blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

Penggerak Komuniti Negara (PKN) Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Kota Tinggi

4 Januari 2021, KOTA TINGGI : Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 6,248 orang membabitkan 1,628 keluarga dengan 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah, setakat jam 12 tengah hari ini.

Jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya 5,818 mangsa daripada 1,540 keluarga, pagi tadi.

Justeru, menyedari kawasan Kota Tinggi adalah yang paling terkesan sekali YBM Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Penaung Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah memberikan sumbangan khas untuk mangsa-mangsa banjir di sini.

Segala barangan disampaikan melalui Sdri Haslina Abin, wakil YBM KPKT dan Sdr Muhammad Saiful Bahri, Ketua Pemuda Negara Negeri Johor yg mewakili PKN Negeri Johor.

Barangan tersebut diserahkan kepada YBM Dato' Halimah Saddique, Menteri Perpaduan yg turut merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Majlis penyerahan dibuat secara ringkas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Sebanyak 10 laluan utama di negeri ini dinaiki air dengan tujuh daripadanya ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan paras air yang tinggi dan arus deras selain jambatan runtuh.

Tujuh jalan berkenaan adalah Jalan Sungai Sayong, Kota Tinggi (Jambatan Sungai Sayong); Jalan Tun Sri Lanang,Kota Tinggi; Jambatan Jalan Semanggar, Kota Tinggi manakala jambatan di Jalan Mawai Lama, Jalan Haji Suhud, Taman Muhibbah, Johor Bahru runtuh.

Selain Jalan Batu Pahat-Mersing,Kluang (Pertubuhan Peladang Negeri Johor) dan Jalan Batu Pahat-Kluang (Ladang Pelangi) turut dinaiki air, manakala tiga laluan lagi hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kluang-Mersing, Kluang (Kampung Contoh,Kahang) kerana tebing runtuh, selain dua lagi laluan masing-masing di Jalan Batu Pahat-Kluang (Ladang Paloh) dan Jalan Batu Pahat-Kluang (SMK Kahang).

Hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi kelmarin itu menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air banjir berikutan sungai utama yang melimpah.

Justeru, menyedari keperitan dan kepayahan mangsa-mangsa banjir, pimpinan Pertubuhan Pemggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor telah menggerakkan para aktivis kami untuk memberikan bantuan sesegera mungkin.

Sebagai contoh Sdr Muhammad Saiful Bahri bin Sahri, Ketua Pemuda Negara Negeri Johor yang juga merupakan Pengerusi PKN untuk Parlimen Johor Baharu turut bersama turun ke padang sendiri memberikan bantuan.

Sdr Saiful yang merupakan mantan EXCO AMK (Pemuda) PKR peringkat nasional yang menang dengan jumlah undian tertinggi semasa Pemilihan Parti PKR pada tahun 2018 itu memberanikan diri untuk mendayung sampan ke beberapa kawasan yang ditenggelami air banjir.

Selain itu, YBhg Dato' Sri Poobalan atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Balan yang merupakan Pengerusi PKN Parlimen Pulai turut bersengkang mata untuk sama-sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Pulai.

Turut tidak mahu ketinggalan adalah YBhg Dato' Tan Leik Khang yang merupakan Pengerusi PKN Parlimen Tenggara turut memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kota Tinggi.


#pkn #penggerakkomunitinegara #pknjohor #pknkotatinggi

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019