blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Aku Menghabiskan Muvi Titanic Hampir 21 Tahun

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini 2 Mei 2018. Dah masuk hari ke 4 hari berkempen untuk PRU14. Dah tentu sekarang ini anda semua agak lelah juga tiap kali buka media sosial semua orang nak kempen parti itu dan parti ini.

Paling melelahkan bila pihak A burukkan pihak B. Dan begitulah sebaliknya.

Bagi saya kan lebih elok setiap pihak mengetengahkan menifesto atau pelan-pelan mereka sekiranya menang nanti. Maknanya yang lain kempen benda yang positif sahaja.

Okay lah hari ini saya nak berkongsi 1 kisah yang tiada kaitan dengan politik. Kisah yang saya nak kongsi ni taklah berat sangat isunya. Tapi, ia memakan masa 21 tahun!!

Ya... saya bukan nak tipu... ia benar-benar berlaku... sebab itu saya nak kongsi kisah bagaimana saya hanya dapat menghabiskan filem terbaik abad ini yang dinamakan sebagai TITANIC.

Ia mengisahkan percintaan diantara seorang lelaki miskin dan anak perempuan kaya di dalam kapal TITANIC yang pertama dibina sebesar itu yang karam selepas berlanggar dengan ketulan ais di Lautan Atlantik.

Kisah romantik ini menjadi inspirasi kepada pencinta-pencinta yang berkasih sayang pada zaman itu.

Untuk bercerita mengenai pengalaman saya ini eloklah pendekatannya ditulis dengan gaya yang lebih santai. Mulai sekarang saya akan menyambung kisah ini dengan menggunakan perkataan "AKU" sebagai pengganti nama untuk saya.

Muvi ni dikeluarkan pada tahun 1997.

Masa tu aku tgh amik SPM. Jadi, memang tak tengok lah kat wayang. Walaupun tiket dekat Odeon Batu Pahat baru lingkungan RM3.50 ke RM7.



Panggung wayang Odeon di Batu Pahat terletak di Jalan Jenang, di tengah-tengah Bandar Batu Pahat. Sekarang ini dah tutup dah panggung wayang Odeon ni.

Dekat sebelah panggung Odeon Batu Pahat ini ada 1 food court atau medan selera. Dan dekat dalam ini ada 1 kedai Mee Bandung diantara yang paling sedap yang ada di daerah Batu Pahat ini. Jadi, kalau anda ada ke Batu Pahat atas apa pun urusan, pastikan anda singgah ke Gerai Makan Jalan Jenang ni. 

Kemudian, try Mee Bandung dekat sini.



Zaman Belajar di UiTM Shah Alam

Selepas menamatkan persekolahan menengah di SMK Semerah, aku melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam. Masa itu tahun 1998.

2 tahun kemudian, namanya ditukar daripada ITM kepada UiTM. Masa itu aku merupakan salah seorang perwakilan pelajar. Memang galak juga turun naik HEP dalam memperjuangkan kenaikan taraf daripada nama institut kepada nama universiti.

Selepas 1 majlis gilang gemilang di Stadium Melawati pada tahun 2000 kalau tak silap. Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) memanggil hampir 10,000 pelajar ITM dan bekas pelajarnya berkumpul.

Dalam majlis itu, klimaks nya adalah ucapan Tun bila beliau mengumumkan bahawa sudah tiba masanya untuk institut terulung untuk orang Melayu ini dinaikkan taraf kepada universiti.

2 minggu selepas itu, kami dipanggil turun naik HEP untuk membincangkan tentang nama dan akronim serta pemilihan logo universiti yang baru. Dalam banyak perdebatan, aku masih ingat bila kami disuruh untuk memilih nama dan akronim.

Banyak cadangan, tapi kami memilih dalam bentuk undian nama sebagai Universiti Teknologi Mara dan akronim sebagai UNITEKMA. 

Kemudian, apabila ia dikemukakan kepada Tun Mahathir menolak nama ini mentah-mentah dan dia mahu nama sebagai UiTM.

Ehhh... apa pulak aku dah terlajak cerita pasal perjuangan aku pulak masa di universiti dulu.... sori yerrr...

