blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Pilihanraya PBT: Agenda Memperkasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

14 Julai 2020, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Pagi tadi adalah masa dimana soalan kepada YB Menteri dijawab oleh menteri-menteri berkenaan pada hari kedua sidang parlimen.

SOAL JAWAP SIDANG PARLIMEN
Dan diantara menteri yang terlibat menjawap soalan adalah YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjawab beberapa soalan dan pertanyaan.
Diantaranya adalah soalan daripada YB Wong Hon Wau, MP Bukit Bendera yang bertanya mengenai perkembangan terbaharu berkenaan pilihanraya kerajaan tempatan.

YBM Zuraida menegaskan bahawa pihak kerajaan khususnya kementerian yang diterajui beliau bersedia untuk melaksanakan pilihanraya PBT tidak lama lagi.

Namun, kertas kerja berkenaan haruslah diluluskan dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu sebelum ianya dibawa sebagai usul kerajaan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia untuk dibahas dan diluluskan.

Kemudian, semasa YBM Zuraida sedang berucap, beliau dicelah oleh YB Khalid Samad, MP Shah Alam menuding ke arah YB Zuraida bahawa perkara tersebut (Pilihanraya PBT) pernah dibincangkan semasa mereka (Khalid-Zuraida) sama-sama dalam mesyuarat menteri kabinet yang dipengerusikan Tun Mahathir kira-kira 2 tahun lalu.

YB Khalid Samad atau digelar oleh netizen sebagai 'Broker Tanah Kampung Baru' seolah-olah mempertikaikan keputusan KPKT untuk melaksanakan pilihanraya PBT dalam masa terdekat.

KHALID SAMAD TAK PANDAI MENGIRA?
Kemudian, YB Zuraida bangun dan mengatakan "apakah Shah Alam dah tak pandai mengira ker sejak duduk di sana (merujuk sudut pembangkang)?"

Untuk makluman YBM Pn Hjh Zuraida pernah membentangkan kertas kerja sama semasa YB Tun Mahathir menjawat jawatan YAB Perdana Menteri kira-kira pada mesyuarat kabinet bulan Jun tahun 2018 yang mana mereka berdua adalah menteri kabinet ketika itu.

Dan YB Tun Mahathir sendiri ketika memimpin menteri kabinet meminta agar YB Zuraida mengkajinya semula agar pilihanraya tersebut boleh dibuat dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh mesyuarat tersebut.

Justeru, semasa dalam perbahasan tersebut YB Zuraida mengingatkan Khalid Samad bahawa memang tarikh cadangan untuk pilihanraya PBT mula diperkenalkan pada Jun 2021.

Dalam bahasa mudahnya, betul lah apa yang diminta YB Tun Mahathir dahulu agar pihak kerajaan perlu membuat kajian dan perancangan yang baik dalam tempoh 3 tahun iaitu bermula Jun 2018 hingga Jun 2021.

Maka, dalam pertelingkahan tersebut ternyata bolehlah disimpulkan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam itu hanya ingin membesar-besarkan isu sahaja berbanding mempersoalkan tentang manfaat cadangan itu sendiri.

SEGERAKAN PILIHANRAYA PBT
Pada hemat saya, pilihanraya kerajaan tempatan atau PBT harus disegerakan. 

Hal ini kerana amalan piluhanraya kerajaan tempatan atau PBT telah pun dilaksanakan di seluruh dunia khususnya di negara-negara maju.

Ramai pemimpin-pemimpin yang baik lahir daripada memimpin kerajaan tempatan kemudian menjadi Gabenor (Menteri Besar atau Ketua Menteri) di negeri-negeri sebelum menjadi Presiden negara merek.

Selain itu, pilihanraya kerajaan tempatan dijangka dapat melaksanakan pelbagai program dan belanjawan berdasarkan keperluan masyarakat temapatan.

Berdasarkan amalan demokrasi sekarang rakyat hanya mengundi untuk memilih wakil mereka di peringkat negeri dan perseketuan.

Wakil-wakil negeri (ADUN) akan membentuk kerajaan di peringkat negeri. Manakala, wakil-wakil parlimen (MP) akan membentuk kerajaan perseketuan di Parlimen.

Manakala, pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan tidak dipilih melalui piluhanraya sebaliknya dipilih melalui lantikan peringkat kerajaan negeri.

Ianya amat merugikan kerana ada berkemungkinan besar lantikan-lantikan ini tidak terikat dengan masyarakat setempat.

Bahkan pengerusi-pengerusi kerajaan tempatan dikenali sebagai YDP Majlis ini adalah lantikan kerajaan negeri.

Dan majoritasnya meraka ini (YDP Majlis) lahir daripada latar belakang birokrat kerajaan.

Sebagaimana kita sedia maklum bekerja untuk kerajaan dan mewakili rakyat itu dua bidang yang berbeda.

Sebab itu terkadang ada keputusan-keputusan YDP Majlis ini tidak popular dan kurang manfaat untuk rakyat.

Justeru, dengan adanya pilihanraya PBT di masa depan kita bakal menyaksikan rakyat biasa juga bakal menjadi YDP majlis-majlis kerajaan tempatan.

Zaihan Zainal
Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019