blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Cara Menghindari Influenza 2020 Ketika Bersukan

Hari ini hari ke 13 dalam tahun 2020 merupakan hari ke 10 wabak influenza A ( influenza 20020 ) meletus di dalam negara. Wabak yang mungkin anda fikir ringan ini sebenarnya boleh membawa maut kalau tidak ditangani dengan baik dan efisyen.

Jadi, hari ini eloklah saya memperkenalkan kepada saudara saudari pembaca yang budiman untuk memahami dengan lebih dekat apakah yang dikatakan sebagai Influenza A influenza 20020 ) ?


Influenza 2020



DEFINISI INFLUENZA

Influenza influenza 20020 ) biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). 

Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demamsakit tekaksakit ototsakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batukkelesuan dan rasa tidak sedap badan

influenza 2020

Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.


VIRUS
influenza 2020

Kawaoka Y (2006) menulis dalam bukunya Influenza Virology: Current Topickeluaran Caister Academic Press bahawa terdapat empat virus yang dikenalpasti menyebabkan penyakit influenza, di mana keempat-empatnya tergolong dalam keluarga Orthomyxoviridae.
Virus influenza D merupakan virus influenza terbaharu yang ditemui pada tahun 2016.  Virus-virus tersebut memiliki kaitan dengan virus parainfluenza manusia, yang merupakan virus RNA yang merupakan sebahagian daripada keluarga Paramyxoviridae yang merupakan penyebab umum jangkitan pernafasan pada anak, seperti krup (laringotrakeobronkitis), namun dapat juga menimbulkan penyakit yang serupa dengan influenza pada orang dewasa.

Oleh kerana virus yang sedang tular hari ini adalah daripada kumpulan inlfuenza A. Maka, saya akan mengkhususkan penulisan hari ini tentang latar belakang virus ini, simtom dan kesan-kesan serta bagaimana kita boleh menghindarinya.

Virus influenza A

Genus ini memiliki satu spesies, virus influenza A. Burung akuatik liar merupakan hos umum untuk kebanyakan jenis influenza A. 
influenza 2020
Kadangkala, virus dapat ditularkan pada spesies lain dan dapat menimbulkan wabak berskala besar pada peternakan ayam domestik atau menimbulkan sebuah pandemik influenza manusia.

Virus jenis A merupakan patogen manusia paling mudarat dalam kalangan virus influenza dan menimbulkan penyakit yang paling teruk. Virus influenza A dapat dibahagi kepada subdivisi berupa serotip berdasarkan tindak balas antibodi terhadap virus ini. 

Serotip yang telah dikenal pasti wujud pada manusia, disusun berdasarkan jumlah kematian pandemik pada manusia, ialah:


LATAR BELAKANG INFLUENZA
Influenza atau flu sering disalahertikan sebagai selesema biasa, bahkan ramai yang masih keliru antara kedua-duanya. Hakikatnya flu adalah jauh lebih buruk dan berbahaya malah dapat menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa serta boleh menyebabkan kematian.
Di negara Barat, influenza berkait dengan musim sejuk. Jumlah kes dan kematian akibat flu akan meningkat ketika musim sejuk sebaliknya di Malaysia, sebagai negara tropika, ia adalah penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kebiasaannya, jenis influenza H1N1 dan H3N2 menjangkiti manusia dan dikenali sebagai influenza bermusim.
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab­kan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.

SIMTOM INFLUENZA
influenza 2020
Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. 

Pesakit biasanya menghidap :
1. demam yang tinggi,
2. batuk, 
3. sakit kerongkong, 
4. berhingus, 
5. sakit otot dan badan, 
6. sakit kepala 
7. keletihan melampau. 
8. gejala ini juga boleh membawa kepada kemurungan.

Komplikasi yang disebabkan influenza antara lain termasuk 
1. pneumonia (jangkitan paru-paru), 
2. sinus dan telinga. 
3. Jangkitan ini juga boleh memburukkan penyakit kronik sedia ada seperti asma, kegagalan jantung atau kencing manis.
Komplikasi ini boleh membawa maut dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI MENGHIDAPI INFLUENZA?

influenza 2020

1. kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.
2. wanita hamil
3. warga emas berumur 65 tahun ke atas.
4. pesakit penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asthma (lelah) dll
5. Daya ketahanan rendah seperti pesakit-pesat kanser, AIDS dll
6. individu obes.

