blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

13 Julai 2020: Bakal Menjadi Sejarah Baru Negara

2 hari lepas negara digemparkan dengan berita tentang Dr Masliza Mahmod sebagai wanita Malaysia pertama dilantik menjawat jawatan Proffesor Madya Perubatan Kardiovaskular di universiti terkemuka di dunia iaitu Oxford University.
Dan lebih menarik Prof Madya Dr Masliza merupakan anak watan Batu Pahat, Johor.

Manakala, beberapa bulan lalu kita juga digemparkan dgn perubahan kerajaan Malaysia daripada seorang YAB PM7 dari parlimen Langkawi, Kedah kepada YAB PM8 dari parlimen Pagoh, Johor

Lebih membanggakan YAB PM dari Johor ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dan sangat menjiwai kepayahan dan kesusahan rakyat.

Pelbagai insentif dan bantuan secara terus diberikan kepada rakyat terbanyak. Selain itu, banyak juga program-program khusus untuk rakyat yang terkesan akibat bencana COVID-19.

Dan hari ini 13 Julai 2020 bakal menyaksikan 1 lagi sejarah bakal terukir apabila YB Dato' Azalina Othman dari Pengerang, Johor dicalonkan untuk menggantikan YB Nga Kor Ming dari Teluk Intan, Perak sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Dan lebih menarik adalah kita bakal mempunyai 2 orang Timbalan Speaker daripada negeri Johor.

1. YB Dato' Hj Rashid Hasnon, Batu Pahat.
2. YB Dato' Azalina Othman, Pengerang.

Sebagai anak Johor, saya sangat berbangga dengan perkembangan ini.

Zaihan Zainal,
Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor

#anakjohor #kitamuo #muar #johor

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019