blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Sesi Soal Jawab Dengan Zack Zaihan

Salam sejahtera, semalam semua telah berehat sebab cuti sempena sambutan Hari Pekerja bersamaan dengan 1 Mei 2018 yang disambut hampir di seluruh dunia. Ini kerana menghargai jasa dan pengorbanan kaum pekerja dalam membangunan sesebuah bangsa dan negara.

Selain daripada sejarah perjuangan kaum pekerja yang panjang sejak awal kurun ke 16, semalam juga adalah tarikh bersejarah buat saya kerana saya secara tidak sengaja telah memulakan satu sesi soal jawab yang menarik.

Sebagaimana kawan-kawan sedia maklum bahawa selain saya memblogging di blog ini sejak 2013, saya turut memvlogging di laman youtube Zack Zaihan.

Dan sekarang sudah pun bermula Musim Ke 2 Vlog Zack Zaihan.

Tahun lepas tanggal 17 April 2017, saya telah memulakan idea untuk vlogging sepanjang tahun selam 365 hari berturut-turut.

Namun, segala usaha itu terbantut kerana masa idea ini dicetus saya tidak sedar akan kekangan masa, dana dan kreativiti sangat membataskan saya. Justeru, diantara 17 April 2017 dan 16 April 2018, saya hanya mampu memvlogging sebanyak 117 siri sahaja.

Justeru, setelah mengetahui akan kekurangan tersebut, bermula 17 April 2018 sebagaimana saya maklumkan dalam blog ini beberapa hari lalu bahawa saya telah bersedia untuk memaksa diri untuk memvlogging sebanyak 3 video setiap minggu.

Isnin = Video Teknologi

Rabu = Video Kecergasan, Nutrisi, Kecederaan Sukan dan Apa sahaja mengenai Sukan

Sabtu = Video berkaitan dengan segala aktiviti saya dalam minggu tersebut.

Namunbegitu, secara tidak sengaja saya telah memulakan video untuk menjawab segala persoalan-persoalan yang ditanyakan oleh subscriber dalam video-video Youtube yang telah saya muatnaik.


Berdasarkan daripada sambutan terhadap video QNA tersebut ternyata ia memberikan perangsang buat saya untuk terus melakukannya untuk siri ke 2 pula minggu hadapan.

Justeru, setiap persoalan yang ditanya akan saya jawab pada setiap hari Selasa bermula minggu ini.

Namunbegitu, idea untuk QNA ini hanyalah secara trial dulu.

Hanya setelah 3 siri dengan sambutan yang menggalalakkan sahaja barulah akan saya fikirkan untuk menjadikannya sebagai salah satu siri wajib setiap hari Selasa setiap minggu.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019