RAWATAN OLEH DOKTOR DI KLINIK?
Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, jangkitan virus pernafasan akut yang boleh membawa maut seperti influenza sering diabaikan oleh rakyat di negara ini.
influenza 2020
Katanya, walaupun komplikasi influenza lebih teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua lebih 60 tahun, kanak-kanak lima tahun ke bawah, wanita hamil dan penghidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung, orang dewasa yang sihat juga tidak terlepas daripada jangkitan influenza.
“Ada virus yang lebih teruk daripada influenza seperti virus korona yang menyebabkan penyakit MERS dan SARS.
“Influenza dan selesema agak sukar dibezakan secara klinikal. Doktor tidak akan terus mengatakan ia sebagai influenza sebab ia sukar dibezakan. Jika simptom atau kesakitan yang dialami amat teruk, pengamal perubatan hanya boleh syak saja kerana kebiasaannya tiada ujian di klinik untuk mengesan influenza sebaliknya ia perlu diuji di makmal,” katanya.
Beliau berkata, rawatan influenza adalah menerusi ubat antivirus. Sekiranya doktor di klinik dapat me­ngesan virus yang menyebabkan influenza, antivirus boleh diberikan terus kepada pesakit.
Berbeza dengan demam biasa, hanya parasetamol diberi untuk mengurangkannya dalam tempoh kurang seminggu.
Menurutnya, untuk individu sihat, influenza boleh sembuh dalam masa beberapa hari sehingga kurang dari dua minggu tetapi sebilangan akan mendapat komplikasi.
“Influenza beri kesan buruk pada mereka dalam kelompok berisiko tinggi namun semua orang ada potensi dijangkiti. Mereka yang berisiko tinggi akan dijangkiti dengan lebih teruk manakala individu sihat mungkin secara umumnya akan dapat kesan yang lebih ringan, tapi bergantung kepada respon imun badan masing-masing.
“Kesan virus itu bergantung kepada status kesihatan seseorang secara umum. Kalau kita sihat, gejalanya tidak akan teruk, selain bergantung sama ada kita ada antibodi atau tidak terhadap influenza.
“Terdapat dua cara penghasilan antibodi sama ada individu pernah dijangkiti influenza sebelum ini atau dengan pengambilan vaksinasi,” katanya.
Vaksin influenza di negara ini biasanya diberi kepada golongan dewasa yang berisiko tinggi, berbanding di Amerika Syarikat yang mengesyorkan vaksinasi influenza rutin kepada semua individu berusia enam bulan ke atas, kecuali yang ada masalah tidak membenarkan mereka mengambil vaksin.
“Di negara ini, bila sebut influenza masih terlalu kurang kesedaran terhadapnya atau kita tak nampak ia sebagai sesuatu yang serius mungkin disebabkan kurangnya penyebaran data mengenai kes ini.
“Salah satu faktor, kita tiada ujian makmal di klinik yang boleh dapat keputusan penyakit ini serta merta, selalunya kena ambil darah dulu sebelum diuji di makmal, dalam beberapa hari baru dapat keputusan ujian, jadi kesedaran itu kurang,” katanya.
Dr Zamberi berkata, sebenarnya influenza memberi implikasi tinggi dan serius, maka pengambilan vaksin adalah penting sebagai langkah pencegahan.
Katanya, kekurangan pengambilan vaksin influenza kerana masyarakat di negara ini kurang kesedaran terhadap risiko dijangkiti influenza sedangkan penyakit ini memberi kesan serius terhadap mereka yang dijangkiti hingga boleh membawa maut.
“Boleh dikatakan ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung mengenai influenza dan perbezaannya dengan selesema biasa sehingga mengabaikan langkah pencegahan termasuk pengambilan vaksin influenza.
“Bagaimanapun vaksin influenza memberi perlindungan selama satu tahun saja. Oleh kerana virus influenza mudah tersebar, maka pengamal perubatan di klinik kesihatan perlu memberi maklumat tepat kepada masyarakat,” katanya.

