blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Wanita Muda Yang Mengoncang Dunia

Sosok wanita selalunya difikirkan oleh ramai lelaki-lelaki konservatif sebagai layaknya duduk dan tinggal di rumah.

Dan ramai juga lelaki mempercayai wanita hanya sesuai memanaskan telapak kaki mereka di ruang dapur di rumah masing-masing di saat sang suami keluar mencari nafkah untuk keluarga.

Namun, pemikiran tersebut sudah sangat ortodok dan terkebelakang.

Wanita zaman ini sudah terbilang dengan pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

Hari ini saya ingin menulis mengenai kejayaan-kejayaan wanita yang diiktiraf dunia masa kini.

ANGELA MARKEL, CHANCELLOR WANITA PERTAMA DI GERMANY
TYT Angela Markel merupakan Chancellor Germany pertama dari kaum wanita. Beliau dicatatkan oleh majalah Forbes sebagai wanita berpengaruh no 1 di dunia dalam senarai 100 Teratas Wanita Berpengaruh di Dunia atau 'Top 100 Powerful Women in The World'.

TYT Angela Dorethhea Markel adalah seorang politisi Germany yang banyak memperjuangkan hak wanita telah diangkat sebagai Chancellor Germany pada tahun 2005.
Jawatan TYT Chancellor pula setaraf Presiden Republik atau pun Raja di sesetengah negara.

Selepas menamatkan pelajaran di sekolah tinggi atau 'high school', beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik di Karl Marx Universiti di Leipzig. Kini, universiti tersebut dikenali sebagai University of Leipzig.

Di kampus tersebut beliau menemui cinta hati pertamanya iaitu Ulrich Merkel, juga merupakan seorang pelajar dalam bidang Fizik dan mereka berkahwin pada tahun 1977. 

Sebagai seorang wanita muda, Angela juga berhadapan dengan masalah perceraian. Walaupun, saat itu tekanan yang beliau hadapi sangat kuat, namun Markela mengahadapinya dengan tenang.

Angela meneruskan hidupnya sehingga beliau berjaya menamatkan thesis kedoktorannya dalam bidang 'Quantum Chemistry' pada tahun 1986.

Ketika zaman mudanya, wanita muda ini sangat aktif dalam beberapa gerakan anak muda khususnya dalam parti Germany Democratic Republic.

Beliau pernah menyertai Young Pioneers (1962-1968) dan Free German Youth (1968)

Kemudian, Angela menyertai sebuah parti baru iaitu Democratic Awakening selepas kejatuhan Berlin Wall pada tahun 1989.

Pada bulan Februari 1990, Angela dilantik sebagai jurucakap media untuk parti.

Parti baharu yang beliau sertai membuat kerjasama dengan Germany Social Union (DSU) dan Christian Democratic Union (CDU) untuk membentuk kuolasi politik baru.

Gabungan parti-parti ini adalah untuk persediaan menghadapi pilihanraya umum pada Mac 1990.

Dan rakyat Germany telah memberi kemenangan kepada gabungan parti tersebut pada PRU tahun itu.

Kemudian, Angela memenangi kerusi Stralsund-Rugen-Grimmen dan dilantik sebagai Menteri Wanita dan Belia oleh Chancellor Helmut Kohl pada Januari 1991.

Chancellor Helmut merupakan pemimpin utama (Supreme Leader) untuk parti CDU telah membawa Angela ke dalam parti beliau untuk mengukuhkan penguasaan partinya dalam kerajaan ketika itu.

Pada tahun yang sama, Maiziere, Timbalan Pengerusi parti dipecat oleh CDU kerana dituduh sebagai pengkhianat parti.

Kemudian, Angela Markel dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi parti CDU pada Disember 1991 untuk mengisi kekosongan tersebut.

Selepas pilihanraya 1994, Markel dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, Pemuliharaan dan Keselamatan Reaktor (Minister of Environment, Conservation and Reactor Safety).

