blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Jualan Gudang Karangkraf RM3 Satu Buku


3/02/2020, Isnin, Jualan Gudang Karangkraf sedang berlangsung sekarang (bermula 31 Januari 2020 sehingga 9 Februari 2020). Maknanya, ada 7 hari lagi jualan ini akan berlangsung.

Semalam, saya menghadiri 1 majlis resepsi perkahwinan anakanda sahabat saya iaitu Sdr Azmi Md Jusoh yang merupakan Pegawai Khas YB Muhammad Sabu. Majlis berlangsung di sebuah dewan di Klang, Selangor.



Sejurus majlis di Klang, kami terus ke Shah Alam kerana saya ada 1 temujanji dengan seorang rakan niaga di sebuah kafe di Seksyen 9, Shah Alam. Kemudian, ketika dalam perjalan pulang ke Seri Kembangan, kami melalui Ibu Pejabat Karangkraf, iaitu syarikat pengeluar buku, majalah dan akhbar Sinar Harian di Seksyen 15 Shah Alam.

Terlihat banner Jualan Gudang menjadikan kami terus singgah ke sini. Kali terakhir saya datang sini adalah kira-kira 2 tahun lebih dahulu untuk menghadiri sesi temubual dengan wartawan Sinar Harian.


Keratan akhbar Sinar Harian, Slot Sorot m/s 14, Tarikh: 7/10/2017
Temubual tersebut adalah berkaitan dengan adegan pemakaian tengkolok atau tanjak sepanjang 30 hari dalam bulan Ogos 2017. Ketika itu saya menyahut seruan seorang rakan saya yang mencabar saya untuk memakai tengkolok 30 hari sepanjang bulan kemerdekaan tahun 2017. 

Ia bertujuan untuk mengajak rakan-rakan agar segera mengingat kembali erti perjuangan dalam kemerdekaan. Disamping itu, saya memuatnaik video harian (vlog) di channel youtube saya sepanjang 30 hari kempen tersebut.

Video : Pemakaian tengkolok selama 30 hari dalam bulan kemerdekaan 2017.


Berbalik kepada Jualan Gudang Karangkraf yang sedang berlangsung sekarang. Untuk makluman para pembaca saya seorang yang sangat teruja dengan buku. Apatahlagi jualan gudang buku dan bahan bacaan lain.

Pelbagai buku dijual dengan harga yang sangat tidak masuk akal. Bagi buku-buku yang agak lama ia dijual pada harga semurah 3 buku RM10. 

Selain daripada buku-buku berbentuk novel, buku-buku motivasi dan buku-buku keagamaan keluaran Karangkraf, banyak juga buku-buku latihan untuk anak-anak daripada peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah.



Isteri-isteri saya tidak melepaskan peluang untuk turut membeli belah buku-buku novel dan berbentuk keagaan untuk bacaan mereka sendiri disamping turut berbelanja membeli buku-buku latihan untuk anak-anak.


Paling gembira budak ini, ke hulu dan hilir membawa buku mewarna yang dia pilih. Ya, selain daripada buku-buku bacaan serius, terdapat juga buku-buku untuk kanak-kanak kecil seperti buku mewarna, kamus bergambar dan seumpamanya.





Selain itu, di dalam kawasan membeli belah Jualan Gudang ini juga disediakan ruang untuk kanak-kanak menyertai pelbagai pertandingan acara setiap hari.

Sudut acara di Jualan Gudang Karangkraf
Jadi, anak-anak yang sudah bersekolah (7 tahun ke atas) tidak begitu bosan kerana selain daripada mereka boleh memilih buku-buku sendiri, mereka juga boleh menyertai pelbagai acara secara percuma tanpa syarat.

Tujuan asal untuk berhenti tengok-tengok telah menjadi hentian selam 2 jam dan 2 bakul penuh buku.


Selepas membuat pilihan pelbagai buku, kami pun bersedia untuk keluar dan ke kaunter untuk bayaran.


Bayaran boleh dibuat dengan bayaran tunai ataupun menggunakan kad kredit dan kad debit. Pastikan ambil resit selepas membuat pembayaran. Anda boleh menggunakan resit ini untuk tujuan diskaun pada cukai LHDN yang perlu anda bayar hujung tahun ini.


Anda juga tidak perlu risau haus atau lapar kerana selain daripada kafe sedia ada, anda juga boleh membeli makanan dan minuman di booth-booth makanan dan minuman di luar dewan jualan buku.

Kepada rakan-rakan yang belum lagi ke sini, anda bolehlah menyusun jadual hujung minggu ini untuk datang kerana Sabtu dan Ahad akan datang ini adalah hari-hari terakhir Jualan Gudang.



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019