blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Ada Apa Dengan Top Gloves?


1. Syarikat pengeluar gloves terbesar di dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Lee Kim Meow dan Lim Cheong Guan dengan perolehan tahunan sebanyak RM2.4 billion setahun. 65% dari pengeluaran glove getah dunia adalah dari Top Gloves.

2. Untuk suku ke 4 berakhir 31 Ogos, 2020, Top Gloves mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.29 billion ringgit bila permintaan face masks dan glove menlonjak naik akibat pendemik Covid-19. Sebelum Covid-19 melanda, keuntungan yang direkodkan hanyalah RM74.2 juta pada tahun sebelumnya.

3. Selain gloves, ia juga mengeluarkan produk seperti kondom, face masks dan empangan pergigian (dental dam). Pengeluaran kondom telah bermula sejak 2018.

4. Mempunyai seramai 20,000 pekerja di Malaysia, Thailand, China & Vietnam. Di Malaysia sahaja, Top Gloves mempunyai seramai 8,000 orang di Klang.

5. Di Meru, Kelang, ia mempunyai sebanyak 28 buah kilang yang terletak di satu kompleks sepanjang Jalan Teratai, Meru. Kilang-kilang Top Gloves beroperasi 24 jam kerana pasaran mereka adalah ke seluruh dunia.

6. KKM menemui Kluster Teratai yang mana dari 5,767 kakitangan mereka yang disaring, seramai 2,524 orang disahkan positif. Ini memberi ratio setiap seorang dari 2 orang staff Top Gloves adalah positive Covid-19.

7. MKN telah mengarahkan kesemua 28 kilang Top Gloves ditutup secara berperingkat bagi membolehkan proses saringan dan sanitasi dilakukan secara menyeluruh. 

8.  Pengurusan Top Gloves telah umumkan semalam bahawa kesemua kilang mereka akan berhenti operasi buat sementara bagi memberi sepenuh komitmen kepada usaha membenteras pandemik Covid-19 di kilang mereka.

9. Pada 2018, The Guardian UK telah melaporkan mengenai beberapa isu pekerja di Top Gloves seperti paksaan buruh asing, gaji yang terlalu rendah, tempat tinggal yang sempit dan tak selesa, gaji ditahan dan passport pekerja dirampas majikan.

10. Pada June 2020, Channel 4 News melaporkan bahawa terdapat isu pekerja di paksa bekerja lebih masa dengan upah yang terlalu rendah, bagi memenuhi permintaan sewaktu Covid-19. Juga timbul isu hutang yang perlu dibayar oleh pekerja kepada agen yang membawa mereka masuk untuk bekerja dengan Top Gloves.

11. Pada 15 Julai, 2020, pihak Kastam U.S telah melarang kemasukan produk Top Gloves kerana isu hutang pekerja asing keatas agen dan masalah hostel pekerja yang tidak memuaskan. Top Gloves telah bertindak dengan menghapuskan hutang tersebut dan memperbaikkan kemudahan di hostel pekerja mereka di Klang.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019