blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Pasukan Bolasepak Tunisia Contoh Bersukan Dalam Bulan Ramadhan

Salam sejahtera dan tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan pembaca blog yang saya kasihi.

Seperti tahun-tahun yang lepas saya menjadi rujukan kawan-kawan di media sosial dan alam nyata utk mendapatkan pengesahan tentang bersukan didalam bulan Ramadhan.

Dan selalunya saya akan bagi link tulisan saya beberapa tahun lepas mengenai bersukan dalam bulan Ramadhan. Klik gambar di bawah untuk membaca tulisan mengenai tips-tips bagaimana nak bersukan ketika berpuasa.

 KLIK GAMBAR UTK MEMBACA TIPS

Namunbegitu, hari ini saya ingin menulis mengenai betapa ramai ahli sukan beragama Islam tidak mengambil kesempatan untuk tidak berpuasa semata-mata mereka terlibat dengan acara sukan.

Dan berita terkini mengenai pasukan bolasepak Tunisia yang akan bermain dalam Piala Dunia pada awal Syawal nanti turut terus menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Disebabkan hampir kesemua perlawanan pusingan Akhir Piala Dunia akan berlangsung pada waktu siang di Rusia beberapa minggu lagi, maka pihak pengurusan pasukan mengambil keputusan untuk para pemain melalui laltihan pada waktu siang.

Ya daripada informasi yang saya perolehi seluruh pemain dan pengurusan meneruskan latihan dengan keadaan mereka meneruskan ibadah berpuasa sebagaimana muslimin dan muslimat serata dunia.

Pasukan Tunisia merupada 1 daripada pasukan yang mewakili zon Afrika dalam Piala Dunia 2018.


Justeru, sebelum melalui perlawanan pertama Piala Dunia, mereka terus dijadualkan untuk bermain perlawanan persahabatan sebagaimana pasukan-pasukan lain.

Setakat Ramadhan tahun ini mereka telah melalui 2 perlawanan pada waktu siang dan kesemua pemain-pemain berpuasa.

Selalunya waktu berbuka semasa perlawanan sedang berlangsung.

Dan bagaimana mereka hendak berbuka?

Maka, mungkin secara perancangannya semasa waktu berbuka penjaga gol Tunisia akan berlakon cedera dan berbaring di padang. Dan mengikut undang-undang FIFA sekiranya mana-mana penjaga gol cedera, maka perlawanan mesti ditangguhkan sebentar sementara penjaga gol mendapatkan rawatan.


Justeru dengan cara tersebut kesemua pemain-pemain lain akan berlari ke tepi padang tempat bangku simpanan pasukan Tunisia untuk mereka berbuka dengan kurma dan makanan ringan serta mengambil kesempatan untuk minum air.

Dalam masa yang sama juga penjaga gol akan berbuka sambil berbaring di tengan padang dengan bantuan Ahli Fisioterapi Pasukan.

Kedua-dua perlawanan persahabatan tersebut bukan lah ia gred B atau C tetapi mereka bertemu dengan pasukan sama kuat yang turut akan bermain di Piala Dunia iaitu Turkey dan Portugal.


Pada perlawanan bertemu Portugal pada 29 Mei, setelah bermula separuh masa kedua dan dalam ketinggalan 1-2, masuk waktu berbuka. Maka penjaga gol Tunisia berpura-pura cedera. Dalam peraturan bolasepak, jika ada pemain cedera di dalam padang, pengadil boleh arahkan pemain diusung keluar dan perlawanan disambung untuk elak masa tertangguh.

Tetapi ini dikecualikan jika penjaga gol yang cedera kerana perlawanan tidak boleh diteruskan tanpa penjaga gol.

Apabila penjaga gol Tunisia Mouez Hassan rebahkan badannya dan pengadil hentikan perlawanan, kesemua pemain Tunisia berlari ke bench untuk berbuka dengan makan kurma dan minum air. Mouez pun ambil kesempatan untuk berbuka puasa sambil berbaring.

Yang manisnya apabila perlawanan disambung, Tunisia berjaya jaringkan gol dan keputusan berakhir dgn 2-2.

Perkara sama juga berlaku bila Tunisia melayani Turki pada 2 Jun baru2 ni. Penjaga gol sekali lagi rebah bila masuk waktu berbuka dan pemain ketepi padang tunaikan ibadah berbuka dan menjamu selera seadanya. Keputusan perlawanan ini juga berakhir dengan seri 2-2.


Justeru, berdasarkan 2 peristiwa ini menunjukkan bahawa bersukan bukan lah alasan untuk anda tidak berpuasa. Seandainya pemain-pemain Tunisia yang bermain untuk pasukan yang akan beraksi di Piala Dunia 2018 pun sanggup untuk terus berpuasa.

Maka, takkan lah anda yang baru mewakili kelab kecil atau sukan yang tidak berapa ternama pun nak ambil keputusan untuk ponteng berpuasa.

Di sini peranan penasihat nutrisi dan sains sukan sangat penting dalam memastikan pemain-pemain atau atlet mengikuti cara dan teknik yang betul dalam memastikan tenaga yang diperolehi semasa berahur boleh bertahan sehingga ke waktu berbuka nanti.

https://www.google.com/amp/www.sportbible.com/football/take-a-bow-tunisia-goalkeepers-injuries-have-helped-the-players-break-the-fast-20180603.amp.html?source=images

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019