blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Pengaruh Muzik Dalam Senaman

Salam sejahtera, apa khabar semua pembaca blog yang budiman. Rasanya sudah lama saya tidak menulis blog berkaitan dengan kecergasan.

Baiklah hari ini saya nak tulis berkaitan dengan tajuk muzik dan senaman. Dan ia berkaitan dengan pengaruh muzik dalam senaman.

Sebagai semua sedia maklum bahawa manusia tidak bisa terpisah daripada bunyian yang menghiburkan yang juga disebut sebagai muzik.

Pengaruh muzik dalam senaman bermula pada beratus tahun dahulu sebagai medium sosiobudaya dan ia juga digunakan sebagai ritual keagamaan. Kemudian ia berevolusi sehingga menjadi medium kebudayaan sesuatu spesis atau etnik.

SEJARAH SUKAN DAN MUZIK

Begitu juga kaitannya muzik dengan senaman atau pun sukan.


Gendang-gendang dipalu ketika 2 pahlawan bergusti atau berlawan. Pahlawan akan mengikut rentak paluan gendang. Apabila gendang dipalu perlahan maka, pahlawan akan mulakan gerakan perlahan.

Dan apabila gendang dipalu dengan kuat, maka pergerakan juga harus membinasakan.

Begitulah pembabitan awal muzik dalam senaman atau sukan.

Di masa zaman moden ini, diera selepas ipod, hampir kesemua henfon mempunyai sistem muzik masing-masing. Smartfon ini boleh memainkan muzik tanpa henti. Daripada lagu-lagu yang disimpan dalam storage henfon sampailah kepada siaran muzik secara online melalui apps-apps yang tertentu.

Misalnya apps seperti SPOTIFY, JOOX dan sebagainya memberikan pengguna mengakses berjuta lagu yang disimpan dari server-server mereka.

Jadi, bermodalkan earfon atau headfon pengguna .......
(bersambung) ....... hanya perlu memainkan lagu-lagu ini sahaja.

Kemudian, muzik akan dikeluarkan melalui speaker di telinga.

Justeru, tidaklah menjadi kejangalan bagi mereka yang meminati sukan dan suka bersenam untuk terus menikmati muzik sambil mereka melakukan aktiviti fizikal kegemaran masing-masing. Saya juga tidak terlepas daripada trend ini.

Pada tahun 2005 ketika era IPOD meletus, saya turut memilik IPOD 32GB. Segala lagu yang saya ada dimasukkan dalam Ipod ini. Dan saya gunakannya utk melayan muzik kegemaran sepanjang bersenam di gymnasium atau jogging di Taman Tasik.
Ipod saya jenis klasik. Kalau tak silap ia Ipod generasi ke 2 atau ke 3. Ia agak canggih sikit lah berbanding Ipod sebelum itu. Paparan screen nya sudah berwarna!!

Selalunya, ketika senaman saya sudah sediakan set lagu rancak. Bila lagu rancak ia akan meningkatkan kadar degupan jantung. Secara tidak langsung ia akan membantu perjalanan darah saya dengan lebih efisyen. Selain itu, lagu-lagu rancak ini turut merangsang otak saya untuk terus positif ketika melakukan senaman.


Saya masih ingat pernah sekali, saya ketingalan Ipod di rumah. Dan bila sampai ke Taman Tasik untuk jogging. Jadi, oleh kerana tidak mahu patah balik saya teruskan juga bersenam tanpa Ipod. Ternyata, sesi hari itu tidak bertahan lama berbanding ketika telinga disumbat dengan pembesar suara yang memainkan lagu-lagu dari Ipod kesayangan saya.

Namunbegitu, ketika saya bertugas dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Ipod ini hilang semasa perlawanan diantara Selangor menentang Kedah.
Saya ketika bersama pasukan Selangor
Saya masih ingat ianya perlawanan Liga Super pada tahun 2007 kalau tak silap. Masa itu, perlawanan di Alor Setar. Ipod itu saya tinggalkan dalam beg di bilik persalinan. Selepas game kami bersiap dan naik ke bas untuk pulang ke Shah Alam.

Aksi saya ketika mempersiapkan salah seorang living legend Sdr Akmal Rizal Rakhli

Masa dalam bas baru saya sedari bahawa Ipod yang sudah berjasa sejak 3 tahun sebelum itu telah pun hilang. 

