blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Penutup Siri Vlog Zack Zaihan di Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman. 

Sebagaimana semua sedia maklum, selain daripada blogging saya turut gemar untuk membuat video untuk dimuatnaik ke Youtube.

Sejak 17 April 2017 yang lalu saya telah membuat pemgumuman untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu memuatnaik video log atau vlog setiap hari.

Ini video nya :


Video ini adalah cabaran yang saya buat semasa sambutan hari lahir saya tahun lepas. Saya mencabar diri untuk merakam segala aktiviti harian saya sepanjang hari, kemudian akan diedit untuk dimuatnaik ke Youtube setiap hari.

Semasa cadangan dilontarkan saya tidak sedar bahawa setiap kali nak edit klip klip video ini perlukan masa untuk kreativiti dan proses teknikalnya juga turut memakan 2 ke 3 jam setiap hari.

Natijahnya, saya gagal untuk melakukannya setiap hari.

Selain daripada kekangan masa untuk proses edit tersebut, masalah plot video juga memberikan masalah pada saya. Masakan tidak setiap hari asik kena bawa kamera je ke mana saya pergi.

Akhirnya, saya buat keputusan untuk memuat naik secara berkala iaitu 2 ke 4 kali setiap minggu.

Namunbegitu, ada juga video-video ini saya muatnaik berbentuk siri. Seperti siri Pengalaman Beraya 3 Rumah dari Johor-Negeri Sembilan-Perak, siri vlog Cabaran 30 Hari Pakai Tengkolok, vlog Sukan Sea 2017 dan lain-lain.

Akhirnya, termasuk video vlog terakhir ini saya berjaya memuatnaik hanya 117 video berbanding 365 video yang sepatutnya saya muatnaik.

Kepada kawan-kawan yang sudah subscribe channels Youtube Zack Zaihan saya ucapkan jutaaan terima kasih kepada anda.

Sekiranya, anda masih belum klik butang SUBSCRIBE boleh lah klik link ini :

https://www.youtube.com/channel/UC5ZvSZe9lokYbbryzmZeEzg/featured?view_as=subscriber

Okaylah saksikan sendiri penutup video vlog saya di bawah ini:


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019