blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PKP 4: 23 Aktiviti Yang Dilarang Semasa Kelonggaran Sektor Ekonomi

Ramai orang kurang jelas bahawa Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan  bukan untuk menghapuskan terus Covid-19. Sebaliknya, PKP diaturkan kerana dua tujuan utama yang dilaksanakan hampir di seluruh dunia adalah:


1) Mengawal penularan secara besar-besaran dan mengurangkan kadar kebolehjangkitan.

2) Untuk memberi masa kepada pihak kerajaan menyediakan fasiliti kesihatan yang mampu merawat pesakit covid-19. 

Setakat artikel ini ditulis, saya percaya bahawa kedua-dua tujuan ini telah dicapai dengan sangat jayanya. Dalam masa yang sama, peratusan kes pulih yang tinggi dan bilangan kes baru setiap hari semakin menurun menunjukkan kemampuan negara mengawal pandemik ini dengan begitu baik sekali.


Dalam keadaan kita mengawal pandemik COVID 19 ini, pihak kerajaan juga perlu memastikan tidak wujud masalah lain seperti kemelesetan ekonomi yang teruk yang boleh menyebabkan kadar kemiskinan meningkat akibat PKP ini. 

Justeru, keputusan pihak kerajaan memberikan sedikit kelonggaran bermula 4 Mei 2020 kepada pemain-pemain industri kecil dan sedarhana membuatkan saya sendiri menarik nafas lega. 

Namunbegitu, berdasarkan kenyataan YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri pagi tadi dalam sesi Ucapan Sempena Hari Buruh telah menjelaskan bahawa perintah kawalan ini mula diringankan dengan membenarkan lebih banyak industri memulakan semula aktiviti masing-masing.

Akan tetapi, pihak-pihak ini harus bertanggungjawab dalam memastikan segala SOP kesihatan dan keselamatan dilaksanakan.

Walaupun begitu, terdapat 23 aktiviti yang ternyata tidak boleh dilakukan selagi PKP ini berlangsung.

Berikut saya menyenaraikannya untuk memudahkan saudara/ saudari:

1.Hiburan dan Riadah
❑ Panggung Wayang
❑ Pusat Karoake
❑ Taman Tema
❑ Muzium
❑ Busking

2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
❑ Perarakan Keagamaan
❑ Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
❑ Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
❑ Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari
raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran
❑ Pameran Kerjaya
❑ Pameran Perkahwinan
❑ Promosi dan Pakej Pelancongan
❑ Karnival Jualan
❑ Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan
❑ Sukan semasa sesi persekolahan
❑ Aktiviti kokurikulum bersemuka
❑ Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
❑ Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan
❑ Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai
(stadium)
❑ Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
❑ Kolam renang
❑ Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola 
keranjang

6. Aktiviti Sosial
❑ Kenduri – kendara
❑ Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
7. Pengangkutan
❑ Kapal Persiaran

8. Perniagaan Tanpa Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
❑ Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan
radius jarak minimum 1m)
❑ Bazar Ramadan
❑ Bazar Hari Raya

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor 
❑ Terima pelawat
❑ Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
❑ Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
❑ Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
❑ Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
❑ Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
❑ Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi
kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan
kelak

17. Pengurusan Perhutanan
❑ Ekopelancongan Hutan
❑ Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian 
❑ Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian
❑ Hari Bertemu Pelanggan
❑ Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
❑ Pesta makan buah-buahan
❑ Kursus/ Seminar
❑ Konvokesyen Institut Pertanian
❑ Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan
❑ Aktiviti perikanan rekreasi
❑ Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif
❑ Penggambaran filem
❑ Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian
❑ Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan
❑ Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam 
Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan
Buffet)


Kesimpulan

Sebagai pemain industri kecil dan sederhana (SME), saya menyambut baik langkah ini memandangkan kami juga berperanan penting dalam merancakkan kitaran ekonomi negara.

Selain itu, ia juga dijangka akan memberikan faedah kepada ribuan warga pekerja apabila mereka boleh melaksanakan tanggungjawab mereka semula. Saya juga berpendapat pihak majikan dan organisasi wajar juga untuk mempertimbangkan jadual anjal sebagaimana cadangan YAB PM siang tadi.

Mungkin bilangan masa dan jam bekerja dipendekkan atau mengatur strategi mengurangkan jumlah pekerja di pejabat dalam satu-satu masa. Sebagai contoh kalau dalam pejabat ada 20 orang pekerja. Maka, sediakan 2 kumpulan iaitu A dan B. Kemudian buat jadual selang-seli. 1 kumpulan bekerja di pejabat dan 1 kumpulan lagi bekerja di rumah.

Dengan cara ini ia dapat mengurangkan lagi risiko jangkitan wabak COVID 19 di kalangan pekerja dalam pejabat.

Manakala, saranan untuk pihak pekedai, stasyen-stasyen minyak agar menyediakan 'hand sanitizer' wajar diambil perhatian oleh pemilik-pemilik perniagaan.

Akhir kalam, saya tetap dengan pendirian walaupun kelonggaran diberikan, pihak yang mendapat manfaat wajar menggunakan kesempatan ini dengan penuh integriti dan mengutamakan SOP-SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan MITI.

Sekian, trimas.


ZAIHAN ZAINAL, merupakan graduan Ijazah Sains (Kep) dan Diploma Kesihatan dan Kecergasan serta menjawat sebagai Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dan merupakan aktivis masyarakat yang telah berkecimpung dalam dunia aktivisme sejak di alam universiti pada tahun 1998.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019