blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Tips Berhadapan Dengan Jiran Positif COVID 19

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Hampir sebulan sesudah posting terakhir aku dalam blog ini.

Hari ini kes COVID 19 menular teruk. 

Ia adalah dipercayai berpunca daripada penularan di Kedah yang bermula dengan Kluster Sivagangga dan di Sabah yang sangat tepat jika dikatakan berpunca daripada Kluster Politik.

Setakat tengahari 5hb Oktober 2020 (semalam), sebanyak 432 kes baru COVID 19 dilaporkan. Dan ini menjadikan keseluruhan 12,813 kes positif COVID 19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Beberapa bulan lepas aku ada menulis mengenai latar belakang COVID 19 ini tidak lama dahulu. Pembaca yang budiman boleh klik link ini : 



Dan hari ini aku melihat masyarakat awam khususnya para netizen begitu galak menyalahkan dan lebih teruk mereka turut menghambur dengan kata-kata kesat kepada pesakit-pesakit COVID 19.

Ada yang bukan main serius jika melihat jiran tetangga yang dikutip KKM dengan ambulans di kediaman mangsa positif COVID 19. Dan yang lebih haru ramai juga yang curi-curi ambil gambar dan video ketika pesakit dalam pergerakan daripada pintu rumah untuk menaiki ambulan KKM.

Kemudian, musibat-musibat ini menyebarkannya pula ke media-media sosia atau sekurang-kurangnya menyebarnya ke dalam grup-grup wasap yang ada.

Tahukah anda perbuatan itu adalah SALAH. Salah daripada segi Undang-undang dan terlebih salah dari sudut etika dan kemanusiaan.

Pelbagai akta diperuntukkan untuk melindungi individu terhadap serangan privasi seperti ini.

Justeru, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bila berhadapan dengan kes positif COVID 19 di kejiranan anda.

1. Jangan ambil gambar atau video khususnya ketika pesakit dalam pergeraka menuju ambulans KKM di depan rumah jiran tersebut. Ini kerana anda mungkin sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mengambil gambar atau video individu lain tanpa kebenaran patahlagi menyebarkannya.

2. Sila hentikan segala niat dan usaha pihak lain untuk merakam gambar atau video seumpamanya juga.

3. Sekiranya takut berdepan dengan jiran tetangga yang didapati positif COVID 19 ini, anda boleh menunjukkan jari tanda bagus (thumbs up) sebagai tanda sokongan kepada mangsa.

4. Atau anda juga boleh memberikan ucapan-ucapan yang bernada positif kepada mangsa melalui applikasi wasap atau seumpamanya.

5. Anda juga boleh menjadi jiran yang baik dengan cara menghormati privasi keluarga mangsa ini dengan tidak mendedahkan sebarang informasi tentang keluarga dan mangsa kepada pihak luar.

Pembaca blog yang budiman, seseorang yang didapati positif COVID 19 bukanlah satu kesalahan. Secara logiknya, mana ada orang yang dengan sengaja mahu dirinya seorang pesakit 1 penyakit yang masih menjadi misteri dan tidak ada lagi ubat mujarab untuknya.

Dan rata-rata mereka yang didapati positif COVID 19 bukanlah mereka sengaja dijangkiti. Hanya kerana mereka mungkin berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Barangkali hari ini yang terkena itu bapa atau ibu mereka atau mereka sendiri. Apakah kita tahu yang kita kebal COVID 19?



No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019