blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Kerajaan sedia pertimbang suntikan fiskal strategik jika diperlukan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan suntikan fiskal strategik jika keadaan memerlukan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat sekali gus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19.


"Rancangan Malaysia ke -12 (RMK-12) akan memberi tumpuan kepada pemacu baharu ekonomi negara seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.

"Infrastruktur fizikal dan digital di bandar dan luar bandar akan dibina untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing serta dapat merebut peluang-peluang ekonomi baharu di peringkat global," katanya dalam Perutusan Sempena Tahun Baharu 2021 di sini, malam ini.

Untuk itu, katanya Dasar Digital Negara yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021 akan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan sistem rangkaian 5G.

"Apabila diumumkan kelak, saya yakin RMK-12 akan memperlihatkan visi ekonomi Malaysia yang jelas untuk dekad baharu ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus bersifat inklusif dan memanfaatkan rakyat," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan akan terus membangunkan jaringan keselamatan sosial seperti bantuan tunai secara langsung seperti Bantuan Prihatin Rakyat, skim perlindungan insurans khusus untuk B40 dan memperkukuh sistem kebajikan negara untuk memastikan nasib golongan rentan termasuk B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya sentiasa terbela.

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019