blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Liridon Projek Naturalisasi Kedua

Program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila Liridon Krasniqi, pemain tengah berasal dari Kosovo, 3 hari lalu secara rasminya telah pun menjadi warganegara Malaysia.

Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.


Saya sendiri berpengalaman bekerja di bawah Datuk Hj Hamidin Md Amin semasa bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) banyak tahun dahulu. Semasa itu,beliau merupakan Setiausaha Agung FAS. Mengulas tentang komitmen beliau dalam sukan ini memang tiada siapa dapat lawan.

Beliau turut menjadi rujukan dan contoh buat saya dalam melaksanakan kerja sehingga hari ini. Tahukah anda Datuk Hj Hamidin Md Amin semasa menjadi Setiausaha Agung FAS, beliau datang ke pejabat sebelum jam 7.00 pagi setiap hari.

Dan beliau jugalah yang membuka pintu pejabat setiap hari bekerja?

Ketika itu, Kak Sal, Pembantu Am Pejabat pun tiba di pejabat FAS jam 7.30 pagi.

Dan satu tabiat beliau yang membuatkan saya begitu menghormatinya ialah beliau sentiasa menyiapkan segala tugasan yang diberikan kepadanya sejurus mendapat arahan. Sebagai contoh seandainya FAS diminta untuk menganjurkan 1 acara pada Februari 2021, maka sejurus mendapat tugasan beliau akan menyiapkannya hari ini.

PROGRAM NATURALISASI
Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah kalau saya memberikan definasi apakah yang dinamankan sebagai 'naturalisasi'?

"Naturalisasi atau Penaturalisasian adalah pemerolehan kewarganegaraan oleh seseorang yang bukan seorang warganegara negara itu."

Manakala dalam sukan bolasepak pula, FIFA (badan berotoriti sukan bolasepak peringkat dunia) menetapkan seseorang pemain yang mahu dinaturalisasikan oleh sesebuah negara mestilah memenuhi 4 syarat dalam Perkara Ke 7 (Acquisition of a new nationality).

(A) FIFA Eligibility Rules: Regulations Governing the Application of the Statutes
Perkara ke 7 – Acquisition of a new nationality , ada 4 syarat utama yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang pemain bola sepak yang mahu mewakili skuad kebangsaan.
  1. Dilahirkan dalam kawasan dibawah gabungan persatuan bola sepak negara berkaitan.
  2. Ibu atau bapa kandung pemain itu dilahirkan dalam kawasan dibawah gabungan persatuan bola sepak negara berkaitan.
  3. Nenek atau datuk pemain itu dilahirkan dalam kawasan dibawah gabungan persatuan bola sepak negara berkaitan.
  4. Pemain tersebut telah tinggal selama 5 tahun berturut-turut dalam kawasan dibawah gabungan persatuan bola sepak negara berkaitan selepas berumur 18 tahun.
Berdasarkan Perkara ke 7 itu, inisiatif ini mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat-jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019.


Namunbegitu, program nasturalisasi ini tidak akan berlaku sekiranya pihak kerajaan tidak mahu mempertimbangkannya. Justeru, penglibatan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresyen juga harus dipuji dalam membantu para pemain-pemain ini diberikan kerakyatan setelah meneliti permohonan selayaknya.

Dan Liridon telah sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, beberapa hari lepas.


Dengan memperoleh MyKad dan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 kini selangkah sahaja lagi untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan kebangsaan.

Saya sendiri berpandangan bahawa program naturalisasi seperti ini sebenarnya memang boleh membantu meningkatkan mutu permainan pasukan kebangsaan. Akan tetapi, pemilihan pemain itu mestilah dipilih dikalangan pemain-pemain yang berbakat melebihi pemain-pemain tempatan sedia ada.

Jumaat, 7/02/2020
Cyberjaya

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019