blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Anak 4 Tahun Meninggal Dalam Kereta Sebab Bapa Terlupa

Sg Petani, 13 Ogos 2020

Kejadian berlaku di kilang Adabi Sg Lalang, Sg Petani, Kedah malam tadi.

Menurut sumber, seorang lelaki bekerja sebagai pemandu lori kilang berkenaan terlupa bahawa anak perempuannya yang berada di kerusi belakang kereta semasa ke tempat kerja.

Hari tersebut, sepatutnya anak itu dihantar ke rumah neneknya. Tetapi, kemungkinan bapanya terlupa kerana anak itu tidur di sebelah tempat duduk belakang.

Sesampai di tempat kerja. Bapanya terus mengunci kereta dan terus memandu lori.

Menurut sumber lagi, hanya selepas 10 jam baru disedari anaknya sudah meninggal dunia di dalam kereta tersebut.

Kemungkinan punca kematian adalah kerana tiada pengudaraan dan kekurangan oksigen.

Namun, punca kematian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian hanya disedari bapa mangsa yang berumur 30-an tahun itu ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang.

“Sebelum kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi, sebelum terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir, namun terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat (14 Ogos).

ACP Adzli berkata, selepas sampai ke tempat kerja, bapa mangsa keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke tempat kerja berkenaan pada 4.30 petang dan terus masuk ke bangunan pejabat untuk menguruskan kerja lain.

“Selepas selesai bekerja, bapa mangsa telah pergi ke kereta sebelum melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/Lbudak-4-tahun-maut-tertinggal-dalam-kereta-bapa/4492732.html

Justeru, pihak aku mendoakan semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Selain itu, aku berharap rakan-rakan pembaca mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Al Fatehah.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019