blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Cendol Durian Paling Power di Muar

Muar merupakan diantara bandar tertua di negeri Johor. Kedudukan geografinya yang berada bersebelahan dengan sungai utama yang menghubungkan 3 negeri iaitu Johor -Melaka - Pahang menjadikan pembangunan bandar ini berkembang sangat pesat sejak kurun ke 15.

Bandar Muar juga pernah dikenali sebagai Bandar Maharani pernah menyaksikan perbalahan diantara 2 keluarga diraja yang berebut penguasaan kawasan. 

Dari segi bunyi atau 'pronounce' Muar disebut warga tempatan sebagai 'Muo'.

Bandar Muo juga pernah menempatkan Kubu Bentayan atau dikenali sebagai 'Fortaleza de Muar'. Kubu Bentayan ini merupakan kubu yang dibina Portugis sebagai benteng di sebelah Selatan Melaka. Maknanya, jajahan kerajaan Melayu Melaka dahulu pernah sampai ke Muo.

Namun, hari ini saya tidak berminat untuk menulis mengenai sejarah Muo. Tetapi, saya mahu berkongsi tentang tempat makanan menarik di Muar.

Sebenarnya, ada banyak tempat makan menarik di Muar. 

Bermula seawal pagi, makan tengahari, minum petang sehinggalah makan malam.

Ada satey Muo, mee bandung Muo, nasi baryani, asam pedas Muo, pau Muo, kopi 434 dan banyak lagi.

Hari ini saya akan berkongsi salah satu tempat makan menarik di Muar iaitu Cendol Kampung Hulu.

Hari ini abam dan isteri-isteri pekena Cendol Durian Spesel di Cendol Kampung Hulu di Backlane tengah-tengah bandar Muo.


Korang yang datang ke Muo mesti kena singgah sini tau.

Ada pelbagai jenis cendol spesel dekat sini.

Ada cendol durian, ada cendol manggo, cendol buah-buahan dan lain-lain.

Arini abam telah memilih cendol durian spesel. Durian yg digunakan adalah jenis D24. Setiap mangkuk akan dimasukkan 2 ke 3 ulas durian bergantung kepada saiz durian tersebut.

Yg speselnya adalah santannya dibekukan. Dan bila order baru diparut santan beku untuk dicampurkan dgn gula melaka dan bahan-bahan lain.

Sebagai peminat cendol, abam rasa cendol kat sini menampilkan keunikan yg berbeza daripada yang lain-lain.

Korang yang nak datang ke sini senang sahaja. Korang boleh menggunakan applikasi waze dengan carian "Cendol Hulu @MuarBackLane".


Kompem korang akan sampai!!



Mereka beroperasi bermula 10 pg hingga 7 ptg.

#muar #muo #kitamuo #pknmuo #penggerakkomunitinegara #cendolkghulumo

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019