blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Ahli Parlimen Memperlekeh Syed Sadiq Sebagai "Cucu...cucu"

Semalam adalah hari pertama sidang parlimen di Dewan Rakyat yang dihadiri oleh 221 orang ahli parlimen. Manakala, YB DS Dr Maximus Ongkili tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Semasa sesi perbahasan usul menukar Yang Dipertua (Sepaker) Dewan Rakyat kelihatan ramai dikalangan Ahli-ahli Parlimen memberikan pelbagai hujah.

Dan tidak sedikit juga yang menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan rasa kecewa mereka.

Sebagai contoh YB Mat Sabu, MP Kota Raja merangkap Presiden PAN menggunakan perkataan "...speaker bodo...". Dan beliau mengulangi perkataan yang sama selama beberapa kali.

Dan ini mengejutkan hati dan sanubari saya tentang bagaimanakah seorang pemimpin parti Islam yang saya kenali boleh menghamburkan perkataan-perkataan sedemikian.

Persoalan saya apakah mereka ini yang sedang memimpin parti Islam?

Namun, yang menarik perhatian saya mengenai perbahasan semalam adalah melihat bagaimana YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Ahli Parlimen Muar berumur 27 tahun yang turut merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan diperkotak katikkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lebih senior.

Mereka (MP Senior) memerli beliau dengan perkataan "...cucu..." disaat Sdr Saddiq ingin mencelah semasa YB Tun Mahathir, MP Langkawi sedang berucap.

Ucapan-ucapan atau panggilan seumpama ini sebenarnya bagi saya sangat tidak adil dan memalukan.

Apatah lagi diucapkan oleh YB-YB yang lebih senior di Dewan Rakyat yang menjadi bilik mesyuarat membincangkan pelbagai masalah negara.

Walaupun, Sdr Saddiq dan saya sudah tidak mempunyai ikatan politik lagi. Namun, hemburan perkataan terhadap beliau seumpama semalam seolah-olah MP-MP senior ini tidak menghornati anak-anak muda.

Justeru, saya berharap agar MP-MP yang bersidang pada hari kedua sidang dewan parlimen pada hari ini akan berbahas dengan nada yang lebih matang dan tidak beremosi.



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019