blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Nyahkotak Samsung Galaxy S9 Plus Di Putrajaya


Selepas mendapatkan Samsung Galaxy S9 Plus di IOI City Mall, Putrajaya pada 9 Mac 2018 yang lalu, saya terus ke Taaman Botani, Putrajaya untuk membuat nyahkotak atau dipanggil juga unboxing Samsung Galaxy S9 Plus Malaysia.

Dengan berlatar belakangkan tasik hijau kebiruan di Taman Botani Putrajaya ini, walaupun dipanah sinaran matahari yang baru menegak di kepala, saya tetap utuh bersama pembantu saya tengahari itu.

Semangat dan iltizam pembantu saya iaitu Sdr Mizi membuatkan saya untuk terus berdiri terpacak bagaikan bendera di tengah padang tandus panasnya.

Dan waktu itulah kali pertama barangkali tasik Taman Botani ini menyaksikan sesi unboxing Samsung Galaxy S9 Plus Malaysia.


Itulah juga kali pertama saya menyaksikan dan menyentuh gerangan peranti yang paling terkini keluaran Samsung ini.

Rupanya seakan-akan Samsung Galaxy S8 Plus yang pernah saya miliki tahun 2017 yang sudah.

Namun, akibat saya menggunakan casing yang salah ianya cracked di bahagian bucu atas.

Oleh itu, fon Samsung Galaxy S8 Plus saya jual dengan harga yang murah.

Ianya win-win situation deal!!

Justeru, kali ini saya tidak mahu pisang baerbuah 2 kali.

Saya akan dapatkan casing yang berkualiti meskipun terpaksa mengeluarkan harga yang mahal.

Okay lah... saya tidak mahu memanjangkan penceritaan ini. Eloklah anda menyaksikan video penuh unboxing Samsung Galaxy S9 Plus dengan menekan button PLAY di atas.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019