blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Speaker Parlimen Wajar Melepaskan Jawatan Dengan Penuh Hormat

YB Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md Yusof merupakan Pengerusi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
Atau dalam perjawatannya dipanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Atau bahasa mudahnya Speaker Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيت) ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. 

Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. 

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah seorang ahli Parlimen (MP).

Jawatan Speaker ini adalah melalui proses undian yg diadakan di sidang parlimen pada mesyuarat pertama setiap kali bertukar kerajaan samada melalui pilihanraya atau tidak.

Ia berlaku sebagaimana apabila Tan Sri Arif dicalonkan dan dipilih oleh majoriti sidang dewan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14 yang lalu.

Sudah menjadi norma kepada perlantikan Speaker Parlimen di semua negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Wesminster khususnya di negara-negara komenwel akan melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat dari kalangan orang yang dipercayai menyokong YAB PM semasa.

Maka dalam kontek negara ini dan mengikuti situasi semasa adalah jelas dilihat bahawa Tan Sri Arif adalah Speaker Dewan Rakyat yang dipilih semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan yang memiliki majoriti sokongan di dewan yang mulia ini.

Justeru, sebagaimana yang umum ketahui bahawa kerajaan Pakatan Harapan sudah pun jatuh dan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli dewan.

Maka, atas asas itu sangatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan. Dan membenarkan ahli dewan mencadangkan sesiapa sahaja termasuk beliau untuk dicalonkan semula.

Sekiranya, ini berlaku beliau akan dilihat lebih 'gentleman' dan mengikut norma atau kebiasaannya "Speaker Dewan Rakyat akan dibiarkan kosong untuk membenarkan ahli dewan memilih samada mencalonkan semula speaker lama atau memilih speaker baharu setiap kali berubah kerajaan."
.
Zaihan Zainal
Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor

Di Australia juga baru2 ini pernah ada perubahan kerajaan

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019