blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Operasi Menyelamatkan 13 Budak Bola Terperangkap Dalam Gua


Assalamualaikum WBKT.


Semoga semua pembaca blog yang budiman dalam keadaan baik dan sihat. Sudah tentu di minggu-minggu terakhir Syawal ini anda semua sibuk menghadiri majlis hari raya atau open house rumah rakan, taulan dan saudara mara.

Sedang kita masih meraikan Aidilfitri, ramai atlet-atlet sudah mula menjalani latihan dengan pasukan masing-masing.

Dan semalam Pahang baru sahaja memenangi Piala FA selepas menewaskan pasukan The Red Giants dengan score 0 : 2. Tahniah buat Abang Dollah Salleh yang berjaya memberikan sentuhan magisnya seperti biasa.

Selain itu, kita tahu dunia sukan sekarang sedang digemparkan dengan kes 12 orang pemain bolasepak berumur 11 ke 16 tahun bersama seorang jurulatih mereka terperangkap di dalam gua di Thailand.

Tahniah skuad Pahang FA

BAGAIMANA 13 ORANG BOLEH TERSESAT DI DALAM GUA?

Mereka dikatakan menyertai satu latihan ekspedisi bersama-sama dengan jurulatih sebagai salah satu latihan untuk mempersiapkan diri untuk kejohanan liga 2 bulan lagi. Justeru, jurulatih berpendapat sekali-sekala elok juga untuk keluar daripada latihan kebiasaan dengan bola.


Jadi, semasa ekpedisi itu jurulatih bersama 11 orang anak muridnya hilang dan tidak dapat ditemui. Maka, selepas 3 hari tanpa berita pihak ibu bapa mula mendesak pihak kerajaan untuk mengambil langkah pencarian segera.

Kemudian, 1 pasukan ke 1 pasukan tiba di Chiang Rai di Utara Thailand.


Majoriti mereka bersepakat bahawa budak-budak ini terperangkap dalam gua di bawah bukit. 



Selepas 11 hari hilang barulah mereka ditemui oleh 2 orang penyelam Skuba Profesional dari England dalam keadaan selamat. Sebagaimana gambarajah di atas mereka terperangkap di "Patayya Beach'. 

Richard Staton dan John Volenthen adalah 2 orang penyelam dari England yang berjaya menemui 13 orang mangsa.

Dan jalan untuk menyelamatkan mereka bukan lah semudah disangka. Dalam perjalanan daripada Patayya Beach ke 1st Chamber (jalan masuk / keluar) adalah dianggarkan sejauh 4 KM.

Dengan melalui pelbagai liku, ia memakan masa diantara 5 ke 6 jalam perjalanan satu hala.

Maknanya, jika seorang penyelam datang utk membawa seorang mangsa sahaja memakan masa diantara 10 ke 12 jam masuk dan keluar dengan selamat.

Dan jika anda lihat gambarajah potongan bukit dan gua di atas ada beberapa lokasi yang terpaksa ditempuhi terdapat mendapan air atau sudah jadi kolam. Dan ada yang menjangkau kedalaman sehingga puluhan meter.

Manakala, ketika ini keadaan iklim di Thailand sedang mengalami Musim Hujan Monsun dimana hujan dijangka setiap hari. Dan apabila setiap kali hujan maka diruang gua tersebut akan dinaiki air.

Musim ini dijangka berakhir 4 bulan lagi sebab musim hujan monsun thailand baru sahaja bermula.


CADANGAN MENYELAMAT

Jadi, pihak kerajaan dan pasukan penyelamat hanya ada 2 jalan untuk operasi menyelamatkan mereka ini. 

1. Tunggu 4 bulan lagi. Selepas Musim Hujan Monsun habis boleh mendatangkan mudharat lain seperti kekurangan oksigen di dalam gua, sumber makanan yang terhad dan yang paling ditakuti boleh menyebabkan semangat budak-budak ini hilang.

Selain itu, terdapat juga risiko dimana lokasi mereka sekarang (Patayya Beach) ditelenggami air kalau hujan tidak berhenti.

2. Kena melakukan operasi menyelamat dengan kadar segera. Pihak penyelamat bercadang untuk membawa seorang demi seorang mangsa keluar dengan menggunakan tanki oksigen. 

Tanki-tanki oksigen daripada Navy Seal Thailand.
Namun, ia agak menyulitkan apabila remaja-remaja ini tidak pandai berenang.

Maka, kedua-dua cadangan ini tetap mempunyai risiko.

