blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PROGRAM BACK TO SCHOOL KITAMUO

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini.

Ya agak lama saya dikemaskini blog lantaran kekangan masa yang amat rumit untuk saya mengambil bahagian dalam penulisan-penulisan ilmiah khusus berkaitan sukan dan sains sukan.

Untuk makluman semua, ketika ini saya sedang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi beberapa NGO yang saya sertai.

Ia termasuk NGO yang berpusat di daerah Muar dikenali sebagai KITAMUO yang mana saya telah diangakat sebagai Pengerusi nya.

Kemudian, saya turut aktif dengan satu lagi NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Penggerak Muafakat Negeri Johor yang mana saya merupakan Setiausahanya.

Justeru, beberapa hari sudah menerusi kedua-dua NGO ini kami telah mengadakan beberapa siri menyampaikan bantuan persekolahan kepada masyarakat dikalangan mereka yang kurang berkemampuan.

Saya memulakan dengan menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima dari Parlimen Muar, Pt Sulong dan Bakri di Dewan MPKK Sarang Buaya Darat, Muar.





Kemudian, program kami di teruskan ke Sekolah Kebangsaan Pt Samsu untuk menyampaikan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, anak yatim dan asnaf.


Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada Pn Nur Azilah iaitu Guru Besar sekolah yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami pada program tersebut.


Ramai adik-adik yang hadir begitu gembira apabila mendapat beg sekolah baru membuatkan hati saya sangat tersentuh dengan situasi itu.

Dalam ucapan saya mengingatkan adik-adik ini agar pada sesi persekolahan yang baru nanti mestilah datang dengan semangat baru bersama-sama dengan beg baru ini. Kalau sesi lepas dapat nombor 10, tahun akan datang ini kena dapat no 8, 7 atau 5.

Justeru, dikesempatan ini, saya ingin menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Penaung kepada NGO kami kerana sudi memberi sumbangan,

Selain itu, saya juga ingin menyampaikan penghargaan tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang peribadi mahupun korporat yang sudi menjayakan program kemasyarakatan kami.

Insya Allah program-program seumpama ini akan kami lakukan lagi di masa akan datang.

Sekiranya, rakan-rakan pembaca ingin menyumbang bolehlah menghubungi kami.

Sekian, trimas.






No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019