blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Gajet Yang Dibawa Semasa Travel

Hari ini saya ingin berkongsi apakah gajet-gajet yang sering saya bawa apabila saya travel dengan sidang pembaca yang saya muliakan.

Selalunya, blog ini saya tulis dengan tulisan-tulisan yang serius dan berilmiah. Hari ini hari Sabtu, maka biarlah tulisan juga lebih santai.
Gajet-gajet wajip yang akan saya bawa bersama setiap kali travel.
Pertama sekali sudah mestilah 2 talifon pintar jenama Samsung model Galaxy Note 10 Plus dan juga Galaxy S9 Plus yang di bawa bersama. Kemudian, kamera Canon G7X (jenis PowerShot) dan juga laptop HP Spectre 2019.


1. Samsung Galaxy Note 10 Plus




Telefon pintar jenis Galaxy Note ini telah saya gunakan sejak daripada model Galaxy Note 2 lagi. Dan setiap tahun ketika Samsung memperkenalkan model Note, saya tidak ketinggalan untuk menaiktaraf ke model terkini.

Galaxy Note 10 Plus dengan S Pen.
Menggunakan Galaxy Note dengan peranti tambahan S-Pen yang disediakan bersama sangat memudahkan kerja-kerja harian saya. Selain daripada menggunakan untuk aplikasi-aplikasi yang ada dalam talifon pintar ini, saya juga menggunakannya untuk menulis nota terus menggunakan S-Pen.


S-Pen memudahkan tugasan seharian saya.
Selain itu, camera pandang depan dan pandang belakang yang ada pada fon pintar ini adalah diantara yang tercanggih sekali sewaktu tulisan ini ditulis. Jadi, ia memudahkan saya untuk mengabadikan kenangan dengan kawan-kawan atau memerlukan untuk mengambil gambar untuk dihantar menerusi email atau pesanan ringkas dengan lebih cepat dan mudah.
Gambar-gambar mudah untuk dihantar menerusi applikasi lain seperti email, mesej pesanan dll.
Lebih menarik video yang diambil menggunakan fon pintar ini sangat cantik sehingga resolusi 4k. Selain itu, ia mempunya sistem penyerapan hentakan yang sangat baik. Jadi, sekiranya saya merakam video aksi samada ketika berlari, naik basikal, membonceng motorsikal mahupun ketika sedang memandu kereta, gambar yang dihasilkan akan menjadi sangat stabil.

Tidak seperti kamera-kamera biasa yang mengalami masalah penghasilan video aksi yang bergoyang-goyang dan sangat memeningkan kepala kalau kita menontonnnya.

Beberapa bulan lalu ketika di sebuah pulau di Napoli, Italy, saya ada merakamkan video menggunakan camera daripada fon ini. Dan anda boleh la menontonnya melalui video yang saya lampirkan di bawah:



2. Samsung Galaxy S9 Plus

Smartfon kedua saya ini pula adalah jenama Samsung Galaxy S9 Plus adalah keluaran tahun 2018. Ketika S10 Plus keluar pada tahun 2019 saya tidak membelinya kerana kekangan masa dan kewangan waktu itu.
Samsung Galaxy S9 Plus
Fon pintar ini pula saya gunakan untuk pelbagai tujuan lain. Selalunya saya menggunakan fon ini untuk kegunaan mesej, calling dan lain-lain tujuan asas talifon. Sungguh pun begitu, saya juga akan menggunakan fon ini untuk tujuan pintar yang lain juga terutama ketika Galaxy Note Plus habis bateri.

Fungsi kamera depan dan belakangnya juga agak canggih dan tidaklah begitu ketinggalan zaman.

Dan untuk menggelakkan penggunaan berlebihan fon utama (Note 10 Plus) saya, fon pintar Galaxy S9 Plus ini juga saya gunakan untuk grup-grup Whatsapp kerja dan lain-lain.



3. Kamera PowerShot Canon G7X


Kamera jenis powershot model G7X ini adalah yang saya gunakan untuk merakam video-video untuk channels youtube saya. Kamera ini sangat mudah dibawa dan automatis sifatnya. Jadi, kamera ini sangat memudahkan untuk orang-orang seperti saya yang tidak mempunyai latarbelakang fotografi. 

