blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Syarikat Perniagaan Di Malaysia Kurang Menaja Sukan


Pada 30 Januari 2020 yang lalu berlangsung satu acara yang sangat penting dalam perkembangan sukan negara apabila adik Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 16 tahun diangkat sebagai Ikon Pelajar BSN.


Pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gunong Rapat, Ipoh, Perak ini terkenal dengan jolokan "Usain Bolt Malaysia". Beliau memberi keyakinan untuk mendapatkan bentuk fizikal yang mampu untuk memberi saingan kepada peserta lain dalam masa empat tahun lagi.

Remaja terpantas di dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan sasaran untuk menyertai temasya Olimpik Musim Panas 2024 yang akan diadakan di Paris, Perancis.

"Untuk tahun ini saya akan menyertai kira-kira lima atau enam kejohanan peringkat antarabangsa selain beberapa kejohanan peringkat tempatan. Sasaran saya adalah memecahkan rekod peribadi acara 100 meter(m) iaitu 10.57 saat(s) dan 200m 21.15s sebelum ini,"

Muhammad Azeem digelar remaja terpantas di dunia selepas mencatat 10.57s dalam acara 100m semasa Kejohanan Olahraga Terbuka BJSS-Innotex November lalu, selain menggegar trek 200m dengan masa 21.15s dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) di Khon Kaen, Thailand, Ogos 2020 yang lepas.

Mengenai pemilihan sebagai Ikon Pelajar BSN yang pertama, Muhammad Azeem berkata ia akan menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya dalam bidang akademik dan sukan.


Pada tahun 2013, kita juga mengetahui Sime Darby melalui Yayasan Sime Darby pernah menaja 2 orang atlet individu iaitu Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara dan Fatehah Mustapa, atlet gimrama negara dengan nilai tajaan sebanyak RM2.85 Juta.

Usaha untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat konglomerat di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan hal sebegini berlaku. Diantaranya adalah dasar kerajaan itu sendiri.

Diharapkan kerajaan hari ini akan lebih peka dengan urusan penajaan seperti ini demi untuk meningkatkan kualiti dan prestasi atlet di masa akan datang.

Dasar kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada syarikat-syarikat yang menaja sukan seperti potongan cukai dan sebagainya mestilah dibuat tanpa sebarang urusan yang birokrasi.

Selain itu, pihak syarikat-syarikat perniagaan juga wajar mengambil kesempatan untuk menaja sukan untuk mendapatkan diskaun kepada pembayaran cukai perniagaan.

Sebagai contoh, sekiranya syarikat A harus membayar cukai sebanyak RM5 juta setahun kepada pihak kerajaan. Maka, mereka perlu membayar RM5 juta kepada pihak kerajaan sahaja.

Tetapi sekiranya syarikat A menaja sejumlah RM2.5 juta kepada sukan, maka baki RM2.5 juta syarikat tetap kena bayar kepada pihak kerajaan. Dan jumlah keseluruhan tetap kena keluar RM5 juta.

Akan tetapi, syarikat A mendapat 'highlight' daripada pihak media apabila mereka memberikan tajaan kepada sukan.

Justeru, secara otomatis ia mendapat iklan secara percuma khususnya di kalangan peminat sesebuah sukan yang ditaja.

Jadi, saya berharap agar lebih banyak lagi syarikat-syarikat perniagaan di Malaysia akan memberikan sokongan kepada penajaan sukan.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019