Kenyataan Media PKN Negeri Johor Terhadap Macron
Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor mengutuk keras Presiden Emmanuel Macron yang dengan sewenang-wenangnya menyerang Islam dalam ucapan beliau baru-baru ini.
Ucapan beliau jelas sangat menghina dan menyemai kebencian terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam telah menguris hati ramai umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ucapan provokasi yang dibuat oleh Macron baru-baru ini dilihat seolah-olah beliau sengaja menuduh umat Islam sebagai pengganas atau puak pemisah. adalah tidak adil bagi umat Islam secara amnya.
Selain itu, PKN Negeri Johor menganggap alasan “Hak Kebebasan Bersuara” yang digunakan oleh Macron untuk menyerang Nabi Muhammad SAW dan umat Islam adalah tidak relevan dan bersifat ‘eskapisme’ semata-mata.
Justeru, sebagai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang sentiasa mengangkat isu-isu kemanusiaan sejagat, PKN Negeri Johor merasa kesal dengan ucapan provokasi daripada Macron.
Sekian, terima kasih.
YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon,
Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor
merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat
Post a Comment