Walau kecewa, saya pasrah dengan ketentuannya.

Masa itu saya bujang lagi!! 

EVOLUSI EARFON / HEADFON

Saya akan bahagikan earfon / headfon ini kepada 2 kategori iaitu Klasik dan Moden. 

Jenis Klasik saya kategorikan sebagai jenis yang berwayar dan jenis moden adalah jenis tanpa wayar atau wireless.

1. KATEGORI KLASIK
Sudah tentu kita memerlukan 1 alat untuk memindahkan suara dan muzik serta lagu daripada peranti ke telinga. Dan alatan pembesar suara tersebut dipanggil earfon (masuk dalam telingan), manakala yang tidak masuk dalam telinga dipanggil headfon.

Earfon

Headfon

Sebagaimana contoh gambar-gambar di atas ini, ia menunjukkan jenis-jenis earfon dan headfon klasik. Ianya jenis berwayar. Perlu dicucukkan picu (jack 1.2mm atau 1.5mm) ke peranti masing-masing.

Peranti itu boleh jadi MP3/ MP4 Player mahupun Ipod Klasik atau Moden.

Ataupun kebiasaannya adalah smartfon. Mungkin ianya buatan Apple mahupun Samsung atau brand-brand lain.

Kelebihan jenis earfon adalah ianya mudah untuk dibawah ke mana-mana. Boleh dimasukkan ke dalam kocek mahupun dimasukkan kedalam pouchbag di pinggang anda. Bunyinya pun sangat sedap didengari. Namunbegitu, untuk kegunaan senaman ada 1 kekurangan jenis earfon ini iaitu ianya mudah basah dibasahi air peluh ketika kesanaman.

Dan kesannya boleh menyebabkan ruang suara daripada earfon tersumbat apabila peluh sudah kering. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Manakala, jenis headfon adalah yang paling popular iaitu ianya mengeluarkan bunyi yang lebih baik berbanding dengan jenis earfon. Jenis headfon ini selalunya mendakap pada keseluruhan bahagian telinga. Bunyi bass dan twitter lebih mengancam.

Dup...dup...dup... dapat didengari sehingga jantung pun berdegup lebih kencang.

Namunbegitu, selalunya jenis ini besar dan ianya agak berat. Ketika bersenam headfon yang besar dan berat ini menambah bebanan di kepala menyebabkan rasa kurang selesa.

Selain itu kedua-dua jenis klasik ini turut mempunyai wayar (wire) yang turut menyebabkan gangguan ketika bersenam.


2. KATEGORI MODEN
Sebagaimana yang saya sebut tadi jenis moden pula adalah jenis earfon dan headfon yang menyambungkan peranti utama ke earfon atau headfon hanya menggunakan bluetooth atau wifi.

Dan ia adalah merupakan evolusi teknologi. 


Beats diantara brand yang terkenal mengeluarkan headfon dengan kualiti yang sangat baik. Bunyinya dikatakan sangat berkualiti tinggi selain daripada ketahanan pada teknologi baterinya yang boleh bertahan sehingga 16 jam.

Ia berharga diantara Rm1200 sehingga RM4000 lebih.

Kemudian beberapa jenama lain juga turut mengekplorasi teknologi earfon khusus untuk senaman dan bersukan.

Jenis earfon angkut telinga.
Jenis earfon sangkut telinga ini membolehkan alat ini tidak jatuh ketika melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Namunbegitu, percubaan saya menggunakan earfon jenis ini merasakan bahawa ianya tidak selesa dibahagian atas telinga.

Cangkuk yang ada untuk dilekapkan di telinga membuatkan rasa sakit dan tidak selesa selepas beberapa ketika menggunakannya. Manakala daripada sudut bunyi pula tiada masalah.


Jenis earfon dengan pendakap kepala.

Jenis ini pula mem punyai pendakap di leher atau bahagian belakang kepala. Ia masih jenis earfon. Dan bunyinya masih sedap dan enak didengar ketika melakukan senaman.

Jenis earfon dengan pendakap leher.
Jenis ini dipopularkan oleh brand Sony. Siapa tidak tahu bahawa Sony adalah pengeluar earfon dan headfon yang berkualiti. 

Apple Wireless Earpod 
Pada tahun 2017, Apple mengumumkan keluaran pertama earfon tanpa wire dikenali sebagai Earpod. Bagi pengguna-pengguna tegar Apple, berita mengenai earpod ini sangat mengujakan.

