blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Makan Durian Segamat Terus Dari Ladang


Sebut sahaja pasal Segamat sudah tentu para pembaca akan teringat akan 2 perkara iaitu :

1. Jakel Segamat


Untuk makluman para pembaca, syarikat kain dan fabrik terkenal iaitu Jakel bermula di Segamat sejak 1980-an lagi. Ia diusahakan oleh Allahyarham Muhammad Jakel bin Ahmad pada tahun 1983 secara kecil-kecilan di Muar, Johor Darul Takzim.

Kemudian, Allahyarham Muhammad Jakel mula mengorak langkah memperkembangkan perniagaannya di Segamat dengan membawa bersama nama Jakel Trading. Pada 1992 mereka mula menceburi bidang 'supply' kepada tender-tender kerajaan.

Selain daripada menceburi bidang tender kerajaan, Jakel Trading turut tidak mahu ketinggalan dalam industri kain di kalangan rakyat Malaysia. Mereka terus membuka cawangan-cawangan di serata Malaysia.

Menurut rakan-rakan saya yang tinggal di Segamat, semasa musim perayaan harga jualan di Jakel Cawangan Segamat selalunya lebih murah berbanding di cawangan-cawangan lain.

Jadi, rakan-rakan pembaca yang budiman bolehlah membeli jiwa isteri anda dengan membawa mereka ke Jakel Segamat menjelang Aidilfitri tahun ini.


2. Durian Segamat


Selain daripada Jakel Segamat, sudah tentu durian Segamat yang sentiasa menjadi mercu daerah dan kebanggaan orang-orang Segamat.

Dari sudut geografinya yang terdapat banyak bukit dan mempunyai tanah yang subur untuk tujuan penanaman pelbagai tanaman. Apatahlagi untuk menanam pelbagai spesis durian.

Diantara spesis durian yang menaikkan nama Segamat adalah Durian Musang King, Durian D169 dan tahun lepas sahaja seorang pemilik ladang dari Kampung Tengah, Segamat dikenali sebagai Mad Zin Abdullah telah memenangi anugerah DURIAN UNGGUL (Excellent Durian) dalam satu pertandingan yang diadakan di Segamat.


Pertandingan yang dianjurakan saban tahun oleh Jabatan Pertanian Daerah Segamat itu telah diadakan pada 28 Jun 2019 dan telah menobatkan Pak Mad sebagai Juara dan Naib Juara pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan tersebut Pak Mad telah menyertainya dengan 2 produk atau spesis baru durian yang telah dicampurkan. Ketiaka pertandingan tersebut, spesis ini masih belum mendapat kelulusan pendaftaran durian.

Pak Mad mengetengahkan 2 spesis baru durian ciptaannya yang dikenali sebagai P089 dan P088 yang merangkul tempat pertama dan kedua. 

Durian spesis baru dikenali sebagai P089 dan P088 milik Pak Mad Zin daripada Kampung Tengah, Segamat menang tempat pertama dan kedua di Pertandingan Durian Unggul 2019.
Turut dicatatkan bahawa kedua-dua durian yang Pak Mad cuba ketengahkan ini mempunyai ciri-ciri menarik dan rasa lebih sedap daripada peserta-peserta lain serta teksturnya yang lembut seakan-akan Musang King.


Pengalaman Makan Durian Segamat Terus Dari Ladang

Pada 22/01/2020, saya telah ke Kampung Tengah, Segamat untuk mengiringi YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijemput untuk menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.

YB Pn Hjh Zuraida Kamaruddin ketika memberikan ucapan Perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kg Tengah, Segamat, Johor Darul Takzim.
Sebelum majlis bermula, petang itu saya, YB Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Yang DiPetua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat dibawa ke sebuah ladang berdekatan dengan Loji Air Kampung Tengah, Segamat untuk makan durian Segamat.

Kami dihidangkan khas di ladang tersebut oleh ADUN Pemanis iaitu YB Dr Chong Fat Full yang menjadi tuan rumah program itu.

Perjalanan mengambil masa hanya 5-7 minit daripada jalan utama Kg Tengah, Segamat. Ladang yang berkeluasan 10 Ekar itu menempatkan kira-kira lebih 500 pokok durian pelbagai spesis. Dan majoritinya adalah Musang King.


Durian-durian ini dieksport ke Singapura dan untuk dijual di pasaran tempatan. 

Dan yang menarik adalah diseluruh ladang ini disediakan jaring di bawah pokok durian untuk memastikan setiap durian yang luruh tidak rosak. Ini sekaligus memastikan setiap durian berada di lingkungan kualiti yang terbaik.

Jaring-jaring dipasang di bawah pokok durian untuk memastikan setiap buah durian yang gugur berkualiti.
Setibanya dia ladang tersebut beberapa buah durian Segamat sudah siap untuk dijamu kami. Ada 3 spesis iaitu Musang King, D169 dan D7.



Memang sangat berbeza bila makan durian terus dari ladang. Rasanya sangat segar dan lebih sedap. Selain daripada ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dan bau daun-daun pepokok yang ada disekitar ladang, sikap peramah pemilik ladang membuatkan kami lebih tekun dalam menikmati setiap ulas buah durian ini.

Sejurus menikmati durian ini kami pun terus ke lokasi majlis diadakan yang tidak jauh daripada ladang ini.

Majlis malam itu dibuat dengan sangat meriah sekali siap dengan mercun dan bunga api yang dimainkan tanpa henti menghiasi lelangit tempat majlis diadakan.


Majlis yang berakhir kira-kira jam 9.30 malam itu ditutup dengan kami mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.


Akhir kata, seandainya anda berkesempatan ke Segamat pastikan anda rasa durian Segamat ini. Dan seandainya ada diantara rakan-rakan anda yang mempelawa untuk terus ke ladang-ladang durian yang ada di Segamat ini, pastikan anda tidak menolaknya.

Kerana sampai hari ini rasa durian Segamat terutama D169 masih terlekat di tekak saya!!



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019