blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Doa Untuk Beirut


Awal subuh tadi aku bangun seperti biasa. Selepas solat aku ride basikal "alon-alon ojo klakon" kata org german.


Lepas 30KM aku pun pupang ke rumah. Sesampai di rumah kurang lebih jam 10 pagi.

Segeranya, aku mandi dan bersiap. Kemudian, ke Astro Bukit Jalil untuk mengiringi YB Dato' Hj Rashid Hasnon sebab ada live dalam 1 rancangan di chanel PRIMA jam 12 tgh tadi.

Selesai di Astro Bulit Jalil aku ke pejabat di Cyberjaya untuk menyelesaikan beberapa tugasan hakiki.

Hanya selepas itu sahaja berkesempatan membaca dan mendapatkan berita-berita terkini.

Alangkah terkejutnya bila membaca dan menonton akan beberapa video pendek letusan di Beirut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.


Ini mengingatkan nostalgia 14 tahun lepas ketika aku di Beirut atas urusan kerja.

Ketika itu, tahun 2006. Perang diantara Hisbollah dan pihak-pihak lain telah lama berlangsung di Lebonan. Tapi, perang baru sahaja terhenti ketika kehadiran rombongan kami tahun itu.

Tugasan kami selesai pada 3 hari terawal. Tetapi, akibat kurangnya penerbangan menyebabkan kami terkandas hampir 2 minggu.

Kami sempat juga melawat ke banyak tempat-tempat bersejarah dan menarik. Ini termasuk melalui bangunan-bangunan yang kena bom dan peluru.

Bayangkan anda melihat ada kehidupan disebalik bangunan perumahan sebesar flat Jalan Pudu di Kuala Lumpur tetapi ada bocor ditengah-tengah bangunan tersebut.

Akibat dibom!

Bangunan yang kena tembak dan berlubang seperti ini sudah menjadi pemandangan biasa sahaja di Beirut, ibu negara Lebonan.

Bahkan ada bahagian di bangunan yang tidak terjejas masih digunakan oleh orang lain untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Justeru, membaca beberapa artikel yang berkaitan letupan di Beirut awal pagi tadi menitiskan beberapa butir air mata aku.

Aku mendoakan agar mangsa-mangsa yang tercedera segera sihat dan kembali pulih.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019