blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Dulu Bro Zack Sekarang Mejar B. (PA) Zaihan Zainal

Alhamdulillah, pada 8hb Disember 2020, jam 11.21pg aku telah menerima watikah perlantikan sebagai Mejar Bersekutu Pertahanan Awam atau ditulis sebagai Mej. B. (PA) Zaihan Zainal. 


Perlantikan itu berdasarkan segala kerja-kerja kemasyarakatan yang telah dan pernah aku sertai. Selain daripada Angkatan Perkhidmatan Awam, aku juga aktif dalam beberapa NGO kemasyarakatan termasuk Penggerak Komuniti Negara, NGO KITAMUO, NGO Anak Semerah, NGO AASG dan sebagainya.

Selain daripada usaha-usaha kemasyarakatan, pengalaman aku dalam urusan paramedik dan misi menyelamat juga menjadi perkiraan kepada angkatan.

Kemahiran CPR, misi menyelamat, kemahiran sukan air dan berkuda turut menjadi kira-kira utama bagi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam memberikan penganugerahan jawatan sebagai Mejar Bersekutu.

Justeru, pangkat Mejar Bersekutu yang diberikan kepada aku ini tidak lah dianggap sebagai satu anugerah. Sebaliknya, aku menganggapnya sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksana dan mudahkan.

Selain itu, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAS Dato' Roslan bin Wahab, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berbesar hati memberikan jawatan Mejar Bersekutu kepada aku.


Insya Allah aku akan menulis di sini tentang segala pengalaman-pengalaman kecil aku bersama dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM).






No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019