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI INFLUENZA A

influenza 2020

Disebabkan virus ini sentiasa menjalani mutasi, kandungan vaksin juga berubah setiap tahun. Oleh itu, kita disyorkan untuk mengambil vaksin ini setiap tahun untuk perlindungan yang optimum. 
influenza 2020

Orang awam boleh mendapat nasihat daripada doktor klinik kerajaan atau swasta.
Selain itu katanya, kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus influenza. Ia termasuk mengelak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.
influeza 2020

Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan mengelakkan memegang bahagian hidung atau mata tanpa membasuh tangan.

influenza 2020


KESAN WABAK INFLUENZA KEPADA INDUSTRI SUKAN DAN REKREASI

Saya juga ingin menulis mengenai kesan kepada industri sukan dan reksreasi di negara Malaysia. Pertama sekali kepada pengiat-pengiat sukan dan rekreasi haruslah berwaspada setiap kali anda melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

Peralatan Sukan
Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi yang anda sertai melibatkan penggunaan peralatan persendirian (alat sendiri) seperti berbasikal, badminton, tenis, hoki, bolasepak dan seumpamanya, pastikan peralatan tersebut sentiasa dibersihkan dengan kain bersih dan banhan pencuci seperti dettol atau seumpamanya.

Sekiranya aktiviti memerlukan peralatan pinjaman atau alat yang memerlukan kita berkongsi dengan orang lain, maka, pastikan anda membawa tuala atau kain bersama untuk bersihkan sebelum dan selepas kita gunakan. Contohnya, seperti menggunakan peralatan gimnasium, kayak dll.

Tempat Bersukan dan Berekreasi
Sekiranya venue untuk acara anda itu di dalam dewan tertutup, maka pastikan anda selalu keluar dewan untuk mendapatkan udara bersih dan lebih nyaman. Kalau boleh kurangkan durasi masa semasa berada di dalam dewan tertutup berbanding dengan dewan terbuka. 

Dan langkah terbaik adalah memakai topeng muka atau mask semasa beriadah di dalam dewan tertutup.

Sekiranya acara diadakan di luar dewan, maka saya cadangkan untuk anda mendapatkan ruang yang lebih privasi. Atau dalam bahasa mudahnya, anda cari ruang-ruang yang jauh daripada orang lain untuk beraktiviti.

Misalnya acara berbasikal, kayuh jauh sikit daripada kawan-kawan lain. Begitu juga dengan mereka yang aktif berlari (jogging).

Sukan Kontek atau Tidak
Anda juga dinasihatkan untuk kurangkan menjalankan aktiviti sukan atau permainan yang melibatkan body contact atau sentuhan badan seperti bolasepak, futsal, hoki, bola jaring dan seumpamanya. Ini bagai mengurangkan risiko untuk anda berjangkit dengan pesakit yang sudah mengalami simtom awal influenza.

Manakala, sukan atau aktiviti-aktiviti yang tidak ada sentuhan seperti badminton, golf dan seumpamanya adalah digalakkan untuk mengekalkan kesihatan melalui sukan dan permainan.

Selain itu, saya juga ingin menasihatkan agar saudara saudari untuk menggurangkan sentuhan diantara satu sama lain sementara wabak influenza ini masih serius.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, kepada rakan-rakan yang aktif bersukan adalah digalakkan untuk memastikan persekitaran kita sentiasa selamat.

Selain itu, pastikan anda membersihkan perlatan-peralatan sukan sebelum dan selepas kita menggunakannya.

Sekiranya anda mempunyai anak kecil khususnya berumur 5 tahun ke bawah, pastikan anda membersihkan diri dan mencuci seluruh badan dengan sabun selepas bersukan. Kemudian, barulah anda boleh memegang anak kecil anda.

Zaihan Zainal,
BSc (Hons), Dip Health & Fitness,
Cyberjaya, 13/01/2020, 5.06pm

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019