Waktu itu, nama Markel melonjak naik apabila perjuangan dan idea beliau untuk alam sekitar diterima dunia.

Beliau mengambil peranan penting dalam menganjurkan United Nation Climate Conference yang pertama di dunia. Ia berlangsung di Berlin, Germany pada Mac-April 1995.

Pada November 1998, Markel telah dipilih oleh anggota parti CDU sebagai Setiausaha Agong parti.

Dan pada tahun yang sama beliau telah mengahwini suami sehidup sematinya Joachim Sauer, seorang Professor Kimia pada 30 Disember 1998.

Pada akhir tahun 1999, Helmut Kohl, yang merupakan Pengerusi parti CDU telah terpalit dengan skandal kewangan.

Kemudian, Markel telah menulis 1 surat terbuka pada 22 Disember 1999. Dalam surat itu, beliau mengajak ahli-ahli parti agar memperkasakan parti dengan meninggalkan pemimpin korup seperti Helmut Kohl.

Ketika itu, nama beliau mendapat perhatian dan popularitinya dikalangan rakyat Germany melonjak naik.

Disebabkan itu, pada 10 April 2000 beliau dilantik sebagai wanita pertama untuk memimpin parti CDU.

Namun, akibat skandal kewangan Helmut Kohl sebelum itu mengakibatkan parti CDU berantakan. 

Pada PRU 2002, CDU telah kalah tipis dalam pilihanraya tersebut.

Natijahnya, Markel, dipilih sebagai ketua pembangkang dalam parlimen Germany.

Namun, Markel berjaya menyatukan parti CDU-CSU dan SPD untuk membentuk 'Grand Coalation' selepas berjuang sepenggal sebagai pembangkang untuk menghadapi PRU 2005.

Dan pada 22 November 2005, Markel mengambilalih pejabat Chansellor.

Ketika itu, beliau mencatitkan sejarah sebagai wanita pertama menjadi Chansellor Germany.

Dan beliau bukan sahaja mencatitkan sejarah sebagai wanita pertama, malah beliau juga merupakan rakyat Germany paling muda iaitu pada usia 51 tahun menjadi Chancellor.

Kemudian, beliau dan parti CDU-nya berjaya meneruskan kecemerlang pada PRU 2009, PRU 2013 dan PRU 2017.

Selain daripada TYT Angela Markel, terdapat ramai lagi nama-nama wanita besi dalam senarai tersebut yang harus dijadikan inspirasi buat wanita dan wanita-wanita muda dalam negara ini.

DR SRI MULYANI INDRAWATI, BEKAS PENGARAH URUSAN KUMPULAN BANK DUNIA

Misalnya, Dr Sri Mulyani Indrawati dari negara jiran kita iaitu Indonesia dicatatkan Forbes dalam senarai sama berada di tangga ke 76.


Dr Indrawati yang memiliki ijazah phD dalam bidang ekonomi pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Bank Dunia dipanggil pulang oleh Joko Widodo atau mesranya digelar Jokowi, Presiden Indonesia.


Jokowi meminta Dr Indrawati agar pulang ke Indonesia segera untuk dilantik sebagai Menteri Kewangan Indonesia pada Julai 2016 bagi membantu Jokowi menguruskan kewangan negara dengan lebih teratur.

NGUYEN THI PHUONG THAO, AHLI PERNIAGAAN WANITA PALING BERPENGARUH DI VIETNAM


Kemudian, saya turut pernah terpesona dengan keanggunan wanita muda dikenali sebagai Nguyen Thi Phuong Thao dari Vietnam yang dicatatkan berada di tangga 52 dalam senarai 'Top 100 Powerful Women in The World' oleh majalah Forbes pada tahun 2019.

Phuong Thao yang dilahirkan Jun 1970 kini merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya di Vietnam. Presiden dan CEO syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air ini menjadi kebanggan wanita-wanita muda di Vietnam.

Phuong Thao dikatakan mempunyai masa depan yang cerah sejak di zaman universiti lagi.

Beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Moscow, Rusia dalam bidang ekonomi dan kewangan. 

Ketika itu, beliau sudah mulai menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengedarkan pelbagai barangan dari Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan di Rusia atau dipanggil Soviet Union ketika itu.

Beliau memegang 2 ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Kredit Kewangan (Financial Credit Management) dan Labor Economics dari Plenkhanov Russia University of Economics.

Kemudian, beliau turut memperolehi ijazah phD dalam bidang Pengurusan Ekonomi dari D.Mendeleev University of Chemical Technology of Russia.

Kini, Phuong Thao mempunyai majoriti saham dalam Vietjet iaitu syarikat penerbangan tambang murah di Vietnam.

Serta memiliki Savico Holding yang memegang 90% kepentingan dalam pembangunan Dragon City, di Ho Chi Minh.

Phuong Thao juga memiliki kepentingan dalam industri perbankan dan juga memiliki 3 resorts.

NURAINIE HAZIQAH SHAFII, LAMBANG AKTIVIS WANITA MUDA MALAYSIA
Nurainie Haziqah Shafii kini merupakan Pengerusi, Wanita Muda Negara yang mempunyai keahlian menjangkau 10,000 walaupun baru dilancarkan beberapa minggu lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ainie mula dikenali ramai ketika menjawat jawatan Ketua Srikandi Keadilan peringkat nasional pada tahun 2018.

Srikandi Keadilan adalah salah satu sayap parti PKR. Dan ia setara dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Selain itu, kerjaya hakiki beliau adalah sebagai Peguam di Fareez Shah & Partners di ibu negara.

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini memulakan kerjaya sebagai Chambering Student di William Leong & Co. Dan seterusnya, sebagai Legal Assistant di Rusmah Arunan & Associates.

Dalam usia yang muda beliau turut pernah menjadi Ahli Majlis di MBPJ.

Kemudian, akibat daripada hilangnya kepercayaan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, beliau membuat keputusan untuk keluar daripada parti pada 17 Mei 2020.

Justeru, secara otomatik juga beliau melepaskan segala jawatan politiknya.
Kini, Sdri Ainie memimpin sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau 'non goverental organization' atau NGO yang mendapat sokongan ramai golongan wanita muda yang menjalankan pelbagai program khidmat sosial, forum dan wacana serta aktif dalam memperjuangkan hak ibu tunggal.

2 hari lepas Sdri Ainie dan NGO pimpinan beliau yang dikenali sebagai Wanita Muda Negara telah melancarkan program Jelajah Wanita Negara Negeri Johor di Muar.

Saya turut dijemput dalam majlis pelancaran itu yang disertai pemimpin-pemimpin wanita muda peringkat parlimen-parlimen daripada seluruh negeri Johor.


Ketika dalam ucapan itu, saya menyatakan bahawa wanita muda wajar diberikan peranan penting dalam membangunkan negara ini.


Keberadaan wanita muda ketika ini sangat signifikan dalam membangunkan sosiologi dan ekonomi negara.

Justeru, saya berharap agar wanita-wanita yang berusia 17 hingga 40 tahun yang berada di luar sana agar mengambil kesempatan untuk menyertai gerakan NGO dipimpin oleh Sdri Nurainie Haziqah ini.

Saya percaya NGO Wanita Muda Negara akan menjadi platform yang baik kepada ramai beliawanis dalam membentuk kendiri yang waja dan menghasilkan warganegara yang lebih baik dalam masyarakat.

Saya juga berharap agar wanita-wanita muda ini dapat mengambil iktibar daripada kisah dan kejayaan TYT Chansellor Angela Markel, Dr Sri Mulyani Indrawati, Nguyen Thi Phuong Thao dan Nurainie Haziqah Shafii.

Sesungguhnya, wanita muda perlu berkeyakinan, berketerampilan dan bersungguh-sungguh dalam membela masyarakat sebagaimana beberapa watak yang saya tulis di atas.

Zaihan Zainal,
Setiausaha, PKN Negeri Johor

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019