Kita sambung balik cerita fasal TITANIC tu...

Masa tu setiap kali balik kg, naik bas dari Pudu Raya. Masa zaman Diploma (1998-2000) aku tak ada kenderaan termasuk motor. Aku naik bas turun bas sambil dengan muzik melalui discman. Discman dibeli daripada duit PTPTN.

Perjalanan nak balik kampung aku terpaksa naik bas turun bas sebanyak 4 kali sebelum sampai ke rumah mak di Semerah, Batu Pahat, Johor.

Bas pertama dari kolej Perindu ke Seksyen 2 Shah Alam. Kemudian, berjalan kaki kira-kira 5 KM untuk ke Kompleks PKNS untuk ambil bas ke 2.

Bas kedua ini menuju Kotaraya, Kuala Lumpur. Kemudian, aku akan berjalan kaki ke Hentian Bas Pudu Raya.

Selalunya aku semasa berjalan kaki ke Pudu Raya aku mesti singgah Petaling Street.

Dekat sini memang syurga cetak rompak!! Dan paling aku suka ialah beli VCD cetak rompak.

Dan salah satu VCD yang dibeli adalah VCD Titanic.


Zaman tu belum ada DVD cetak rompak lagi!!

Yang ada cuma VCD. RM7 satu. Beli 5 percuma 1!!

VCD filem ini ada 3 keping CD nya sebab cerita ini panjang dan meleleh leleh.

Aku cuba menontonnya beberapa kali. Tapi, GAGAL!!


Zaman DVD


Kemudian, zaman VCD dh berlalu.

Aku berkahwin pd 2007. Dua kali terus.

Masa itu, aku dah bekerja di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).


Isteri yang pertama aku kahwin bulan Julai 2007.


Manakala, isteri kedua pula aku kahwin pada bulan Ogos 2008. 



Dua-dua aku kahwin secara sah di Malaysia. Bukan kahwin Siam atau kena tangkap basah yer!!

Jangan korang buat dosa pulak membuat andaian yang bukan-bukan.

Aku ni jenisnya gentleman!!

Tapi, adakala terpaksa jadi P Ramlee jugak!!


kehkehkeh....

Tapi, itu dulu lah kan... Sekarang dah tak P Ramlee dah!!

Selepas berkahwin, 1 rumah aku di Puchong dan 1 lagi di Shah Alam.

Masa tu kedua-dua rumah ada DVD player. Dua-dua dapat hadiah kahwin. 

Dan sekali lagi aku beli CD filem Titanic ni. Kali ini dalam bentuk DVD pula.

Gambar nya lebih cantik dan jelas.



Aku turut mencuba sekali lagi untuk menonton filem epik ini sejurus bawa balik ke rumah.

Tapi, malangnya lepas jer scene sahaja si Jack (lakonan Leordano Di Caprio) itu naik kapal titanic aku pon terkorban (tertidur).

= GAGAL!!

Beberapa hari kemudian, aku tidak putus asa untuk mencubanya sekali lagi. Kali ini, aku ditemani isteri. Dia menontonnya sampai habis. Manakala, aku tertidur lagiii

= Maka, GAGAL lagi !!!


Kemudian, beberapa minggu lepas itu isteri aku yang tinggal di Shah Alam itu balik kampungnya. Ada kenduri kalau tidak silap. Aku tak ikut sebab kena kerja. Ada game Liga Super kalau tak silap. 

Jadi, hujung minggu itu memang aku pon tidak plan kemana-mana bersama isteri aku yg sorang lagi di Puchong.

Lantas, aku bawak balik DVD Tatanic ini ke rumah di Puchong pula.

Sekali lagi, aku gagal menonton sampai habis. Lebih parah siap aku dengan isteri sekali terbongkang depan tv sampai pagi.

= GAGAL LAGI.


Zaman Donlod Torrent


Masa berlalu dengan pantas. Zaman milenia atau dipanggil juga zaman Gen XYZ pula datang. Zaman ini, anda  sudah tidak perlu keluarkan duit lagi. Anda tak perlu ke kedai VCD atau DVD lagi.

Zaman ini namanya zaman donlod torrent.

Semuanya free!!

