blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Huawei P20 Pro Malaysia

Salam sejahtera, apa khabar semua? Disaat blog ini dikemaskini, saya percaya ramai diantara pembaca-pembaca sedang bersemangat berdepan dengan pilihanraya PRU 14 yang akan dimulakan secara rasminya apabila hari penamaan calon pada Sabtu, 28hb April 2018 ini.

Justeru, saya berharap agar kita semua menjaga tingkahlaku dan abab supaya tidak terosak ukhwah yang kita bina khsusnya dalam sukan. Selama ini anda bersahabat disebabkan sukan misalnya sebab selalu kayuh bersama, atau main futsal bersama mahupun main badminton bersama.

Tapi, hanya disebabkan politik, kita bermasam muka dikemudian hari gara-gara tidak menjaga tingkah laku dan adab semasa berkempen.

Ahli politik atau politikus gelak ketawa lepas PRU walau berlainan parti, kita yang bermasam muka dengan jiran dan kawan-kawan.

Okay lah dah terpanjang pulak intro hari ini. Yelah mana tidak nya saya risau kawan-kawan gelak dan ketawa jadi masam muka lepas ini kan?

Sebagai semua maklum pada awal bulan April 2018 industri smartfon digegarkan dengan pelancaran peranti keluaran Huawei dengan spesifikasi 3 lens kamera belakang dengan kapasiti kekuatan 20mp (mega pixel), 40mp dan 8mp.


Manakala kamera pandang depan untuk selfie atau swafoto adalah diantara paling tinggi kuasa mega pixel nya iaitu 24mp.

Selain itu, kamera pada peranti ini dikatakan paling hebat dengan teknologi Artificial Intelligence yang akan menjadikan gambar portrait khususnya wajah seseorang lebih cantik dan flawless.

Pada 7 April 2018 hari Sabtu, telah berlangsung Pelancaran Huawei P20 Series di Sunway Pyramid.



Ia telah menarik hampir 2,000 pengunjung pada pagi tersebut.

Yang menariknya Huawei tidak memerlukan selebriti dari luar negara macam apa yang dibuat oleh Samsung pada 2 pelancaran sebelum ini yang membawa artis daripada Korea Selatan semasa pelancaran Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S9.


Tanpa selebriti dari luar negara pun Huawei berjaya menarik pengunjung lebih ramai pada hari pelancaran sehingga tamat promosi Road show mereka pada 9 April 2018.

Saksikan video dimana saya menyertai beribu pengunjung pagi Jumaat ini yang sudah mula berkumpul seawal 7 pagi.



Selepas itu, saya tidak membuang masa terus sahaja membuat UNBOXING bersama dengan sahabat saya Sdr Asyraf Masran yang turut bersama saya ketika kami sama-sama unboxing Iphone X di Tugu Negara tahun lepas.

Saksikan juga video dimana saya unboxing Huawei P20 Pro Malaysia warna Hitam di Sunway Pyramid dan membuat sikit perbandingan diantara Huawei P20 Pro dan Iphone X.


Dan terkini pada hari semalam saya dihubungi oleh Huawei menjemput saya untuk turut serta di Roadshow terkini mereka di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Di sini terdapat pelbagai hadiah menarik sekiranya anda datang untuk mendapatkan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro Malaysia.


Saya sendiri turut mendapatkan Huawei P20 Pro warna Midnight Blue pula. Warnanya lebih cantik seperti cermin biru yang bersinar-sinar.



PENDAPAT PERIBADI TERHADAP HUAWEI P20 PRO

Sehingga hari ini, saya merasakan bahawa Huawei telah berjaya memecahkan monopoli pasaran peranti spesifikasi tinggi (high spec smartphone) yang dipelopori oleh Apple dengan Iphone nya dan Samsung dengan Samsung Galaxy nya.

Dengan rupa bentuk seakan-akan Iphone X yang berharga RM5000 ke atas, ia memberikan pilihan terbaik buat pengguna. Selain itu, screen yang menggunakan teknologi AMOLED, ia mampu memaparkan output yang lebih cantik.

Dari sudut kelajuan pula, dengan chipset KIRIN 970, CPU Octacore, GPU Mali-G72 MP12 dan RAM 6GB menjadikan ia diantara peranti yang pantas dan super laju setanding Samsung Galaxy S9 Plus dan Iphone X.

Lihat sahaja speknya secara lebih terperinci seperi yang dibuat oleh  https://www.gsmarena.com

Laman web ini diantara laman web yang sangat popular membuat analisis spesifikasi sesebuah peranti.




Selain itu, sebagai mana tulisan saya di atas bahawa spesifikasi kamera depan dan belakangnya lah yang menjadikan peranti ini kegilaan peminat-peminat smartfon khususnya di Malaysia.

Dan sudah tentu saya tidak terkecuali untuk mendapatkan Huawei P20 Pro Malaysia !!




No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019