blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Selamat Hari "Mayday" atau Hari Buroh

Salam sejahtera pembaca yang budiman.


1 hb Mei merupakan hari yang selalu ditunggu oleh sesetengah orang. Khususnya golongan pekerja. Mereka gembira kerana ia menjadi sambutan hampir di seluruh dunia dengan tawaran cuti pada tarikh ini. 


Manakala, sesetengah pekerja yang diwajibkan bekerja pada tanggal ini juga akan bergembira kerana mereka akan dibayar 3 kali ganda (triple pay).


Persoalannya berapa ramai diantara kita tahu dan faham akan sejarah Hari Buroh atau Hari Pekerja atau dikenali juga sebagai MAYDAY ini?

Lantaran itu, saya bercadang untuk mengambil kesempatan menulis sedikit mengenainya. Semoga tulisan ini dapat memberikan pencerahan kepada saudara saudari.

SIAPA BUROH?

Buroh ditakrifkan sebagai seseorang yang melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan sebagai sumber pendapatan atau untuk tujuan tertentu.

Selain daripada perkataan pekerja, golongan ini juga sesuai dengan panggilan buroh.

Dalam masa yang sama, elok juga kalau saya menulis sedikit mengenai sejarah bagaimana masyarakat dunia menyanjung 1 Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Buroh Sedunia.



SEJARAH HARI BUROH

Buroh atau Pekerja pernah dikerah bekerja sehingga 20 jam sehari.

Akar sejarah May Day mungkin dimulai pada tahun 1806, ketika terjadi mogok pekerja di Amerika Syarikat yang pertama kalinya berlangsung. Ketika itu pekerja Cordwainers, perusahaan membuat kasut mogok tanda protes kerja 20 jam sehari. 

Akan tetapi, selepas mogok tersebut, penganjur mogok pula dibawa ke mahkamah pengadilan untuk dihukum. Dalam pengadilan itu, terungkap fakta pekerja di era itu benar-benar diperas keringatnya dengan kejam dan zalim sekali.

Mereka dipaksa bekerja 19-20 jam sehari. Padahal sehari hanya ada 24 jam. Ertinya para pekerja itu hanya ada 4 jam dalam sehari utk berehat dan mereka tidak mempunyai kehidupan lain di luar waktu bekerja.
Maka, komuniti pekerja (labour community) Amerika Syarikat yang datang daripada pelbagai kumpulan pada masa itu kemudiannya bertemu. Mereka mendapati bahawa mereka memiliki agenda perjuangan yang sama, iaitu menuntut pengurangan waktu (jam) bekerja.

Peter McGuire, seorang pekerja yg berasal New Jersey, mempunyai peranan penting dlm menganjurkan perjuangan ini. Pada tahun 1872, beliau dan 100 ribu pekerja lainnya melakukan aksi mogok kerja untuk menuntut pengurangan jam kerja.


McGuire menghimpunkan kekuatan para pekerja dan penganggur dan melobi pemerintah kota untuk menyediakan peluang pekerjaan supaya pekerja dapat gaji lebih baik.

Pada tahun 1881, McGuire pindah ke Missouri dan mulai mengumpulkan para tukang kayu. Hasilnya, di Chicago mereka menubuhkan satu persatuan tukang kayu dengan McGuire diangkat sebagai sekretariat umumnya (General Secreatariat) untuk mengaktifkan kesatuan tersebut.

Idea membentuk perikatan pekerja ini kemudiannya menyebar dengan begitu cepatnya ke seantero Amerika Syarikat.

Kemudian, lahirlah pelbagai persatuan-persatuan pekerja yang baru di setiap kota di Amerika Syarikat (US).
Dan pada tanggal 5 September 1882, digelarlah 'Labour Day Parade' atau Perarakan Hari Buruh pertama di kota New York dengan penyertaan 20 ribu orang peserta. Mereka membawa sepanduk yang berisi tuntutan mereka: 8 jam bekerja, 8 jam istirahat, dan 8 jam rekreasi. Itulah 24 jam kehidupan ideal dalam sehari yang diinginkan kelas pekerja di Amerika Syarikat.

Tuntutan pengurangan jam kerja itu pada akhirnya menjadi perjuangan pekerja di seluruh dunia. 

Kongres antarabangsa pertama mereka dilangsungkan di Geneva, Switzerland, pada tahun 1886, dan dihadiri organisasi pekerja dr pelbagai negara.

Kongres buroh antarabangsa ini menetapkan tuntutan pengurangan jam kerja menjadi 8 jam sehari sebagai perjuangan rasmi buruh di seantero dunia.



TRAGEDI HAYMARKET DIINGATI SEBAGAI TRAGEDI MAYDAY
Tragedi Haymarket adalah kejadian yang menjadi tanda peringatan kepada perjuangan golongan buroh dan pekerja. Dan ia telah mengorbankan ramai nyawa sahabat-sahabat pejuang golongan pekerja waktu itu.


Pada 1 Mei 1886 merupakan hari pertama tuntutan pihak kumpulan buroh di Amerika Syarikat berlangsung. Ditulis dalam banyak journal bahawa acara tersebut menghimpunkan sekitar 400,000 orang pekerja. Demonstrasi tersebut berlaku sehingga menjangkau 4 hari.

Pihak kerajaan Amerika Syarikat menerusi pasukan polis menembak ramai penunjuk perasaan pada hari ke-4 demontrasi.

Pemimpin-pemimpin utama pekerja pula ramai yg ditangkap dan dikenakan hukuman mati. Peristiwa ini dikenal dengan tragedi Haymarket kerana terjadi di bandar Lapangan Haymarket.

