blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

7 Tips Keluarkan Batu Karang

Saya pernah menghidap penyakit Batu Karang 4 tahun lepas. Pengalaman sakitnya tidak terkata kerana sakitnya di perut dan pinggang. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya.

Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan batu karang?


Secara umumnya, batu karang merujuk kepada batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing.
Dari segi perubatan, terdapat pelbagai jenis batu karang dimana setiap satunya berbeza mengikut simptom dan bahagian tubuh badan yang mengalami kesakitan. Jika batu karang tersebut berada di dalam buah pinggang, ia dikenali “nephrolithiasis” dan jika ia di dalam ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dikenali sebagai “ureterolithiasis”.
Bagaimanapun, secara umum ia dikenali sebagai “urolithiasis”, iaitu batu di dalam saluran kencing. Selain mengakibatkan rasa sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
Lebih teruk lagi, batu karang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada berlakunya nanah di dalam buah pinggang. Ini mengakibatkan pembentukan bisul di dalam organ berkenaan. Akibatnya, jika kuman merebak ke seluruh sistem tubuh badan tanpa sempat dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.
Mari kita lihat dengan lebih lanjut berkaitan penyakit ini.
Punca Penyakit Batu Karang

Kurang Air

Kurangnya pengambilan air adalah antara punca berlakunya penyakit batu karang. Apabila kita kurang minum air, penghasilan air kencing juga turut berkurangan dan ini menyebabkan air kencing menjadi semakin pekat. Malahan, air kencing juga akan dipenuhi kalsium, oxalate dan asid urik yang menyebabkan pembentukan batu karang.

Garam

Garam masakan mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Unsur natrium di dalam garam akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing, lantas menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang.

Lemak Omega 6

Makanan yang tinggi dengan bahan Omega 6, seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh mendorong kepada pembentukan batu karang. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa lemak jenis ini boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing dimana keadaan ini membolehkan berlakunya pembentukan batu karang.

Vitamin C

Vitamin C yang diambil untuk tujuan kesihatan akan diuraikan di dalam tubuh badan. Akan tetapi, selain manfaat kesihatan,terdapat juga kesan sampingan. Ini adalah kerana Vitamin C mempunyai kompaun oxalate dimana secara lazimnya, oxalate akan disingkirkan menerusi air kencing. Apabila kandungan oxalate tinggi di dalam air kencing, ia boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.

Penyakit Metabolik

Penyakit metabolik boleh menyebabkan peningkatan kalsium yang tinggi di dalam badan dan menyebabkan simptom “hypercalciuria”. Hypercalciuria merujuk kepada kadar kandungan kalsium yang tinggi di dalam air kencing dan ia adalah salah satu penyebab berlakunya pembentukan batu karang.
Peningkatan kalsium di dalam badan boleh disebabkan pelbagai faktor. Antaranya termasuklah pengambilan makanan tambahan yang mengandungi unsur kalsium pada kadar berlebihan. Ia juga mungkin disebabkan penyerapan kalsium dari tulang ke dalam darah pada kadar yang tinggi.
Dengan kata lain, batu karang boleh terbentuk apabila wujudnya unsur kalsium dan oxalate dalam kuantiti yang banyak di dalam air kencing. Masalah kesihatan ini boleh dielakkan jika kandungan citrate wujud dalam kuantiti yang tinggi di dalam air kencing.

Tanda-Tanda Batu Karang

Antara tanda lazim terjadinya batu karang ialah sakit belakang, kencing kotor, sakit ketika buang air kecil dan kencing berdarah.
Semua simptom batu karang, terutama pada tahap serius, dapat dirasai pesakit.

Bagaimana saya menangani masalah tersebut?

Saya menggunapakai tips yang diberikan oleh seorang saudara saya iaitu Azlan Sharif yang saya temui ketika mengalami masalah penyakit ini.

Tipsnya adalah seperti berikut:

1. Minum air putih 2 botol besar setiap hari.

2. Mengambil epal hijau 5 biji sehari selama 6 hari. Epal hijau dikatakan mampu melembutkan batu karang. Epal hijau ini boleh dimakan atau dibuat jus.

Apple hijau dikenali sebagai buah-buahan yang tergolong sebagai media antioksidan atau buahan yang mampu mengelakkan pertumbuhan tumor barah atau 'cancer'. Apple hijau juga dikenali sebagai buah-buahan yang mampu membantu mengurangkan berat badan kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien.

Serat larut yang ada dalam epal juga mampu mengikat lemak yang ada dalam usus, seterusnya mengelak penyerapan kolesterol yang tinggi ke dalam tubuh.

Apabila kandungan kolesterol menurun dalam tubuh, secara tidak langsung dapat mengelak pembentukan batu hempedu. Batu hempedu terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam pundi hempedu dan ia bertukar menjadi pepejal.

Justeru, apple hijau dijangka dapat melembutkan batu karang ini.

3. Pada hari ke 6, sila makan malam sebelum pukul 6 petang.

4. Kemudian, pada hari ke enam selepas menghabiskan 5 biji epal dan makan malam, pada jam 6.00 petang, ambil 1 sudu garam epsom dicampurkan dengan setengah gelas air suam. (Garam epsom dikatakan dapat memecahkan batu karang).

5. Pengambilan garam epsom sekali lagi pada jam 8 malam. 


Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.

Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa jenis penyakit. Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat yang terkandung di dalam garam epsom, kedua-dua mineral ini mudah diserap ke dalam kulit.

Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan. 
Apabila magnesium tinggi ia mampu memecahkan gumpulan batuan karang di dalam bahagian perut.

6. Pada jam 10.00 malam, ambil pula suku cawan minyak zaitun diperahkan dengan limau atau lemon. (Minyak zaitun menjadi pelincir untuk membawa sekali batu karang yang pecah melalui saluran kencing).


7. Kemudian, berehat dan tidur awal.

Berdasarkan pengalaman saya, masa bangun pagi dan kencing pertama terus batu karang terkeluar melalui saluran kencing bersama-sama air kencing yang pertama pagi itu.

Sewaktu, batu itu mengalir terasa semacam panas dan hangat dari dalam pundi kencing, mungkin kerana ia dialirkan bersama minyak zaitun yang diambil pada malam sebelumnya.

Kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah batu karang ini, bolehlah cuba. Insya Allah dengan izinnya ia mampu keluar dengan cara ini.

Jangan lupa untuk share!!


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019