blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Kerajaan PN Terus Utuh Meskipun Menang Tipis Dalam Undi Belah Bahagi Di Parlimen


Undian belah bagi yang berlangsung untuk samada menyokong usul YAB PM untuk mencalonkan Yang Dipertua Dewan Rakyat (YDPR) yang baharu atau tidak.

Undian ini berlangsung selepas Ahli-ahli Dewan membahaskannya selama hampir 2 jam lebih.

Walaupun, hasil undian adalah 111 menyokong dan 109 tidak menyokong serta seorang tidak hadir bukanlah tanda gugurnya atau tidak sesebuah kerajaan.

Ia adalah amalan biasa apabila ada usul penting negara yang dirasakan perlu diundi secara belah bahagi semasa sidang Dewan Rakyat.

Dan kerajaan tidak akan terbubar hanya disebabkan undian belah bahagi yang menyokong usul lebih sedikit daripada tidak menyokong.

Dan kerajaan juga tidak terbubar hanya kerana pihak kerajaan kalah dalam undian belah bahagi.

Seperti waktu sidang-sidang sebelum ini dimana terdapat juga keperluan untuk mengadakan undian secara belah bahagi.

Kadang-kadang usul kerajaan hanya disokong tidak sampai 50 orang. Dan usul menolak juga tidak sampai 25 orang.

Anda boleh merujuk hansard parlimen sebelum-sebelum ini.

Ia bergantung kepada kehadiran dan syarat minima korum MP untuk bersidang iaitu 25 orang.

Justeru, bagi penulis kerajaan PN yang baik ini wajar diberikan peluang untuk meneruskan kecemerlangannya.

Namunbegitu, penulis juga sedar akan natijah undian belah bahagi ini secara moralnya reputasi kerajaan hari ini turut boleh dipersoalkan.

Maka, pada hemat budak hingusan macam penulis ini lebih eloklah disegerakan PRU15 agar rakyat boleh memberikan mandat lebih jelas kepada siapapun kerajaan yang memerintah.

Dan melalui banyak kebijakan yang dilakukan kerajaan pimpinan YAB PM8 semasa berhadapan dgn COVID 19 ini boleh dijadikan sandaran dan resume kepada rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan PN.

Malah, penulis menjangkakan kerajaan PN pasca PRU15 akan lebih utuh!!

-Zaihan Zainal-
Setiausaha, Pemggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019