blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Zoom Cloud Meeting : Cara Meeting Secara Online Sehingga 100 Orang

Hari ini merupakan hari ke 9 berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 sudah terasa terlalu lama. Sudah pasti ramai rakan-rakan sudah mulai runsing dan rasa bingung tidak tentu pasal sebab terlalu lama duduk di rumah.

Hari-hari sebelum ini, kita keluar rumah untuk melaksanakan kerja-kerja hakiki, hujung minggu berekreasi atau berjalan-jalan atau pulang ke kampung halaman. Selalunya, mungkin sekali sekala sahaja kita akan benar-benar tinggal di rumah untuk berehat bersama keluarga.

Akan tetapi arahan PKP ini memaksa setiap rakyat Malaysia untuk tidak keluar daripada rumah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang menjadi pendemik seluruh dunia.

Justeru, dengan teknologi masa kini sudah tentu kita masih boleh melakukan pelbagai tugasan serius mahupun bersosial secara virtual. 

Dan hari ini saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari bagaimana kita boleh berkomunikasi secara virtual daripada rumah masing-masing melibatkan sehingga 99 orang dalam satu-satu masa.

Ketika ini, video call melalui aplikasi 'chatting apps' seperti whatsapp hanya boleh memuatkan maksimum 4 orang sahaja, atau melalui applikasi Hangout yang boleh memuatkan maksimum 10 orang (akaun percuma) atau 25 orang (akaun VIP-bayaran tambahan) dalam satu-satu masa.

Applikasi Whatsapps hanya boleh memuatkan sehingga 4 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Applikasi Hangout hanya boleh memuatkan maksimum 10 orang untuk akaun biasa (percuma) atau maksimum 25 orang untuk akaun berbayar.

Namun, applikasi terbaru iaitu ZOOM Cloud Meeting mampu mengumpulkan 99 orang untuk bersama dalam 1 ruang maya secara 'live telecast' atau 'live meeting'.

Yang penting anda mempunyai:

1. Telefon pintar samada Iphone atau Fon Android
2. Akses kepada internet (pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai internet yang baik supaya tidak terganggu semasa perbincangan secara 'live telecast').
3. Install aplikasi ZOOM Cloud Meeting daripada Apple Store untuk Iphone atau Google Play Store untuk fon Android.

Berikut saya ada menulis tutorial bergambar tentang bagaimanakah cara untuk menyertai mana-mana mesyuarat atau perbincangan secara virtual dengan menggunakan applikasi ZOOM Cloud Meeting adalah seperti langkah-langkah berikut:

1. Sila ke Google Play Store (untuk Android) atau ke Apple Store (untuk Iphone)


2. Selepas masuk ke Google Play Store atau Apple Store sila tulis Zoom Cloud Meeting

 

3. Klik butang INSTALL




4. Tunggu sehingga INSTALLATION 100%


5. Klik butang OPEN


6. Klik butang SIGN IN



7. Klik butang GOOGLE atau FACEBOOK



8. Pilih akaun Google atau akaun FACEBOOK yang pernah anda masukkan dalam fon anda sebelum ini.


9. Tunggu beberapa saat untuk applikasi ZOOM mengakses sistem fon anda untuk disambungkan kepada sistem komunikasi applikasi ZOOM Cloud Meeting.


10. Klik butang Join untuk menyertai mana-mana meeting yang telah disediakan host anda.


11. Pastikan anda mendapatkan No ID dan juga Password daripada HOST Meeting anda (iaitu bos atau kawan anda yang menjadi host).


12. Masukkan NO ID yang diminta dan klik butang Join Meeting


13. Kemudian, masukkan pula Password yang diberikan oleh Host anda tadi.


14. Klik Got It (untuk pengguna kali pertama)


15. Klik butang Join with Video


16. Klik Allow untuk take picture and record video dan Allow untuk record audio.

 

17. TAHNIAH!! kerana anda telah pun menyertai mesyuarat secara virtual!!

Ini adalah paparan dalam Laptop atau Ipad atau tablet. 
Sekiranya anda menggunakan Ipad atau Tablet Android, ia boleh menggabungkan 10 orang untuk setiap halaman atau 'page'. Jadi, anda perlu 'slide' page ke kanan atau ke kiri untuk melihat rakan-rakan anda yang lain.

Manakala, sekiranya anda menggunakan laptop atau PC, anda bole melihat ke semua yang menyertai meeting anda sehingga maksimum 99 orang dalam satu-satu masa di dalam satu halaman sahaja.

Contoh 50 orang peserta conference dalam satu-satu masa bole dilihat dalam 1 paparan skrin bila menggunakan komputer samada laptop, macbook atau PC.

Manakala, kalau anda menggunakan telefon pintar samada iphone atau fon android anda hanya boleh melihat hanya 4 orang untuk setiap halaman. Jadi, sekiranya ada 99 orang dalam meeting tersebut anda bolehlah slide ke kiri atau ke kanan untuk melihat rakan-rakan anda yang lain.

Setiap halaman atau 'page' hanya memaparkan 4 orang peserta meeting. Anda boleh 'slide' ke kanan atau ke kiri untuk melihat rakan-rakan lain.

MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI PENGGUNA KALI PERTAMA

1. Tiada Audio (suara anda tidak didengari peserta lain)

  

Kedua-dua tanda ini menunjukkan microfon anda dinyahkan atau 'mute'. Dalam bahasa mudahnya orang lain takkan dengar apa yang anda cakap.

Jadi, cara penyelesaiannya mudah sahaja dengan klik butang microfon merah seperti gambar di bawah ini:


Selepas anda klik butang microfon ini, maknanya suara anda sudah boleh didengar oleh orang lain.


2. Masalah tiada video anda. 


Selalunya gambar anda yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kerana anda mungkin tidak 'ON' kan video anda untuk ditonton oleh orang lain. Dan butang kamera pada skrin anda bewarna merah seperti gambar di atas.

Selain itu, gambar di skrin anda hanya memaparkan gambar profil anda sahaja dan tiada video.

Jadi, bagaimana cara untuk mengatasinya? Mudah sahaja, anda hanya perlu klik semula butang kamera merah sperti gambar di bawah ini:


Dan selepas itu anda boleh melihat video anda dan rakan-rakan lain.


Kemudian, anda boleh slide ke kiri untuk melihat rakan-rakan anda yang menyertai meeting ini.



KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini boleh juga anda menggunakan kecanggihan teknologi yang ada untuk perkara-perkara bermanfaat seperti ini.

Gunakanlah medium teknologi yang ada ini untuk sebaik mungkin.

Saya percaya bahawa rakan-rakan boleh menggunakan applikasi seperti ZOOM Cloud Meeting ini untuk tujuan mesyuarat kerja hakiki anda atau untuk tujuan kerja-kerja kemasyarakatan seperti saya.

Atau ia juga boleh digunakan untuk tujuan mengukuhkan perniagaan atau seumpamanya.

Atau anda juga boleh menggunakan medium ini untuk merapatkan silaturahim diantara ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran mahupun kenalan-kenalan yang jauh atau yang dekat.

Selain itu, ntuk memastikan video anda dapat dilihat serta audio dapat juga didengar oleh rakan-rakan anda yang turut menyertai meeting ini, pastikan paparan di fon ada adalah seperti di bawah:


Sekiranya saudara/i merasakan informasi ini baik sila sampaikan kepada saudara, rakan, taulan dan kenalan anda yang lain.

Sekian, trimas.

Zaihan Zainal
Cyberjaya, 
4:41Hrs, 27/03/2020



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019