blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PM Kerajaan Perikatan Netizen

Salam sejahtera. Hari ini merupakan hari ke 6 Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dikenakan bermula hari Rabu minggu lepas. Pengumuman PKP dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia untuk menghentikan penyebaran coronavirus COVID19 di Malaysia.



Memandangkan menularan wabak COVID19 begitu pantas khususnya selepas terdedah di kalangan lebih 10,000 orang peserta himpunan tabligh di Mesjid Sri Petaling hujung bulan Februari 2020 serta golongan lain yang berisiko tinggi.

Pihak kempimpinan negara membuat keputusan untuk menghentikan wabak COVID19 ini melalui cara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Tiada jalan lain selain daripada menghadkan kontak diantara satu individu dengan individu yang lain. Bagi saya, tindakan ini tidaklah terlambat. Dan masa ini memang masa yang amat sesuai untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Justeru, selepas beberapa hari rakyat Malaysia yang pada awalnya masih ramai yang tidak mengambil berat tentang langkah PKP ini. Ini menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan anggota tentera untuk membantu pihak penguatkuasa iaitu PDRM untuk melaksanakan langkah PKP mulai 22/02/2020 iaitu semalam.


Dan hari ini 1 pengumuman yang amat penting yang diumumkan oleh YAB PM untuk membantu pelbagai golongan rakyat Malaysia. Saya mendengar dengan teliti pengumuman terkini oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin tengahari tadi.



Pengumuman yang dibuat oleh YAB PM beliau lontarkan hari ini seolah-olah beliau mendengar keluhan netizen-netizen di alam maya khususnya dari media sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Saya turut mencatitikan bahawa terdapat 5 inisiatif penting untuk membantu semua rakyat yang terganggu akibat bencana COVID19 ini.

Dan berikut aku mencatitkan segala intipati ucapan PM pada 23/02/2020:

1. Ini termasuk pengeluaran caruman KWSP sebanyak maksimum RM500 sebulan selama setahun bermula 1/04/2020. Ya benar KWSP adalah simpanan hari tua golongan pekerja khususnya pekerja swasta. Jadi, apakah relevannya pihak kerajaan memberikan kelonggaran tersebut?


Bagi aku, kerajaan turut memahami bahawa golongan terbanyak yang menghadapi masalah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan adalah mereka yang bekerja di sektor swasta.

Justeru, pihak kerajaan memberikan kelonggaran tersebut adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada mereka daripada kalangan pekerja swasta. Dan cadangan ini tidak wajib untuk semua rakyat. Sebaliknya, ia khusus bagi mereka yang memerlukan.

Sekiranya, rakyat Malaysia yang bekerja swasta mempunyai sumber yang cukup untuk menyara keluarga tidak perlulah mengambil inisiatif ini.

Dan bagi mereka yang benar-benar mengalami masalah kewangan bolehlah mengambil kesempatan melalui permohonan daripada laman web rasmi KWSP.

 klik gambar untuk ke website rasmi KWSP


2. Selain itu, TSMY juga mengumumkan bahawa caruman KWSP daripada pekerja akan dikurangkan 4% mulai April 2020. Justeru, saya sangat percaya bahawa keputusan ini dibuat untuk membantu golongan pekerja supaya tunai dalam akaun mereka dapat ditingkatkan.

Lantaran itu,  YAB PM turut mengingatkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja swasta agar menggunakan sumber kewangan untuk dibelanjakan membeli keperluan dan makanan untuk keluarga di rumah.

3. Peruntukan sebanyak RM500,000,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan pelbagai tugasan untuk mengatasi COVID19. Bajet ini termasuk kos mengimport 'face mask' daripada China sebanyak 10 Juta unit untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. 

Selain itu, kos RM500 Juta tersebut akan disalurkan untuk membeli pelbagai keperluan untuk digunakan oleh hospital-hospital kerajaan dan kementerian demi menghadapi masalah COVID19 ini.

4. Peruntukan sebanyak RM130,000,000 juga akan disalurkan ke negeri-negeri yang menghadapi natijah daripada krisis COVOD19. Dan bajet tersebut diumumkan YAB PM khusus buat penjaja, peniaga kecil yang terjejas, pesakit COVID19, keluarga yg terjejas serta petugas-petugas di peringkat negeri.

Namun, YAB PM tidak menyebut bagaimanakah cara pengagihan bajet RM130 Juta itu. Akan tetapi, saya percaya mekanisme pembahagian kepada golongan yang terjejas ini mengikut kebijaksanaan kerajaan-kerajaan negeri yang terbabit.

Jadi, sekiranya terdapat kata-kata yang kononnya golongan peniaga kecil, penjaja tidak terbela nyata meleset sekali.

Justeru, saya berharap agar pihak kerajaan-kerajaan negeri yang akan menerima sumbangan kerajaan pusat untuk tujuan ini benar-benar memainkan peranan memastikan golongan sasaran menerima nikmat ini.

5. YAB PM turut mengumumkan bahawa bayaran balik pinjaman PTPTN akan ditanggungkan daripada 3 bulan yang diumumkan sebelum ini kepada 6 bulan akan datang. 

Jadi, peminjam-peminjam PTPTN hanya akan membuat bayaran semula pada 30/09/2020.

Selain itu, saya juga mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat menebal dan tidak sabar rasanya untuk melihat Pekej Rangsangan Ekonomi yang akan diumumkan pada 30/03/2020 untuk rakyat Malaysia umumnya.

Akhir kalam, saya setuju untuk mengatakan bahawa PM telah mendengar keluhan rakyat khususnya para netizen di media sosial Malaysia. Ini kerana hampir semua inisiatif ini betul-betul sebagaimana apa yang dibisingkan di media sosial beberapa hari sebelum ini.

Dan gelaran sebenar untuk beliau adalah PM Pakatan Netizen Malaysia!!

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019