blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

PM Umum Lanjut Moratorium?

Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dijabgka membuat pengumuman penting berkenaan lanjutan moratorium pinjaman.

Sebagai semua maklum, kerajaan telah mengumumkan bahawa segala pinjaman diberikan moratorium selama 6 bulan sejak April 2020 yang lalu.

Ini berikutan kepekaan pihak kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kesusahan dan kepayahan rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana COVID-19 yang melanda dunia sejagat.

Moratorium membenarkan pinjaman oleh peminjam ditangguhkan oleh pihak pemberi pinjaman iaitu bank dan institusi kewangan lain. Ia bermula pada April 2020 lqlu dan dijangka tamat pada bulan September 2020.

Justeru, menjelang bulan Ogos 2020 yang tinggal beberapa hari lagi menjadikan rakyat sedikit gelisah kerana bakal mula membayar semula segala pinjaman samada pinjaman perumahan, kereta atau pinjaman perniagaan.

Jadi, pengumuman petang ini dijangka bakal melegakan ramai pihak.

Namun, apakah benar sangkaan ramai bahawa moratorium bakal ditambah lagi?

Sama-sama kita saksikan jam 3 petang hari ini.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019