Justeru, sebagai tanda penghormatan terhadap pejuang-pejuang buroh yang gugur semasa pertempuran dengan anggota polis di Amerika Syarikat semasa tragedi Haymarket.

Maka, Kongres Sosialis Dunia di Paris pada bulan Julai 1889 menetapkan tanggal 1 Mei sebagai Hari Buroh Sedunia atau 'May Day'.


PERJUANGAN MTUC (KESATUAN SEKERJA MALAYSIA)


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau singkatannya MTUC merupakan satu kongres persatuan-persatuan pekerja perniagaan di Malaysia.

Kongres ini asalnya ditubuhkan pada 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955. Ia merupakan pusat kesatuan kebangsaan yang tertua mewakili pekerja-pekerja Malaysia.

Kesatuan yang bergabung dengan MTUC berasal daripada pelbagai industri dan sektor utama dengan anggaran 500,000 ahli. 

Pada 2011 sahaja, ahlinya seramai 802,323 pekerja.

Pada 28 Oktober 2011, MTUC mendesak Pindaan Akta Kerja 1955 ditarik balik kerana ia didapati menguntungkan pihak majikan sahaja.

Jadi tuntutan MTUC terhadap Pindaan Akta itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011. Ini berikutan ketakutan kerajaan BN ketika itu yang baru kehilangan 5 negeri kepada Parti Gabungan Pakatan Rakyat.

Pihak kerajaan ketika itu berhadapan dengan tindakan-tindakan tekanan oleh kesatuan sekerja sekiranya tidak meminda Akta itu.

Kata Setiausaha Agung MTUC ketika itu, Sdr Abdul Halim Mansor, 5.7 juta pekerja akan menentukan nasib kerajaan dalam PRU13 yang dijangka 2 tahun selepas itu.

Presiden MTUC ketika itu iaitu Sdr Khalid Atan pula menyatakan bahawa antara tindakan MTUC ialah mengadakan piket pada 3 Oktober 2011 lalu di hadapan Parlimen.

Piket kedua diadakan pada 3 November 2011 di 20 lokasi di seluruh negara dan surat tuntutan itu telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab.

Manakala pihak kesatuan juga berjaya menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, MTUC juga akan berikhtiar utk membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember 2011 sekiranya pihak kerajaan cuba berdolak dalik.

Usaha MTUC itu turut disokong oleh 107 pertubuhan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara.

Kesan Pindaan Akta itu ialah memudahkan para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

Selain itu, saya sangat berharap agar pemimpin-pemimpin buroh atau pekerja melalui kesatuan sekerja MTUC juga tidak ketinggalan utk meraikan demokrasi dengan menetapkan sendiri tuntutan utama kepada kerajaan hari ini.

Dan tuntutan-tuntutan itu mestilah memberikan kesan baik kepada golongan buroh. Apatahlagi dikala wabak COVID-19 melanda dunia hari ini di mana begitu ramai golongan pekerja kehilangan mata pencarian.

Diantaranya pihak kesatuan wajar memperjuangkan hak golongan pekerja khususnya bagi mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 dengan berunding terus dengan pengendali kerajaan hari ini iaitu YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyidin Mohd Yassin, Perdana Menteri.

Namun, sehingga artikel ini ditulis saya masih lagi tidak mendengar akan pandangan jitu daripada kesatuan MTUC ini berkaitan dengan masalah yang dihadapi golongan pekerja.


PERJUANGAN ASAS GAJI MINIMUM RM1500 SEBULAN

Saya diantara pemimpin pelajar yang sama-sama berjuang tentang gaji minimum kira-kira 20 tahun lalu semasa menuntut di Universiti Teknologi MARA, kampus Shah Alam.

Selepas itu, aktif menyertai parti politik yang ketika itu menyokong penuh perjuangan gaji minimum. Dan ketika menjelang PRU14 yang lalu Pakatan Harapan melancarkan menisfesto ataupun tawaran janji pilihanraya yang antaranya adalah gaji minimum RM1500 sebulan sekiranya PH menang.

Dan ketika itu saya bersama dengan parti tersebut turut turun berkempen seluruh negara dengan harapan besar agar PH menang untuk membolehkan mereka menjadi kerajaan supaya mereka mampu melaksanakan gaji minimum RM1500 sebulan.

Namun selepas 22 bulan memerintah negara ini, kerajaan PH hanya mampu mengumumkan gaji minimum pada kadar RM1050 sebulan. 

Dalam struktur ekonomi di Malaysia ditakrifkan sebagai golongan miskin bandar pun dengan kadar pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah di sesetengah kota. Apatah lagi dengan kadar gaji minima RM1050?

Justeru, secara umumnya saya dan NGO KITAMUO sangat menyokong usaha dan nekad juang mana-mana pihak samada individu atau organisasi yang memperjuangkan gaji minima RM1500.

Golongan buroh atau pekerja yang selama ini dibelenggu dengan cengkaman politik kerajaan lama, akhirnya berjaya merdeheka pada PRU14 2 tahun lalu boleh sahaja melakukannya sekali lagi pada PRU15 nanti kalau pemimpin kerajaan hari ini tidak mempertimbangkan tuntutan golongan pekerja ini.

Saya sangat berharap agar kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih tampok kepimpinan negara daripada PH perlu mengambil serius tentang peranan yang dimainkan oleh golongan buroh dalam memastikan kerancakan pembangunan negara selama ini.

Dan golongan pekerja atau buroh ini harus diangkat sebagai pejuang kerana mereka menjadi nadi kepada naik dan turunnya ekonomi Malaysia hari ini.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Buroh kepada semua khusunya di negeri Johor dan di seluruh negara.

“Remember Mayday dan Selamat Hari Buroh”

Sekian, trimas.


No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019