blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Selamat Tahun Baharu Cina 2020

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua teman-teman berbangsa Tiong Hua yang menambutnya. 

Kepada teman-teman bukan berbangsa Tiong Hua pula saya mengucapkan selamat bercuti. Semoga kalian pergi dan pulang dalam keadaan paling selamat. Semoga perjalanan anda semua dipelihara Allah SWT. 



Saudara/i yang budiman, saya merasakan sambutan Tahun Baru Cina 2020 ini agak menarik lantaran mengikut kalendar kaum Cina tahun ini adalah Tahun TIKUS

Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).


1. Yin / Yang : YANG
2. Unsur Tetap : Air
3. Sifat Positif : Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkharisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul dan pintar.
4. Sifat Negatif: manipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita tinggi, tidak berhati perut dan tidak bertoleransi serta licik.

Oleh sebab itu, saya berharap sempena tahun tikus ini kita dapat mengambil iktibar daripada sifat-sifat tikus terutama yang positif sebagaimana yang saya tulis di atas tadi.

Selamat tahun baru Cina 2020.

ikhlas,

Zaihan Zainal
Cyberjaya, 25/01/2020

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019