blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza-beza di Seluruh Dunia

Hari ibu 2020 tahun ini disambut dengan keadaan yang sangat berbeda dengan tahun-tahun sebelum ini.

Saban tahun Hari Ibu 2020 akan disambut pada tanggal 10 Mei. Hari ibu mula diraikan sejak beribu tahun dahulu ketika masyarakat Greek Kuno untuk memberikan penghormatan kepada "Rhea" iaitu ibu kepada Tuhan meraka.

Namunbegitu, sebenarnya banyak catatan sejarah mendakwa sambutan hari ibu ini adalah berbeza mengikut tempat dan negara.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Sambutan Hari Ibu di merata dunia
HariNegara/Wilayah
Ahad ke-2 FebruariNorway
2 FebruariGreece (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur.
Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke
Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece
cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)
30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac)Israel
3 MacGeorgia
8 MacAfghanistanAlbania*, ArmeniaAzerbaijanBelarusBosnia dan HerzegovinaBulgariaKorea SelatanLaosMacedonia*, Moldova*, MontenegroRomania*, Rusia*, Serbia**, TaiwanUkraine,
dan Vietnam*Di Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan
Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya.
Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday)IrelandNigeriaUnited Kingdom
21 Mac (vernal equinox)BahrainMesirIraqJordanKuwaitOmanLubnanPalestinQatarArab SaudiSudanSyria,
Emiriah Arab BersatuYaman (Semua negara Arab secara amnya)
25 MacSlovenia
7 AprilArmenia
2 April (kalendar Cina)*China
Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi)Nepal
Ahad pertama MeiHungaryLithuaniaPortugalSepanyol
8 MeiAlbania (Hari Ibu Bapa), Korea Selatan (Hari Ibu Bapa).
10 MeiEl SalvadorGuatemalaMexico
Ahad ke-2 MeiAfrika SelatanAmerika SyarikatAnguillaArubaAustraliaAustriaBahamasBangladeshBarbados,
BelandaBelgiumBelizeBermudaBonaireBrazilBruneiBulgariaChileRepublik Rakyat China,
ColombiaCroatiaCubaCuraçaoCyprusRepublik CzechDenmarkEcuadorEstoniaFilipinaFinlandGhanaGreeceGrenadaHondurasIceland,
IndiaItaliJamaicaJepunJermanKanadaLatviaMaltaMalaysiaMyanmarNew ZealandPakistanPeruPuerto RicoSlovakiaSt. LuciaSaint Vincent dan GrenadinesSurinameSwitzerlandTrinidad dan TobagoTurkiUkraineUruguayVenezuelaZimbabwe
15 MeiParaguay
26 MeiPoland
27 MeiBolivia
Ahad terakhir MeiAlgeriaRepublik DominicaHaitiMaghribiMauritiusPerancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), SwedenTunisia.
May 30Nicaragua
1 JunMongolia (Hari Ibu dan Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.)
Ahad ke-2 JunLuxembourg
Ahad terakhir JunKenya
12 OgosThailand (hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara)
15 Ogos (Assumption Day)Antwerp (Belgium), Costa Rica
Isnin kedua OktoberMalawi
14 OktoberBelarus
Ahad ke-3 OktoberArgentina (Día de la Madre)
Ahad terakhir NovemberRusia
8 DisemberPanama
16 Disember, (Kalendar Iran: 25 Azar, Pengasasan Ibu dan Anak)Iran
22 DisemberIndonesia
  • Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

Namunbegitu, untuk memudahkan segala usaha dan kempen menyanyangi ibu lebih berkesan, pentadbir-pentadbir kerajaan di seluruh dunia bersetuju dengan sambutan Hari Ibu atau Mothers Day adalah jatuh pada tarikh 10 Mei setiap tahun.


BAGAIMANA SAYA SAMBUT HARI IBU


Tentu rakan-rakan pembaca tertanya-tanya bagaimana saya menyambut Hari Ibu saban tahun kan? Sebenarnya, saya sendiri didik untuk terlalu menghormati ibu termasuklah mak saya, ibu-ibu mertua saya, makcik-makcik saya, ibu-ibu kepada anak saya dan sesiapa sahaja yang bergelar ibu.

Ini kerana menurut fahaman saya "tiada ibu tiada kita". Jadi, hasil kewujudan saya di atas muka bumi ini sendiri adalah kehendak seorang ibu dan shafaat daripada Allah SWT.

Justeru, saya sendiri akan menyambut hari istimewa ini dengan majlis kecil-kecilan seperti belanja mereka makan serta sedikit majlis tahlil bersama ahli keluarga. Dan sudah tentulah saya akan membawa ahli keluarga pulang menjenguk ibu di kampung sebagai rutin tahunan kami.

Saya membudayakan mencium kaki ibu saya sendiri setiap kali bertemu. Begitu juga saya mewajibkan setiap anak-anak saya untuk mencium kaki ibu mereka setiap hari khususnya sebelum mereka pergi ke sekolah.


Ini adalah latihan yang saya jalankan untuk mereka sentiasa menghormati ibu-ibu mereka.

Berbalik kepada persoalan mengenai bagaimanakah kita akan menyambut hari ibu pada tahun ini sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi tertakhluk kepada Akta yang digunakan yang tidak membenarkan pergerakan semewah-mewahnya.

Justeru, tahun ini sudah pasti aplikasi "whatsapp video call" akan digunakan untuk kami mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mereka.

Semoga ibu-ibu ini terus diberikan rahmat oleh Allah SWT dan sekalian alam di atas segala pengorbanan dan kepayahan dan ujian mereka membesarkan kami anak-anak dunia.

Selamat Hari Ibu 2020.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019