blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Syed Saddiq: Ketua Pemuda Keluar Parti Bukan Sesuatu Yang Baru

KOMENTAR MENGENAI KETUA ARMADA MALAYSIA YG TERLUCUT HAK KEPARTIANNYA

Pemerhati politik dan peminat isu semasa sudah pasti tidak heran dgn berita terkini mengenai 1 kenyataan media daripada ARMADA peringkat nasional baru-baru ini.
Diantara intipati penting kenyataan media tersebut adalah ditulis bahawa :

1. Sdr Syed Saddiq telah terlucut jawatannya sebagai Ketua ARMADA Malaysia.
2. ARMADA melantik Sdr Aizad Roslan, yang merupakan Naib Ketua diangkat sebagai Pemangku Ketua ARMADA Malaysia menggantikan Saddiq.

Dalam sehari dua ni ramai juga yang tanya abam tentang pendapat mengenai YB Ahli Parlimen Muar ni?

Sebagai aktivis masyarakat di Muar atau orang tempatan sebut "Muo", abam tidak lah mahu untuk memberikan komen mengenainya.

Salah satu sebabnya adalah YB Syed Saddiq merupakan rakan kami sejak Pakatan Harapan sebelum PRU14 lagi. Yang kedua pula ada dikalangan kenalan kami yang turut bersama YB Sadiq sehingga kini walaupun lebih ramai yang bersetia dgn parti Bersatu Bahagian Muar.

Namun, untuk menjaga hati rakan-rakan di Muar abam membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan.
Cuma satu sahaja komen saya; dulu Ezam Md Noor, juga pernah meninggalkan PKR. Masa tu beliau ialah Ketua AMK Pusat. Malah lagi dasyat Ezam yg asalnya adalah UMNO. Lps tu PKR-UMNO-Bersatu (3 bulan)-Parti Anti Rasuah Malaysia (tak sempat daftar) - PKR (sekarang).

Begitu juga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga pernah dipecat daripada UMNO pada 6 Oktober 1998 kerana didapati beliau bersama 9 orang yang lain menentang parti dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dipecat lebih awal.
Ironinya, masa itu Datuk Seri Ahmad Zahid juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Begitu juga Saddiq, yg terkeluar daripada partinya sendiri kerana masalah teknikal juga ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda atau dipanggil ARMADA.

Jadi, bukanlah sesuatu yg pelik apabila Ketua Pemuda sesebuah parti terkeluar daripada garis partinya sendiri.

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019