blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Nuzul Al Quran Disambut Dengan Norma Baharu

MUAR: Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran.
Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara 'dibadai' COVID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman itu tidak boleh dilakukan Ahad ini.

Ia berikutan negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik maut itu daripada terus menular.

Namun, situasi itu bukan alasan untuk umat Islam negara ini tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu, iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri, dalam talian atau bersama keluarga di rumah masing-masing, sekali gus menghayati kemuliaan Ramadan.

Beberapa negeri mengeluarkan kenyataan tiada sebarang sambutan Nuzul Quran di negeri masing-masing, dengan umat Islam di Johor digalakkan untuk terus bertadarus dan khatam al-Quran secara sendiri atau bersama keluarga di rumah masing-masing.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata keputusan untuk negeri Johor itu selaras titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebelum ini, iaitu aktiviti di masjid, surau serta musola di negeri itu ditangguhkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, bagi mengimarahkan Ramadan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyediakan tazkirah Ihya Ramadan setiap hari untuk orang ramai yang boleh ditonton menerusi laman Facebook jabatan itu.

Justeru, saya selaku Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor merangkap Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kawasan Muar dan Pengasas Kitamuo menyokong penuh JAINJ dalam usaha untuk mengekang wabak COVID 19 daripada merebak daripada masjid-masjid atau surau-surau di negeri ini.

Selain itu, saya juga berharap agar semua umat Islam dapat menghayati makna disebalik sejarah Nuzul Al Quran yg berkait rapat dengan sejarah bagaimana proses penurunan ayat-ayat suci AL Quran yang menjadi pegang umat Islam sehingga hari ini.

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran.

Zaihan Zainal
Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor
Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara Kawasan Muar
Pengasas Kitamuo




No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019