Tetapi, keputusan tetap perlu diambil. Yang lebih rendah risiko adalah yang lebih afdhal!!


12 Kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan selamat di dalam gua.


MASALAH UTAMA MISI MENYELAMAT

Masalah terbesar bagi para penyelamat sekarang ialah kebanyakan laluan keluar dari tempat mereka berteduh sekarang di penuhi dengan air. Ada yang dengan kedalaman sehingga berpuluh meter. 


Musim hujan monsun yang melanda Thailand sekarang mengakibatkan kebanyakkan ruangan gua ditemggelami air. Monsun Thai ini baru sahaja bermula dan akan berakhir dalam masa 4 bulan lagi. 


Diantara usaha awal adalah dengan membawa masuk pam pam penyedut air pelbagai saiz. Dikatakan sebanyak 13 pam penyedut sudah dibawa masuk untuk menyedut air-air ini. Dan setakat artikel ini ditulis, sudah 3 pam rosak.

Water Pump Pelbagai saiz gergasi di bawa masuk.
Namun, air dari dalam kolam ini tidak lah berkurang sangat sebab hujan yang turun setiap hari.

Tapi usaha ini dijangka dapat membantu sekurang-kurangnya tidak meningkatkan paras air di dalam gua ini.

Selain itu, masalah lain yang akan dilalui oleh penyelamat adalah terdapat beberapa lokasi yang sudutnya sangat kecil hanya membolehkan seorang sahaja masuk dan tanki oksigen mesti kena buka dulu.

Ini sangat merisikokan penyelam dan mangsa kalau tidak dibuat dengan betul dan precise.




DUNIA MEMBANTU

Banyak pihak menghantar bantuan tanpa mengira ras, agama dan bangsa.


Pihak Australia diantara negara-negara terawal yang menghantar bantuan.


Begitu jugan dengan bantuan daripada China dan Jepun.


Manakala, tenaga bantuan negara paling jiran sudah berada di situ sejak berita mula tersebar kerana lokasi mangsa adalah sanga bersebelahan dengan negara Laos. 



Selain daripada bantuan kepakaran menyelamat, seluruh rakyat Thailand turut bersolidariti terhadap kes ini. Ramai yang datang menghulurkan bantuan secara sukarela.

Ini diantara poster solidariti yang dikongsi di laman sosial. Ia menunjukkan rakyat Thailand pelbagai latarbelakang dan agama sama-sama menarik maskot kelab bolasepak remaja iaitu Boar keluar.

Selain itu, peniaga-peniaga makanan misalnya datang ke situ menyediakan juadah makanan untuk petugas dengan cara percuma sebagai tanda sumbangan mereka kepada negara.

Uncle datang nak masak makanan untuk pekerja-pekerja bantuan dan sukarelawan.

Ada peniaga kue tiow, ada peniaga sayur, ada penjaja air balang dan ramai lagi yan datang dengan secara sukarela tanpa paksa. Mereka datang menawarkan makanan dan minuman dengan percuma untuk semua petugas.

Peniaga sayur di pasar turut menyumbang barang-barang basah untuk dimasak untuk sukarelawan.

Selain itu, ada juga makcik-makcik tukang urut tempatan turut hadir ke kawasan sukarelawan untuk memberikan khidmat mengurut kepada sukarelawan dan petugas.



KORBAN PERTAMA

Ya memang sudah ada seorang pun yang terkorban dalam kes ini. Korban yang meragut nyawa ini bukan lah daripada salah seorang pelajar yang terperangkap itu.

Tetapi adalah salah seorang petugas penyelamat.


Petugas tersebut adalah Petty Officer 1st Class Smaan Kunan berumur 38 tahun.

Smaan dikatakan tidak sedarkan diri semasa berenang pulang selepas mengagihkan tangki-tangki oksigen di beberapa kawasan dalam gua berkenaan. Ini berkemungkinan besar disebabkan tangki gas oksigen beliau telah habis sebelum sampai masanya.

Berbaju hitam itu adalah isteri  Petty Officer 1st Clas Smaan.


SEMANGAT RAKYAT THAILAND WAJAR DICONTOHI



Walaupun sudah terdapat korban pertama, rakyat Thailand malah tidak serik dan terus menerus memberikan solidariti kepada mangsa.

Selain daripada doa dan harapan mereka turut meminta seluruh dunia mendoakan kesejahteraan 13 orang ini agar selamat dikeluarkan.

Mereka menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya sehingga mendapat perhatian dunia.

