blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Teknik Hemlich : Bagaimana Nak Selamatkan Mangsa Tercekik?




Assaslamualaikum WBKT dan salam sejahtera. 

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Diantara sebab utamanya adalah saya sangat sibuk menyiapkan pejabat dan pelbagai urusan berkaitan perniagaan baru saya di
Cyberjaya.

Alhamdulillah setakat ini sudah 80% persiapan. Manakala, pejabat sudah siap 90%.









Pejabat ini adalah di Cyberjaya, Selangor. Ia akan menjadi Pejabat Korporat syarikat kami BL Group yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Okay, hari ini saya bukanlah nak berbicara mengenai progress pejabat atau perniagaan saya sebaliknya adalah untuk memperkenalkan dengan para pembaca blog yang budiman mengenai Hemlich Technique atau Hemlich Menoeuvre.

APAKAH HEMLICH TECHNIQUE?

Teknik ni dinamakan Hemlich Technique atau Hemlich Menoeuvre (dibaca dlm loghat Jerman) sebab teknik ni ditemui oleh saintis Jerman.

Nama saintis itua adalah Dr Henry Hemlich. Dan dia memperkenalkan teknik khas ini kepada dunia pada tahun1974.

Teknik ini khusus untuk mengeluarkan sebarang objek yg tersumbat di bahagian trachea.


Trachea ini kiranya ruang bawah sikit anak tekak (pharynx dan larynx)

Selalunya, orang dewasa akan tersekat atau tercekik oleh objek makanan.

Manakala, kalau kanak-kanak pula mungkin tercekik permainan seperti bola kecil dan seumpamanya.

Baiklah elok saya menulis cara bagaimanakah Teknik Hemlich ni caranya dilaksanakan.

Teknik ini bermula dengan rescuer berdiri di belakang mangsa.



Kemudian, rescuer peluk mangsa daripada belakang dan lengan dan tangan rescuer mesti menekan bahagian DEAPHRAGM (bunyinya melayunya diafram).




Deaphragm ni adalah betul-betul ruang diantara bawah tulang rusuk dan perut plg atas.

Kemudian, rescuer dari belakang mestilah mengangkat2 mangsa sambil meghejut2 dan menekan bhgn diaphragm mangsa.


Pergerakan ini diulang-ulang sampai objek terkeluar.




Semoga YB Menteri Pelajaran tengok video ini dan menambah silibus atau matapelajaran baru dalam skim pendidikan anak-anak di sekolah. Ini kerana bagi saya skil nak hidup atau survival skill atau kecemasan ini adalah pendidikan yang wajip diketahui oleh semua orang.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019