blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Harmon Kardon Onyx Bunyi Power

Salam sejahtera. Speaker atau pembesar suara sudah menjadi trend kepada pemilik-pemilik smartfon dan peminat teknologi.

Begitu juga dengan saya. Jika sebelum ini saya menggunakan earfon dan headfon samada berwayar atau tidak berwayar untuk kegunaan mobiliti saya.



Namunbegitu, pembelian Samsung Galaxy S9 Plus secara Pre Order beberapa hari lalu dapat percuma speaker Harman Kardon Onyx Mini yang berharga RM699.

Ya PERCUMA!!


PEMBELI SMART FON SAMSUNG DIHARGAI

Saya merasakan pembeli smart fon Samsung sentiasa dihargai. Lihat sahaja ketika.....
(bersambung)...... perlancaran Samsung Galaxy Note 8 di Pavillion Kuala Lumpur tahun lepas. Walaupun kami terpaksa beratur panjang, namun kami berpuashati kerana diberikan PERCUMA warranty screen selama setahun (maknanya kalau screen Note 8 cracked atau rosak kita bole mendapat percuma ganti screen baru) dan dapat Samsung Gear VR yang berharga RM699 secara percuma juga.

Manakala, mereka yang membeli Samsung Galaxy Note 8 secara Pre Order dapat percuma Power Bank Samsung yang berharga RM299.

(ini video unbooxing Samsung Gear VR yang dapat PERCUMA masa beli Samsung Galaxy Note 8)


Manakala, pada Pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus, Samsung Malaysia memberikan nilai pada pembelian secara Pre Order dengan nilaian lebih baik iaitu percuma speaker Harmon Kardon Onyx Mini berbanding mereka yang membeli pada hari pelancaran.



Namunbegitu, bagi mereka yang terlepas peluang memiliki Samsung Galaxy S9 atau S9 Plus semasa Pre Order ini, walaupun peluang untuk memiliki Harman Kardon Onyx secara percuma, anda masih boleh mendapat deal yang baik dengan membelinya ketika promosi pelancaran Samsung Galaxy S9 / S9 Plus pada 16 hingga 18 Mac 2018 di 3 lokasi berbeza.

Iaitu di Pavilion Mall, Kuala Lumpur, di Quensbay Mall, Pulau Pinang dan Aeon Bandar Dato Onn, Johor Baharu.

1. Percuma Wireless Charging Stand (berharga RM279)

2. Option membeli Samsung Gear Sport pada harga diskaun 30% dengan setiap pembelian Samsung Galaxy S9 atau S9 Plus.

 3. Offer diskaun RM50 untuk aksesori Samsung terpilih.



PEMINAT IPHONE SENTIASA DI-LEMBU-KAN OLEH APPLE MALAYSIA

Selain produk smartfon Samsung yang paling top end, saya turut meminati dan memiliki produk-produk smartfon daripada Apple seperti Iphone X, Iphone 8 Plus dan Ipad 2017.




Masa hari pelancaran jualan Iphone X tempohari Apple langsung tidak memberikan apa-apa nilai tambahan lain seperti apa yang saya perolehi semasa membeli Samsung Galaxy Note 8 masa hari pelancaran dan membeli Samsung Galaxy S9 Plus semasa Pre Order.

Mungkin Apple Malaysia berpendapat peminat-peminat Iphone di Malaysia macam lembu dicucuk hidung dan mereka turut sahaja. Oleh itu walaupun Iphone 8 dan Iphone 7 tidak banyak beza pun pengikut Iphone tetap akan upgred dengan peranti terkini keluaran mereka.

Sebab itu, masa pelancaran Iphone 8 dan Iphone 8 Plus agak suram di Malaysia. Namun, ketika pelancaran Iphone X walaupun harganya mahal lebih RM1000 berbanding Iphone 8 dan Iphone 8 Plus peminat-peminat Iphone mula berpusu-pusu kembali ke dealer-dealer Apple serata negara.

Memang saya tidak pernah membayangkan smartfon dibeli pada harga lebih RM5000. Dan masalahnya aku pun jadi mangsa turut yang turut tidak mahu ketinggalan memilikinya.


HARMAN/KARDON ONYX MINI POWER BEB

Okay saya tidak mahu melalut lagi, eloklah anda menonton sendiri video di bawah ini.

Video ini khusu dibuat untuk unboxing, cara setting kali pertama dan seterusnya saya mencubanya untuk kali pertama.

Memang terkezuuuttt tau....

Tidak disangka hanya dengan speaker ala-ala telor burung ostrich ini bunyinya macam mini-compo zaman 1990-an dulu.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019