Ketik sahaja butang rakaman, terus kamera ini merakamkan video dengan kadar paling mudah dan cantik. Namun begitu, anda juga boleh menggunakan kamera ini dengan cara manual sekiranya anda mempunyai latarbelakang dan ilmu fotografi untuk mendapatkan penghasilan yang lebih baik dan bermutu.

Skrinnya yang boleh di'flip' ke depan memudahkan proses merakam video secara selfie.



Kamera ini dilengkapi dengan kecanggihan zoom lens nya menjangkau 8.8-36 mm (1:1.8-2.8)

Jadi, sekiranya saya ingin merakam gambar dan video yang memerlukan kanta dizoomkan lebih dekat boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Kamera ini menyediakan picu mudah laras untuk memilih fungsi mode jenis fotografi apa kamera.

Memilih fungsi menu dengan memutarkan picu yang disediakan untuk mode apa fotografi apa yang mahu digunakan.
Model ini ada 9 mode fotografi pilihan yang disediakan. Ianya sangat mudah berdasarkan latarbelakang, lokasi, suhu dan pencahayaan. Lebih menarik kamera ini juga boleh merakamkan aksi hyperlapse.


Dan baterinya adalah jenis Li-ion20 dengan kapasiti kuasa1250mAh 4.5Wh. Saya sendiri terpaksa membeli 2 lagi bateri 'after market' sebagai bateri tambahan. Dengan 3 bateri ini biasanya cukup untuk setiap trip trevel saya.


Akan tetapi saya tetap juga membawa charger set yang disediakan untuk memastikan kamera ini sentiasa mempunyai bateri seandainya diperlukan.

Malah ramai vlogger bersetuju bahawa kamera Canon G7X Mark II ini adalah diantara kamera jenis kompak yang paling baik sekali untuk merakam video untuk tujuan video log. Bukan seorang dua, malah hampir semua vlogger di serata dunia bersetuju bahawa G7X Mark II adalah kamera terbaik untuk vlogging.




4. Laptop HP Spectre X360, 2019


Laptop jenama HP menjadi pilihan saya selepas laptop saya sebelum itu jenis Microsoft Surface Pro 4 telah melangkah ke zaman pengakhiran. Saya menggunakan Surface Pro 4 itu hampir 3 tahun lebih. Surface ini dibekalkan sekali dengan stylus sebagaimana Samsung Galaxy Note yang dibekalkan bersama S-Pen nya.


Dan saya benar-benar menggunakan stylus itu untuk menulis dan merekod nota menggunakan apps yang dikenali sebagai Microsoft OneNotes sangat memudahkan kerja saya.

Applikasi  Microsoft OneNotes memudahkan tugasan-tugasan saya ketika menggunakan Microsoft Surface Pro 4.

Kemudian, saya upgred ke laptop baru jenis HP Spectre X360 yang boleh lipat 360 darjah ini untuk menjadi tablet sangat mengujakan apabila mengetaui bahawa applikasi Microsoft OneNotes ini akan membawa sekali data lama daripada laptop lama apabila kita memasukkan Identity dan Password akaun Microsoft yang sama.

jadi, perkara pertama sekali yang saya lakukan selepas menerima laptop baru ini tempohari adalah memastikan segala data dripada Surface Pro 4 dimuat-turun (download) ke laptop baru ini.

Dan alhamdulillah memang ada!!

Video ketika saya membuat nyahkotak tahun lalu.


Selain daripada dilengkapi dengan speaker Bang & Olufsen yang osems, ia turut digenerasikan dengan Intel Core i7 8th Gen yang laju menderau beserta 1.80GHz processor dan 8GB RAM.

Spesifikasi HP Spektre X360, i7
Laptop ini sekiranya skrinnya saya putarkan 360 darjah secara otomatis sistem operasinya mengubah laptop ini kepada tablet pintar dan boleh di 'touch screen'.

Laptop HP Spectre X360 menjadi tablet mudah alih dengan sistem Window Tablet.
Selain itu, laptop ini sangat ringan dan nipis. Mudah dibawa kemana sahaja. Laptop ini tebal sikit sahaja daripada fon pintar Galaxy Note 10 Plus.

HP Spectre X360 tebal sedikit daripada fon pintar Samsung Galaxy Note 10 Plus.
Justeru, setiap kali travel saya akan pastikan 4 gajet ini akan dibawa bersama tanpa jemu dan tanpa terlupa atau tertinggal.

Kalau anda travel, apakah gajet yang anda bawa bersama?

Share lah pulak dengan saya.





No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019