Mee Bandung Muar Paling Sedap
Kalau bertandang ke daerah Muar sudah tentu tidak lengkap kehadiran anda jika tidak menikmati Mee Bandung Muar.
Persoalannya, Mee Bandung Muar yang mana yang paling power bro?
Sekiranya anda bertanya kepada saya yang sangat cerewet dalam soal makan dan minum, sudah tentu saya akan memberikan cadangan yang paling padu sekali.
![]() |
Nama Sekarang Mee Bandung Fuad |
Berdasarkan lawatan dan percubaan saya di beberapa puluh kedai dan restoran Mee Bandung Muar yang terdapat di daerah Muar ini, maka saya nobatkan Mee Bandung Fuad, Parit Bulat sebagai pemenang.
![]() |
Mee Bandung Kamisah, Parit Bulat (Nama Asal Restoran) |
Restoran ini yang dahulu dikenali sebagai Restoran Mee Bandung Kamisah dan juga dikenali lama sebagai Restoran Mee Bandung Manisah. Nama asal Manisah ini diambil daripada nama asal pengasas resipi Mee Bandung Muar iaitu ayahanda kepada pemilik sekarang iaitu En Fuad bin Rahman.
En Fuad pernah memberitahu saya bahawa restoran ini mula beroperasi pada tahun 1968 yang usahakan oleh ayahanda dan bondanya. Kini, ia diusahakan sepenuhnya oleh En Fuad.
Dan tidak keterlaluan jika saya tulis bahawa resipi asal Mee Bandung Muar ini berasal daripada resipi yang dibuat oleh ayahanda En Farid yang berasal daripada Parit Bulat ini (boleh rujuk video di bawah).
En Fuad pernah memberitahu saya bahawa restoran ini mula beroperasi pada tahun 1968 yang usahakan oleh ayahanda dan bondanya. Kini, ia diusahakan sepenuhnya oleh En Fuad.
Dan tidak keterlaluan jika saya tulis bahawa resipi asal Mee Bandung Muar ini berasal daripada resipi yang dibuat oleh ayahanda En Farid yang berasal daripada Parit Bulat ini (boleh rujuk video di bawah).
Ayahnya bernama Hj Rahman dan juga ibunya bernama Kamisah. Maka, nama gabungan Hj Man + Kamisah jadi Mee Bandung Manisah. Atau untuk memudahkan ada juga yang menyebutnya Mee Bandung Parit Bulat berdasarkan lokasinya betul-betul di tepi jalan besar Muar-Batu Pahat yang terletak di Kg Parit Bulat.
Kiranya perjalanan 15 minit daripada Bandar Maharani atau Muar. Manakala, ia mengambil masa diantara 2.30 jam ke 3 jam dari Plaza Tol Plus Sg Besi, Kuala Lumpur.
Waze sahaja Mee Bandung Kamisah, klik dan tuju ke sana.
Menu utama di sini adalah Mee Bandung Udang Galah dengan udang galah yang besar-besar serta segar dari laut yang tidak begitu jauh daripada restoran.
Manakala, Mee Bandung original juga tidak mengecewakan kerana dengan kuahnya yang dimasak setiap kali pesanan. Kuahnya yang sangat pekat menjadikan saya begitu suka untuk makan mee bandung di sini.
![]() |
Mee Bandung Biasa |
![]() |
Mee Bandung Udang Galah |
Dan tidak dilupa juga menu Mee Bandung Sotong dengan seekor sotong gergasi juga tidak mengecewakan dengan rasanya yang tidak lari. Namun, 2 kali di waktu berbeza saya makan di sini sotongnya dimasak tidak ranum mengakibatkan sotong sangat pejal dan tidak lembut.
![]() |
Mee Bandung Sotong |
Walaupun, saya meminati apa sahaja masakan sotong, namun kali ini saya mengalah. Dan saya tidak mengesyorkan rakan-rakan pembaca membuat pesanan Mee Bandung Sotong di restoran ini sekiranya tidak mahu gigi anda patah atau takut tertelah gigi palsu bersama sotong tersebut.
Saya tidak pasti mengapa sotong ini dimasak tidak ranum dan liat. Mungkin tukang masak atau chef mahukan kesegaran sotong itu. Sebab itu ianya tidak dimasak sehingga benar-benar lembut.
Selain daripada itu, saya tidak ada kritik dan sentiasa mengesyorkan mana-mana rakan yang ingin datang dan merasai mee bandung Muar yang sedap bolehlah datang ke sini.
Ikuti video saya dan keluarga menikmati Mee Bandung Parit Bulat ini.
Ikuti video saya dan keluarga menikmati Mee Bandung Parit Bulat ini.
Post a Comment