blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

KISAH SEORANG LELAKI YG MEMBUNUH ANAK DARA SUNTI KERANA NAK BUAT PERFUME

Karya Patrick Suskind ini ditulis dan mula dijual pada tahun 1985 di Jerman dgn tajuk asal dalam bahasa Jerman iaitu Das Parfum: Die Geschichte eines Mörders.

Ia membawa maksud PERFUME : THE STORY OF THE MURDERER .


Dan ia sama dengan bacaan aku sepanjang malam ini sehingga awal pagi yang dingin.

Cuma yg aku baca ni versi English lah.

Buku ini aku beli kira2 setahun yg lalu dari 1 kedai yang menjual buku terpakai di sekitar Lembah Klang. (Aku pon sudah lupa kedai yang mana).
.
Sungguh ia sudah lama terperok di gerobok buku rumah ini, hanya malam ini sahaja yang membuatkan gejolak hati aku untuk membacanya.

Walaupon buku ini terpakai, aku sedari awal dahulu bahawa ia merupakan diantara karya sastera yang baik dan wajib dibaca sementara hidup ini.

Selain itu, susah lama dahulu, seorang kawan aku pernah bercerita bahawa dia juga pernah membaca buku ini.

"Menarik dan best!!", katanya dulu.

Secara umumnya buku ini mengisahkan tentang bagaimana seorang marhain yang mempunyai deria bau yg amat dasyat.

Deria bau yg dimiliki watak utama ditulis dalam buku ini sebagai kurniaan Tuhan yang amat dasyat kepada seorang manusia.

Cerita asasnya mengenai Jean-Baptiste Grenouille (watak utama) yang hidup sebagai seorang anak yatim piatu dan membesar sebagai hamba di France.

Ia berlatar belakangkan era kurun ke 18.

Namun, dia diberikan anugerah deria bau yang hebat sehingga dia boleh bau apa sahaja yg ada di sekelilingnya.

Daripada bau badan seriap orang yang berbeza-beza sehinggalah bau rumput, batu, air, batu dalam air, katak, ikan dalam kolam dan lain-lain lagi.

Anugerah bau inibmenjadikan dia sangat obses dan berkeinginan tinggi untuk mencipta bauan (perfumes) yg terbaik di dunia.

Keobsesan Grenouille terhadap bauan menyebabkan dia menemui formula baru mencipta bauan seperti haruman syurga.

Lantaran itu, dia perlu mendapatkan 12 bauan gadis sunti dengan cara membunuh mereka. Dan haruman gadis-gadis ini akan diproses untuk dijadikan pati asas penciptaan perfume nya nanti.

Walaupun pelbagai rintangan yang dilalui Grenouille, namun dia tetap tegas dan berusaha keras untuk mencapai cita-citanya mencipta formula baru perfume nya.

Kehebatan perfume yang tercipta itu membolehkan Grenouille memukau sesiapa sahaja yang terbau akan perfume tersebut.

Semua orang yang terbau perfume itu akan tunduk kepada segala arahan Grenouille.

Walaupon dengan perfume berkuasa itu mampu menjadikan Grenouille menjadi apa sahaja yang dia mahu.

Namun, ia tidak mampu membuka hati Grenouille utk disayang dan menyanyangi.

Sehingga hari ini peminat-peminat buku genre pembunuhan masih percaya bahawa karya ini adalah kisah benar yang diadaptasi.

Namun, tidak kurang juga yang percaya ia masih jenis tulisan fiksyen pembunuhan.

#perfume #perfumenovel #patricksuskind #bukulama

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019