blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

17 JUN : HARI PEKERJA PEMBERSIHAN

Tanggal 17 Jun merupakan Hari Pekerja Pembersihan atau dalam Bahasa Inggeris nya "Garbageman Day".


Ia bertujuan utk memberikan penghargaan kepada petugas-petugas dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri pembersihan.

Sambutan Hari Pekerja Pembersihan atau Garbage Men Day ini mula disambut pada 17 Jun 2011 dan diasaskan oleh John D. Arwood semata-mata untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang terlibat dalam industri pembersihan.


John D. Arwood mula berjinak-jinak dengan industri pembersihan sejak tahun 1978 apabila beliau rajin mengikut bapanya mengutip botol kaca dan plastik, besi dan kayu skrap. Sejak itu, beliau sudah bercita-cita untuk menjadi seorang yang manusia yang bertanggungjawab kepada alam sekitar.

Selain itu, beliau juga melihat sampah-sampah ini boleh menjadi perniagaan jika dibuat dengan baik tanpa merosakkan alam sekitar.

Selepas puluhan tahun terlibat dalam industri pembersihan dan recycle, Arwood sangat menghargai staf dan pekerjanya yang majoritinya setia bekerja untuknya selama belasan. Justeru, sebagai menghargai pekerja-pekerjanya ini beliau mengumumkan pada 17 Jun 2011 sebagai "Garbage Men Day" yang pertama di dunia.

Kemudian, pertubuhan industri pembersihan dan recycle mengiktiraf sambutan tersebut di peringkat USA dan kemudiannya ke seluruh dunia.

Dan pada tahun ini, YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu kementerian yang bertanggungjawab dalam industri pembersihan mula meraikannya secara rasmi di Malaysia.


Justeru, saya mewakili Penggerak Komuniti Negara (PKN) Bahagian Muar dan NGO KITAMUO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja Pembersihan kepada mereka yang terlibat dalam industri pembersihan.

Ikhlas,

Zaihan Zainal
Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor
Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Bahagian Muar
Pengerusi, KITAMUO

#pkn #pknjohor #PenggerakKomunitiNegara #kitamuo

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019