blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Pemain Badminton Indonesia Tiada Semangat Kesukanan



2 hari lepas berlangsungnya perlawanan Suku Akhir acara Beregu Indonesia Open 2018 diantara pasangan tuan rumah Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamulio menentang pasangan Denmark Mads Conrad Peterson dan Mads Pieler.

Perlawanan itu berlangsung di Stadion Tertutup Istora Senayan.

Dikelilingi ribuan penyokong Indonesia tidak menggentarkan pasangan Denmark. Malah mereka menang pada set pertama dengan kedudukan 22 : 20.

Manakala pada set kedua mereka tewas dengan 20: 22.

Perlawanan sangat sengit apabila pada set ketiga agak tegang dengan segala bentuk provokasi.

Namun, perlawanan selama sejam 4 minit itu berakhir dengan kemenangan kepada Fernaldi / Sanjaya dengan keputusan 21 : 18.

Walaubagaimanapun, aksi Kevin Sanjaya selepas tamat perlawanan dengan menunjukkan tanda "thumbs down" kepada lawan mereka adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak "sporting".

Anda boleh tonton melalui video di atas pada minit ke 5.





Dalam sukan, kemenangan bukanlah segala-galanya.

Tetapi, semangat kesukanan yang tinggi adalah yang lebih utama.

Sebagai pemain badminton profesional yang menjadi idola oleh ramai anak muda serata dunia, Kevin Sanjaya sepatutnya mempamerkan sikap yang positif kerana acara itu bukan sahaja disiarkan di Indonesia bahkan di serata dunia.

Saya berharap atlet-atlet lain khususnya di Malaysia dapat mengelakkan untuk melakukan perkara seperti ini.



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019