Hampir kesemua contoh-contoh earfon dan headfon kategori moden di atas sangat sesuai untuk digunakan sebagai medium untuk mengeluarkan muzik ke telinga daripada peranti masing-masing.


KESAN NEGATIF PENGGUNAAN EARFON / HEADFON

Namunbegitu, ianya masih ada 1 kekurangan iaitu masalah menangani basah air peluh di bahagian luar telingan dan dalam telinga. Kalau tidak ditangani dengan betul ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Selain itu, kesan negetif daripada penggunaan earfon atau headfon ini kalau digunakan tanpa pengawasan yang betul boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga atau dipanggil ear drum.



LANGAKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN EARFON / HEADFON SEMASA BERSENAM

Justeru, ketika menggunakan earfon atau headfon pastikan langkah-langkah keselamatan diambil seperti berikut:

1. Pastikan bahagian luaran dan dalaman telinga dibersihkan sebelum memulakan senaman.

2. Sila bersihkan earfon atau headfon dengan air bersih atau lapnya dengan kain bersih setiap kali mahu menggunakannya.

3. Jangan meningkatkan volume atau suara output daripada peranti secara mendadak. 

4. Mulakan dengan volume atau suara yang perlahan dan kemudian naikkan secara gradual.

5. Jangan meletakkan volume dan suara sehingga tahap maksima.


BERAPAKAH KADAR BUNYI YANG SESUAI UNTUK MENDENGAR MUZIK MENGGUNAKAN EARFON ATAU HEADFON?

Kebanyakan pakar audiologi berpendapat tahap maksima volume yang sesuai adalah diantara 70 dB dan ke bawah.

Izinkan saya untuk memberikan info penting bahawa suara keras dan stress terhadap telinga boleh merosakkan sel rerambut di dalam telinga dalam yang berfungsi merubah rangsangan mekanikal berupa getaran suara menjadi signal elektrik yang diintrepetasikan oleh sel otak sebagai suatu suara.

Sekiranya suara muzik tidak dikawal dengan baik dan menyebabkan kerosakan sel rerambut tersebut boleh jadi kerosakannya akan kekal. Natijahnya, ia tidak mampu untuk bekerja untuk menghasilkan suara lagi.

Bahasa lainnya, anda akan jadi PEKAK!!

Sekiranya, anda menggunakan volume pada ketinggian 80 dB secara berterusan dalam jangka masa yang panjang anda mungkin berhadapan dengan masalah pendengaran di kemudian hari.

Dan banyak kes kerosakan deria pendengaran pada kadar segera adalah disebabkan mendengar suara pada kadar 130 dB dan ke atas.

Oleh itu, saya berharap pembaca-pembaca sekalian dapat menggunakan earfon atau headfon jenis apapun dengan bijaksana.


HEADFON TERKINI MENGGUNAKAN KONDUKSI TULANG

Beberapa tahun sudah kita dikejutkan dengan penghasilan genre baru headfon tanpa melibatkan mana-mana anggota telinga dan deria pendengaran utama.


Headfon jenis ini menyampaian impuls berupa suara tersebut melalui rangsangan di tulang bahagian sekitar telinga.

Ia dipanggil teknologi konduksi tulang atau "bone conduction technology".

Ia mula diperkenalkan oleh jenama After Shokz pada tahun 2015.

Tanpa memasukkan dalam telinga atau sentuh telinga suara dapat masuk ke telingan melalui sentuhan tulang temulang sekitar telinga.


Bunyinya juga nyaring dan tidak kalah pada bunyi bass dan twitter seperti earfon dan headfon jenis konvensional.

Dan dikatakan jenis headfon bone conduction ini boleh mengurangkan risiko kecederaan pada anggota deria pendengaran dan berkaitan.

Selain itu, risiko untuk jangkitan kuman dalam telinga juga dapat dihindari kerana headfon ini tidak masuk ke dalam telinga langsung.

Dan pelbagai keistimewaan lain sekiranya anda menggunakan headfon jenis ini.

Klik play pada video di bawah untuk menyaksikan sendiri saya membuat review penuh serta pengalaman menggunakan headfon jenis ini beberapa hari lalu sebagai refleksi pengaruh muzik dalam senaman.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019