Masa tu tahun 2010 kalau tak silap.

Apa je muvi yg aku tidak donlod.

Ber GB-GB hard disk dibeli semata-mata nak donlod muvi kat torrent.

Termasukkan lah muvi Titanic ni. Dan dipendekkan cerita juga macam biasalah aku GAGAL juga untuk menghabiskan menontonnya walaupon dah donlod dalam hard disk.

Akhirnya, tahun 2011 aku ambil keputusan untuk tak nak langsung tonton muvi ni.

Apa taknya, sudah lebih 10 kali aku cuba menonton muvi ni sampai habis. Tiap-tiap kalinya asik  gagal!!


Zaman IPTV Malaysia

www.iptvmalaysia.com

Zaman ini bermula sekitar tahun 2014 hingga kini. Segala muvi dan channels boleh ditonton melalui streaming sahaja.

Syarat wajib untuk menonton secara streaming adalah internet berkelajuan tinggi. Iaitu minimum 4MBPS dan ke atas.

Selalunya, di area bandar khususnya sekarang ini tiada masalah. Kebanyakannya sudah ada hi-speed broadband atau jalur lebar berkelajuan tinggi. Selalunya minumum kelajuannya 10 MBPS ke atas.

Zaman ini lebih canggih. Anda tidak perlu merugikan masa anda untuk donlod muvi berjam-jam.

Hanya perlu pilih apps yang sesuai sahaja.

Anda boleh direct tonton muvi secara percuma dengan cara streaming sahaja.

Ada bermacam-macam applikasi (apps) yang boleh didonlod sendiri.

Aku mula guna apps streaming ini sejak tahun 2014 lagi. Aku guna IPTV Malaysia. Aku boleh menonton lebih 200 chnls termasuk semua channels astros tu dengan kadar RM40 jer sebulan. 

Selain daripada channels-chanels itu, aku dapat juga menonton semua muvi dari Astro Best dan Astro First dengan PERCUMA!!



Selain itu, kalau boring  menonton channels TV, aku juga boleh menonton lebih 20,000 muvi yang ada di dalamm dunia ni secara PERCUMA!!

Untuk melanggan IPTV MALAYSIA anda boleh klik poster di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

klik gambar untuk maklumat lanjut

Dan selepas 4 tahun guna IPTV Malaysia ini, hanya malam tadi aku terjebak menonton salah 1 channels yang ada dalam pekej IPTV Malaysia ini iaitu Star Movie HD.

Semalam balik agak lewat. Lebih kurang jam 12.30 mlm. Sampai di rumah rehat kejap. Kemudian, aku onkan laptop dan tengok-tengok email lebih kurang setengah jam.

Kemudian, aku onkan TV.

Bila ON sahaja terbukak pula channels Star Movie HD yang tengah memainkan filem Titanic. Masa aku onkan TV ini, si Jack baru sahaja masuk dalam kapal Tittanic itu.

Secara tidak disengajakan, aku tertonton muvi ini sampai habis.

Ya sampai habis!!

Muvie tamat dekat pukul 4 pg.

Menitik jugak air mata jantan aku membasahi pipi gebu aku ini.

Air mata suci ku turut terpancul bukan lah disebabkan cerita Titanic yang sedih. Tapi, lebih kepada perjuangan aku untuk hendak habiskan muvi Titanic yang memakan masa hampir 21 tahun.

Tapi, berbaloilah aku mengambil masa yang begitu lama untuk menghabiskan muvi ini sehingga memakan masa 2 dekad. Sebab muvi ini memang terbaiklah. Best sangat semalam sehingga membuat aku rasa macam nak bercinta semula.... Ehhhhhh????

Sebab itu tidak mustahillah muvi ini menang banyak awards.

Dan bermula muvi ni jugak lah Leonardo Di Caprio dikenali dunia. Lakonannya mantabbb!!

Tapi, aku lebih suka dia berlakon sbg Jordan Belford dalam The Wolf of The Wall Street!!


Fuhhh aku pon nak bagi komplementari kat korang sebab sudi baca kisah aku menghabiskan muvi Titanic sampai 21 tahun ini dengan ucapan terima kasih.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019