blog di taja oleh:

blog di taja oleh:
klik gambar

MB JOHOR MEMBISU ISU LANTIKAN KETUA KAMPUNG

Setahun yang lalu kerajaan negeri Johor yang baharu akhir dapat dibina daripada sokongan ADUN-ADUN UMNO (14), MIC (2), PAS (1),  PPBM (11) dan seorang ADUN BEBAS yang merupakan Timbalan Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara Negeri Johor.

Ini menjadikan sokongan kepada Datuk Hasni Mohammad sebagai YAB Menteri Besar Johor dengan 29 kerusi.

Manakala, Pakatan Harapan hanya ada 27 kerusi yang menyokong.

Selain daripada pandangan-pandangan yang kritikal terhadap kepimpinan kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin oleh beberapa orang pimpinan UMNO Johor seperti Datuk Seri Khalid Nordin, Datuk Puad Zarkashi dan lain-lain.

Walaupun, mereka ini dikalangan pemimpin yang sudah ‘outdated’ dan sudah seperti nasi basi, tetapi pandangan mereka seolah diabsah oleh pimpinan UMNO hari ini.

Kita sedar segala kritikan mereka ini hanyalah sekadar untuk menghidupkan kembali nyawa politik mereka yang telah mati akibat kalah teruk semasa PRU14 yang lalu.

Namun, pemimpin UMNO haruslah menegur mereka lebih awal lagi.

Atau sebenarnya UMNO Johor sendiri tidak setia kepada persahabatan yang dibina.

Selain daripada serangan di media oleh pemimpin UMNO Johor, segala perlantikan syarikat berkaitan kerajaan negeri atau GLC sebenarnya banyak menguntungkan UMNO.

Selain itu, isu perlantikan Ahli Majlis di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Johor juga berat sebelah apabila majoriti ahli majlis dilantik daripada parti UMNO.

Tidak terhenti di situ, UMNO terus menunjukkan sikap tamak haloba mereka apabila pengumuman perlantikan Ketua Kampung di seluruh negeri Johor hanya menguntungkan mereka sahaja.

Hampir 95% senarai nama mereka yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Kampung yang akan bermula esok adalah daripada UMNO.

Jadi, di sini ke manakah semangat perkongsian dan kesetiakawanan yang UMNO Johor mahu tunjukkan?

Sudahlah hampir saban hari pemimpin UMNO menyerang kerajaan hari ini walaupun sebenarnya merekalah yang mendapat laba besar dalam penggabungan membentuk kerajaan negeri Johor.

Mana tidaknya apabila hampir ke semua jawatan-jawatan lantikan politik dibolotnya.

Justeru, saya mohon agar YAB Datuk Menteri Besar Johor agar mempertimbangkan semula perlantikan Ketua Kampung agar ianya lebih inklusif kepada semua parti yang membentuk kerajaan hari ini.

Sekiranya tidak saya mendesak YB Dr Chong Fat Full, EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Pemanis merangkap Timbalan Pengerusi PKN Negeri Johor untuk mengistiharkan hilang sokongan kepada Datuk Hasni Muhammad.

Ikhlas

Mej. B. (PA) Zaihan Zainal merupakan Setiausaha, Penggerak Komuniti Negara Negeri Johor

Artikel ini pernah dimuatnaik di https://penggerakdaily.com/politik/mb-umno-khianat-sokongan-adun-pn-johor-di-hari-ulangtahun-kerajaan-perikatan-nasional/

No comments

FIT CAMP (Team Building) 2015

JADIKAN TV BIASA-BIASA ANDA KEPADA TV PALING CANGGIH TAHUN 2019