruang udara daripada ruang hadapan.


Udara membawa bersama oksigen ke dalam kereta melalui celah-celah ruang udara di sekitar 'dashboard' sebagaimana gambar rajah di atas.

Oleh itu, ia bukanlah menjadi satu masalah sekiranya tingkap tertutup ketika kereta sedang bergerak.

Tetapi, ia sudah pasti menjadi masalah sekiranya tingkap tertutup ketika kereta hanya pirkir statik.


OKSIGEN KETIKA KERETA TIDAK BERGERAK

Harus difahami bahawa ketika kereta tidak bergerak oksigen hanya akan berlingkar (circulate) di dalam kereta sahaja terutama ketika aircond digunakan. Sudah pasti tingkap ditutup apabila sedang menggunakan aircond.

Akibatnya, komposisi oksigen sangat terhad!

Dalam bahasa mudahnya, oksigen yang ada dalam kereta itu hanya mampu menampung keperluan beberapa jam sahaja.

Jadi, bayangkan bagaimanakah keadaan sekiranya bayi atau anak kecil anda ditinggalkan dalam kereta sejam, 2 jam atau seperti dalam kes baru-baru ini dari pagi sehingga tengahari ditinggalkan dalam kereta?


Ini ditambah pula dengan cuaca panas matahari yang akan menambah suhu luar kereta yang akan meningkatkan kadar haba.

Selain itu, bayi dan anak anda juga terdedah dengan unsur-unsur lain yang memudharatkan iaitu gas karbon monoksida daripada hasil buangan interaksi enjin anda. Ia turut akan memasuki ruang dalam kereta melalui dashboard dari enjin kereta di sebelah depan.

Namunbegitu, ramai pakar-pakar kesihatan occupational mendakwa bahawa banyak kematian dalam kenderaan persis tajuk yang dibincangkan bukanlah semata-mata akibat gas karbon monoksida.

Ini kerana kebanyakan kenderaan moden mempunyai teknologi catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Kematian akibat karbon monoksida berlaku sekiranya ppm lebih tinggi daripada limit dilepaskan oleh kenderaan.

Ditambah pula dengan karbon dioksida hasil pengeluaran bayi anda sendiri sudah tentu pada tahap kritikal itu, ia sangat menyesakkan.

Kebiasaannya, manusia akan mengalami sesak nafas apabila oksigen berada pada kadar 16%. Sekiranya, bayi atau anak anda sedang tidur dengan nyenyak, maka anak kesayangan anda ini akan mudah tidak sedarkan diri (collapse).

Kemudian, paras oksigen menjadi semakin berkurangan. Ini kerana ketika anak anda tidak sedarkan diri, mereka masih bernafas dan menyedut oksigen yang ada. 

Apabila paras oksigen menurun kepada 10%, maka badan tidak dapat menghantar oksigen ini ke otak. Akibatnya sistem tubuh tidak dapat berfungsi.

Natijahnya, paru-paru tidak dapat menghantar oksigen ke jantung. Disebabkan itu, jantung akan menjadi lemah dan tidak dapat mengepam darah ke anggota yang lainnya.

Dan akhirnya, anak anda akan meninggal dunia.

Masalah kekurangan oksigen ini sudah pasti anda sering melaluinya ketika berada di dalam kereta.

Persoalannya bila dan apa buktinya?
Mudah sahaja. Saya ingin mengajak anda mengingati saat-saat anda berhadapan dengan jem ketika berada didalam kereta. 

Buktinya, anda berasa sangat mengantuk. 

Sebab apa anda mengantuk?
Sebabnya ialah oksigen dalam kereta anda menjadi berkurangan.

TIPS BAGAIMANA NAK MENGELAKKAN DARIPADA ANAK MATI DALAM KERETA YANG TIDAK BERGERAK

Seorang doktor perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor” dan ahli Medical Mythbusters Malaysia, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya. 

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan teg/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety. Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.


KESIMPULAN

Kematian bayi atau anak kecil akibat kelekaan dan kecuaian ibubapa dan penjaga bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita hari ini.

Rasanya hampir setiap tahun kes seumpama ini berlaku dan disiarkan oleh media arus perdana.

Ini kes lain yang berlaku tahun sebelum ini.

Adakah masyarakat hari ini tidak langsung belajar daripada kebejatan itu?

Atau masyarakat khususnya yang mempunyai anak kecil dan bayi hanya menganggap kes ini bukanlah sesuatu yang perlu dipelajari.

Atau sebenarnya mereka hanya memandang sambil lewa.

Justeru, hari ini saya telahpun menjalankan tanggungjawab saya menerangkan bagaimana anak anda boleh mati kalau anda tidak mengambil langkah-langkah pencegahan itu sekarang melalui tulisan ini.

Jadi, apakah yang perlu anda lakukan?

1. Mengingatkan dengan orang-orang sekitar anda melalui perbincangan dalam kumpulan-kumpulan kecil supaya masing-masing mengambil iktibar.

2. Share tulisan ini dengan kawan di media sosial khususnya kepada kenalan yang anda tahu mereka mempunyi anak kecil.

3. Share juga di media sosial anda.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019