blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PLEXTONE 4 Life: Headset Tanpa Wayar Dengan Harga Berpatutan

Salam sejahtera kepada seluruh pembaca blog yang budiman. Hari ini saya ingin menulis bab tech review dimana saya diamanahkan oleh owner kepada PLEXTONE untuk saya menulis pengalaman saya seadanya selepas menggunakan produk ini.

Dan saya memberikan masa lebih kurang seminggu untuk merasai dan menikmati produk ini sebelum saya menulisnya di blog ini.


Minggu lepas saya menerima produk daripada PLEXTONE iaitu pengeluar produk-produk headset khususnya untuk gamers sejak sekian lama. Banyak produk headsetnya tertumpu kepada gamers.


Dan banyak lagi model-model headset mereka yang banyak digunakan oleh gamers. Mungkin produknya yang khusus untuk bajet yang tidak mahal ia menerima sambutan yang agak menggalakkan.

Selepas berjaya mengeluarkan pelbagai model headset untuk gamers, kini PLEXTONE melangkah lagi ke satu tangga dengan membikin (produce) produk headset khusus untuk muzik pula.


Dengan keupayaan wireless sambungan melalui bluetooth dan teknikal yang mudah dengan multifunction power button memudahkan pengguna.

Model ini dikenali sebagai Plextone 4 Life True Wireless Music Headset khusus untuk mereka yang selalu trevel menggunakan kenderaan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam. 

Selepas menggunakan produk ini selama seminggu saya mendapati ianya benar-benar mudah untuk digunakan. Sambungan ke talifon pintar dengan cara yang sangat mudah serta kelebihan ketahanan baterinya yang bole digunakan lebih 3 hari tanpa caj.


Manakala, ia hanya mengambil masa diantara satu setengah jam ke dua jam sahaja untuk penuh tidaklah membebankan.

Anda boleh menonton video review daripada saya tempohari seperti di bawah:


Sejujurnya, saya mencatatkan seperti berikut akan kelebihan dan kekurangan produk ini.

Kelebihan :

1. Harganya yang murah dan berpatutan.

2. Ianya mudah untuk digunakan.

3. Masa mengecaj adalah diantara satu jam setengah ke dua jam.

4. Boleh digunakan di dalam pelbagai kondisi.

5. Teknikalnya sangat mudah untuk digunakan.

6. Sound systemnya tidak mengecewakan.

7. Bunyi bass yang mantap dan twitter yang mengiurkan.



Kekurangan:

1. Tiada kecanggihan voice cancelling mode sebagaimana saya menggunakan headset Sony WH1000XM3.


2. Bunyi agak sikit pecah bila disetkan kepada volume maksimum.

3. Tiada applikasi untuk setting sebagaimana sony yang saya gunakan selama ini.


Oleh yang demikian, saya berpendapat dengan headset yang berharga bawah RM100 ini sangat berbaloi kalau nak bandingkan dengan kualiti Sony WH1000Xm3 yang berharga RM1500.

Kepada mereka yang berminat bolehlah terus klik link seperti di bawah:

https://www.facebook.com/PlextoneEarphone/



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019