FIFA diantara mereka yang memberikan respon dengan menawarkan 13 seat khas untuk perlawanan akhir Piala Dunia kalau mereka sempat diselamatkan dalam masa terdekat.


Berita ini sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada 12 orang pemain bolasepak dan seorang jurulatih ini untuk terus berjuang untuk hidup.

Sebagai pemain bolasepak memang menjadi idaman dan impian untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia di stadium secara langsung.

Untuk makluman juga seorang doktor yang turut berkemahiran menyelam sudah beberapa hari berada bersama dengan anak-anak ini di dalam gua tersebut.


Pelbagai peralatan digunakan dalam proses menyelamat. Salah satunya ialah full diving mask. Sebanyak 20 buah full diving mask disediakan bersaiz untuk remaja yang terperangkap itu. 

Sumber media Thailand mendakwa kesemua 20 buah mask itu didermakan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak mahu namanya diumumkan kepada media. 

Dan kos kesemua 20 buah full diving mask itu dianggarkan bernilai RM 61 ribu. 


Tangki-tangki oksigen sebelum ini adalah milik kerajaan melalui pasukan Navy Seal Thailand. Sudah tentu ianya agak terhad.

Mengetahui akan perkara itu, sebuah syarikat milik swasta yang berpengkalan di Phuket telah mengagihkan sebanyak 331 buah tangki oksigen secara percuma untuk operasi menyelamat ini.

Dan dah tentu kosnya bukan main RM20-30 ribu. Bahkan mesti lebih mahal daripada itu.


Seorang sahabat saya yang menetap di Bangkok menjadi salah seorang Saintis Sukan di salah sebuah pasukan bolasepak tempatan memberitahu saya bahawa seluruh rakyat Thailand teruja dan berasa bersyukur apabila mengetahui 13 mangsa masih hidup.


SURAT MOHON MAAF OLEH JURULATIH KEPADA IBUBAPA PELAJAR


TERJEMAHAN:

Pesanan2 berbentuk surat dari mangsa yang terperangkap telah mula diedarkan kepada keluarga mereka melalui para penyelam yang berulang alik dari "Pattaya Beach". Salah satunya seperti surat di bawah. Ianya adalah dari "Coach". Isi surat yang mempunyai 3 perenggan itu lebihkurang begini:-

"Adikku, tolong beritahu ibu dan bapa serta keluarga semua bahawa saya berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Bagi tahu adik beradik lain, saya balik nanti buat apa2 yang patut untuk saya, saya nak makan ayam goreng puas2.

Kepada semua ahli keluarga mangsa, anak2 uncle and auntie sekarang ni dalam situasi yang cukup baik. Kami di sini diberikan segala apa yang diperlukan oleh petugas2 penyelamat di sini. Kami dijaga dengan baik. Saya berjanji akan menjaga anak2 uncle n auntie dengan sebaik mungkin. Terimakasih banyak2 di atas keprihatinan dan sokongan padu kepada kami semua di sini. Salute semua.

Kepada makcik (makcik coach), saya di sini tak apa2, saya baik2 saja. Jaga kesihatan makcik yaa, jangan risau2 sangat. Bagi tahu nenek yaa, nanti masak2 sedap2 untuk saya yaa. Nanti kita makan sama2 yaa. Saya sayang semua. Love you all!!!"

THE D DAY

Hari ini 8 Julai 2018, Gabenor Chiang Rai mengumumkan hari ini sebagai The D Day.

Hari dimana seluruh Thailand diminta untuk berdoa dengan cara masing-masing bagi memastikan misi menyelamat yang dilakukan hari ini berjalan dengan lancar.

13 penyelam sudah pun mulai masuk dengan membawa sepasang lagi alat penyelam untuk melakukan operasi menyelamat secara buddy sistem.

Iaitu setiap seorang penyelam perlu menyelamatkan seorang mangsa.

Ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai risiko tinggi misi ini dan semuanya bersetuju. 

Penyelam sudah mula memasuki gua pada jam 11 pg tadi waktu tempatan.



HARAPAN & KESIMPULAN

Saya turut berdoa agar kesemua mereka dapat dikeluarkan dengan selamat.

Disamping itu saya ingin mengambil kesempatan untuk memperingatkan jurlatih-jurulatih sukan agar berhati-hati ketika memilih aktiviti untuk pasukan dan atlet anda.

Atau lebih baik mendapatkan kerjasama daripada pengamal rekreasi profesional.





No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019