blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Logo dan Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2020

Tema Hari Kebangsaan 2020 dan Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tema Hari Kebangsaan 2020 iaitu ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Justeru, Tema Hari Kebangsaan 2020 ini adalah dilihat sebagai untuk membangkitkan perasaan rasa mempunyai dan dipunyai oleh setiap rakyat Malaysia.

Maksud 'mempunyai' itu merujuk setiap rakyat akan rasa mempunyai negara yang mereka menyanyangi. Manakala, maksud 'dipunyai' pula ialah merujuk setiap rakyat akan rasa mereka juga adalah milik negara Malaysia.

4 aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu :

1. Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara (9 Julai - 16 September)
2. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (28 Julai)
3. Sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos)
4. Sambutan Hari Malaysia (16 September)

Pada tahun 2017, saya pernah melakukan kerja gila iaitu Kempen Memakai Tanjak 30 Hari sepanjang bulan Ogos sebagai cara untuk membangkitkan semangat kemerdekaan.
Setiap hari saya menjalani bulan kemerdekaan dengan memakai tanjak tidak kira semasa memakai baju t-shirt, kemeja atau baju-baju lain.
Segala aksi tersebut saya rakam dengan gambar untuk dipromosikan di instagram dan turut memuatnaik di youtube channel saya.


#DemiRakyat
#KitaJagaKita
#SuaraRakyatSuaraKeramat

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019